Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.dam] | ڤادم

Definisi : 1. tidak bernyala, tidak bersinar, tidak hidup (api, lampu, dll), mati: lampu-lampu rumah buruh ~ satu-satu; api yg meliuk-liuk lemah itu ~; 2. tenang semula (ke­marahan, keinginan, semangat, dll), tidak bergelora lagi; tidak kunjung ~ tidak reda­-reda (terus bergelora); 3. tidak berkecamuk lagi (pertempuran dll), reda, tenteram; 4. sudah hilang dahaga, hilang (hapus) atau luput se­suatu: rindunya tidak pernah ~; ~ nyawa (hayat) mati; di mana api ~, di sanalah puntung tercampak = ~ nyala tarik puntung prb di mana mati di situlah dikuburkan; memadamkan 1. mematikan (api dll): ~ api; lampu hendak kaupadamkan; 2. meng­hilangkan (perasaan, keinginan, semangat, dll), menenangkan: ~ berahi; ~ sekali segala harapan; 3. meredakan, menenteramkan (kekacauan dll); 4. menghilangkan dahaga; 5. menghilangkan, melenyapkan: angin sejuk itu tidak dapat ~ titik-titik keringat di dahinya; ~ tulisan; kepadaman 1. perihal padam: ~ lampu itu dgn sendirinya membuat aku berfikir tentang kematian; 2. mengalami sesuatu sebab padam; pemadaman perbuatan memadamkan; pemadam 1. = ~ api alat utk memadamkan api (kebakaran); 2. alat utk memadamkan tulisan di papan hitam dsb; getah ~ getah utk memadamkan tulisan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.dam] | ڤادم

Definisi : ; merah ~ merah spt bunga padma (bkn muka ketika marah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.dam] | ڤادم

Definisi : 1 tidak bernyala atau tidak terang lagi (bkn api dll); mati (bkn api): Apabila lampu merah itu ~, lampu hijau pula yg bernyala. 2 tidak ada lagi (bkn tulisan dll); hilang: Lama-kelamaan, tulisan ini akan ~ juga. memadamkan 1 menjadikan api atau lampu tidak bernyala lagi; mematikan api dll: Dia ~ api rokoknya dan kemudian membaca lagi. 2 menghilangkan tulisan dgn getah dll: Dia telah ~ tulisannya. 3 menjadikan sesuatu keadaan (spt huru-hara, kekacauan) tenteram; menenteramkan; mengamankan: Ayahandanyalah yg bertanggungjawab ~ rusuhan itu. pemadam alat yg digunakan utk memadamkan sesuatu. ~ api alat utk memadamkan api. getah ~ getah utk memadamkan tulisan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
padam (kata kerja)
1. Dalam konteks api
bersinonim dengan mati, pudur, melindap,
Berantonim dengan menyala

2. Dalam konteks kemarahan
bersinonim dengan reda, berkurangan, beransur kurang,
Berantonim dengan meluap

3. Bersinonim dengan hilang: luput, hapus,
Berantonim dengan menjelma

Kata Terbitan : memadamkan, pemadaman, pemadam,

Puisi
 

Kucing kurus menghembus api,
     Sudah hembus padam menyala;
Kurus kering kerana susah hati,
     Kerana telinga tak mendengar kata.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Api padam puntung hanyut,
     kami tidak di situ lagi.

Bermaksud :

Cerita yang sudah tamat; benar-benar sudah selesai.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
flame outmesin padamenjin padamenjin padamKejuruteraan Kapal Terbang
killsoundsuara matipadam bunyipadam bunyiKomunikasi Massa
kill-lightcahaya matipadam cahayapadam cahayaKomunikasi Massa
erase headhulu hapushulu padamhulu padamKomunikasi Massa
erase programmable read only memory (EPROM)ingatan hanya baca terprogramkan hapusingatan baca sahaja boleh program padamingatan baca sahaja boleh atur cara boleh padamKejuruteraan
Erasable Programmable Read Only Memory (EPROM)Memori Hanya Baca Berprogram Bisa HapusIngatan Baca Sahaja Boleh Atur Cara-PadamIngatan Baca Sahaja Boleh Atur Cara-Padam (EPROM)Teknologi Maklumat
erasable optical diskcakram optik dapat dihapuscakera optik boleh hapuscakera optik boleh padamTeknologi Maklumat
erasable programmable read-only memory (EPROM)memori baca saja bisa program bisa hapus (EPROM)ingatan baca sahaja teraturcarakan terhapuskan (EPROM)ingatan baca sahaja boleh atur cara-padam (EPROM)Teknologi Maklumat
Erasable Programmable Read Only Memory (EPROM)Memori Hanya Baca Terprogram Terhapus (EPROM)Ingatan Baca Sahaja Teraturcarakan Terhapuskan (EPROM)Ingatan Baca Sahaja Boleh Atur Cara-PadamTeknologi Maklumat

Kembali ke atas