Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pada di

Puisi
 

Raja semayam di dalam kota,
     Banyak menghadap segala menteri;
Pada saya hendak berkira,
     Abang baik pergi sendiri.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Berharga di atas rupa,
     bercupak di atas tumbuh.

Bermaksud :

Tiap-tiap sesuatu hendaklah pada tempatnya. di atas rupa = melihat rupa; bercupak di atas tumbuh = adat diisi apabila sesuatu mengenai adat itu terjadi.

 

Lihat selanjutnya...(43)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaApa diharap padi di paya, Padi di paya buahnya kasar; Apa diharap pada saya, Saya sudah burung di sangkar.
Kurik Kundi Merah SagaRaja semayam di dalam kota, Banyak menghadap segala menteri; Pada saya hendak berkira, Abang baik pergi sendiri.
Kurik Kundi Merah SagaKembang cendawan di tengah padang, Tempat Cik Siti memacu kuda; Pada bulan baik bintang, Sungguhpun kecil selalu ada.
Kurik Kundi Merah SagaPokok keladi di tepi paya, Bunga teratai kembang bertaut; Kalau berbudi pada yang kaya, Sama mencurah garam ke laut.
Kurik Kundi Merah SagaDuduk berniaga di Kampung Cina, Buat sempadan Datuk Penghulu; Jangan harap pada bunga, Bunga tidak kembang selalu.
Kurik Kundi Merah SagaDuduk termenung di tepi muara, Ditiup angin daun bergoncang; Bila terkenang pada dara, Berdebar hati bertambah sayang.
Kurik Kundi Merah SagaJolok nangka di kampung hilir, Berselang kain ke pasar lama; Jangan disangka pada yang lahir, Namun batin tak pernah sama.
Kurik Kundi Merah SagaPada beri baik jangan, Budak bodoh buat teman; Kalau takut luka di tangan, Tak boleh petik bunga di taman.
Kurik Kundi Merah SagaKail hitam panjang sembilan, Tiba di pasar tidak membeli; Kirim salam pada tuk besan, Saya menghantar tidak seperti.
Kurik Kundi Merah SagaHari-hari mengetah tekukur, Tekukur banyak di pinggir desa; Kukur apa pada kukur, Nyiur jugalah yang akan binasa.
12

Kembali ke atas