Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
masa (kata nama)
1. Bersinonim dengan waktu: ketika, detik, saat, jam, tenggak, sangkala, sekon,

2. Bersinonim dengan jangka waktu: jangka masa, tempoh, zaman, era,

Kata Terbitan : semasa,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEBULURAN BESAR

Kebuluran Besar berlaku di Ireland dari tahun

1845 hingga 1847. Ia disebabkan oleh kegagalan

tanaman kentang. Pada masa itu, kentang ialah

makanan utama bagi kebanyakan orang Ireland.

UMUM 
SISTEM PENERBANGAN MALAYSIA (MAS)

Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) ialah

sistem penerbangan Malaysia yang memulakan

operasinya pada tahun 1937. Pada masa itu, ia

dikenali sebagai Malaysia Airways Ltd. (MAL)

yang menggabungkan tiga syarikat, iaitu Ocean

Steamship Company of Liverpool, The Straits

Steamship Company of Singapore dan Imperial

Airways. Syarikat penerbangan antara Singapura

dan Pulau Pinang.

UMUM 
ROSSE, EARL OF

Rosse, Earl of (1800–1867) ialah ahli astronomi

Ireland yang membina teleskop pantul, yang

pada masa itu merupakan yang terbesar dan

paling berkuasa di dunia. Dia mengambil masa

beberapa tahun untuk menyempurnakan kaedah

dan bahan-bahan yang digunakan untuk

membina cermin teleskop yang diperbuat

daripada logam yang bergilap. Teleskop itu

terletak di pekarangan rumah keluarga Rosse di

Birr Castle, di Kaunti Offaly. Dengan

menggunakan teleskop tersebut, Lord Rosse

dapat mengkaji langit dengan lebih terperinci.

Secara khusus dia dapat mengkaji tentang jisim

jerebu yang dikenal sebagai nebula.

UMUM 
ALCUIN

Alcuin (735 M.–804 M.) ialah sarjana, guru dan

penulis Inggeris. Dia menuntut di sekolah biara di

York, pusat pengajian di England pada masa itu.

Alcuin menjadi penasihat kepada Maharaja

Charlemagne pada tahun 782 M. (lihat

Charlemagne ). Pengetahuannya tentang

pencapaian kesarjanaan Anglo-Saxon membantu

membawa pembaharuan Carolingian. Dia

membuat banyak reformasi pendidikan dan

merupakan ahli terkemuka akademi Charlemagne.

UMUM 
THIRTY TYRANTS

Thirty Tyrants (Tiga Puluh Penzalim) ialah nama

gelaran yang diberikan kepada kerajaan Athens

selepas bandarnya ditawan oleh orang Sparta pada

tahun 404 S.M. Pemerintahnya pada masa itu juga

dikenali sebagai The Thirty . Ahli politik Athens yang

cerdik, Critias memimpin kumpulan yang berkuasa.

Mereka dilantik untuk melakukan pembaharuan

perlembagaan Athens mengikut fahaman konservatif.

UMUM 
RIZAL, JOSÉ

Rizal, José (1861–1896), doktor dan penulis novel

yang telah menjadi wira kebangsaan Filipina. Dia

merupakan pemimpin awal pergerakan bangsa

Filipina untuk mencapai kebebasan politik dan

sosial daripada Sepanyol. Orang Sepanyol yang

memerintah Filipina pada masa itu, telah

membunuh Rizal disebabkan oleh aktivitinya.

Setelah Filipina mencapai kemerdekaan, sebuah

provinsi di tengah-tengah Luzon diberi nama Rizal

sebagai penghormatan terhadapnya.

UMUM 
SURAPATI

Surapati ( ? –1706), perajurit dari Bali, yang

meningkat kedudukannya daripada hamba,

sehingga menjadi seorang pemerintah separuh

merdeka di sebuah wilayah di Pulau Jawa pada

tahun 1600-an. Pada masa itu, Syarikat Hindia Timur

Belanda telah menguasai kepulauan itu yang kini

membentuk negara Indonesia. Orang Belanda

menganggap Surapati satu daripada musuh

mereka yang banyak menimbulkan masalah.

UMUM 
SKELTON, JOHN

Skelton, John (1460?–1529) ialah penulis satira

yang terkenal semasa zaman awal pemerintahan

keluarga diraja Tudor di England. Skelton tinggal

di istana, dan menjadi guru peribadi Henry VIII,

anak raja yang masih muda pada masa itu. Skelton

menjadi paderi pada tahun 1498, dan dari tahun

1502 berkhidmat sebagai paderi Diss di Norfolk.

UMUM 
PUPFISH

Pupfish adalah mana-mana satu daripada 30

spesies ikan kecil yang hidup terutamanya dalam

mata air dan anak sungai di barat daya Amerika

Syarikat dan Mexico. Pupfish mendiami perairan ini

sejak Zaman Ais yang terakhir, kira-kira 50 000

tahun dahulu. Pada masa itu, sungai dan tasik

meliputi kawasan tersebut, yang sebahagian

besarnya adalah gurun. Kumpulan pupfish yang

terasing hidup selepas kebanyakan air menjadi

kering. Satu spesies, pupfish Devil’s Hole , hidup

melebihi 20 000 tahun dalam mata air yang dalam

di Kaunti Nye, Nevada, Amerika Syarikat.

UMUM 
SULTAN MUZAFFAR SYAH I

Sultan Muzaffar Syah I ( ?–1179) ialah Sultan

Kedah yang pertama (1136–1179). Nama baginda

sebelum memeluk agama Islam ialah Maharaja

Derbar Raja atau Raja Phra Ong Mahawangsa. Pusat

pentadbiran Kedah terletak di Bukit Meriam, Kuala

Muda dan nama Kedah pula pada masa itu ialah

Qalha. Sultan Muzaffar Syah I terkenal kerana usaha-usaha

baginda mengembangkan agama Islam di

Kedah.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas