Putih di luar, kuning di dalam. | Baik pada lahirnya, tetapi hatinya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Pepat di luar, pancung [= rancung] di dalam). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berharga di atas rupa, bercupak di atas tumbuh. | Tiap-tiap sesuatu hendaklah pada tempatnya. di atas rupa = melihat rupa; bercupak di atas tumbuh = adat diisi apabila sesuatu mengenai adat itu terjadi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pepat di luar, pancung (= rancung) di dalam. | Baik pada lahirnya, tetapi hatinya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Putih di luar, kuning di dalam). pancung = bersegi runcing. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jauh di mata, dekat di hati. | Meskipun telah jauh berpisah, tetapi tidak lupa pada yang ditinggalkan. (Biasa juga; Jauh di mata, di hati jangan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pada sangka pohon beringin, kiranya tersandar di punggur lapuk. | Pada sangka beristeri (bersuami) orang kaya, kiranya beristeri (bersuami) orang miskin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Elok lenggang di tempat datar. | Bersuka hati haruslah pada tempatnya atau pada waktunya yang patut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menakik darah di batu (= di alu). | Meminta sesuatu pada orang yang tidak punya; bekerja dengan sia-sia (bekerja berat, sedikit hasilnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Macam terambil di nan kurang. | Berdukacita tanpa sesuatu sebab. di nan = pada yang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Minta tanduk pada kuda. | Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu, c. Menghendaki urat lesung, d. Minta pucuk pada alu, e. Minta sisik pada limbat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tiba di rusuk menjeriau. | Sudah pada tempatnya, sudah kena benar. jeriau = kayu yang dipasang melintang pada kasau. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |