Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.dang] | ڤادڠ

Definisi : 1. tanah yg lapang, lapangan; ~ bola padang tempat bermain bola sepak; ~ belantara = ~ gurun = ~ tiah tanah luas yg tidak di­kerjakan; ~ jarak = ~ tekukur padang atau tanah luas yg ditinggalkan (tidak dikerjakan); ~ (kapal) terbang lapangan terbang; ~ mahsyar padang tempat berkumpul pd hari kia­mat; ~ minyak tanah luas yg ada minyak tanah di dlmnya; ~ pasir tanah pasir yg sangat luas; ~ ragut = ~ rumput ternak kawasan tanah yg ditumbuhi rumput dan tumbuh-tum­buhan serupa yg sesuai utk diragut oleh binatang ternakan spt lembu dan biri-biri; ~ rumput padang yg ditumbuhi rumput; ~ tandus padang yg tidak ditumbuhi tumbuh-tumbuhan; ~ tembak padang tempat berlatih menembak; ~ usaha lapangan atau lingkungan pekerjaan; 2. Kd sawah, bendang; ~ perahu di lautan, ~ hati di fikiran prb a) demikian luas hati itu, berapa banyak pun fikiran masuk di dalamnya; b) fikirkan sung­guh-sungguh sebelum melakukan sesuatu me­nurut kehendak hati; di ~ orang berlari, di ~ sendiri berjingkat prb suka menerima hak orang sahaja tetapi tidak memberi hak sendiri; lain ~ lain belalangnya, (lain lubuk lain ikannya) prb lain negeri lain adat resamnya; tersesak ~ ke rimba prb habis ikhtiar (akal) hingga tidak ada daya upaya lagi; berpadang mempunyai padang, ada padang­nya; diberi ~ luas prb diberi kebebasan utk memilih apa kehendaknya; orang menebus ~ senang, orang diberi beroleh sahaja prb sesuatu yg telah menjadi hak milik kita boleh dibahagi­kan sesuka hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.dang] | ڤادڠ

Definisi : kawasan tanah yg luas dan tidak ditumbuhi pokok; tanah yg lapang. ~ bola padang tempat bermain bola. ~ jarak ~ tekukur kawasan yg luas yg ditinggalkan. ~ mahsyar padang tempat sekalian makhluk Allah berhimpun di akhirat kelak. ~ minyak kawasan tanah yg ada petroleum di dlmnya. ~ pasir kawasan yg tidak ditumbuhi apa-apa kecuali dipenuhi pasir saja. ~ ragut padang yg ditumbuhi rumput tempat lembu, kambing dsb meragut rumput. ~ rumput padang yg hanya ditumbuhi rumput. ~ tembak kawasan tempat berlatih menembak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
padang (kata nama)
Bersinonim dengan gelanggang, litar, stadium, arena; lapangan, dataran, halaman, alun-alun, tanah lapang; kancah, medan.,

Puisi
 

Rumput padang tumbuh di padang,
     Sayang keduduk tidak berbunga;
Asal dagang pulang ke dagang,
     Kalau duduk tidak berguna.


Lihat selanjutnya...(102)
Peribahasa

Bagai berseru di padang pasir.

Bermaksud :

Seruan yang tidak diendahkan orang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti berseru di tengah padang, b. Seperti memekik di tengah padang luas).

 

Lihat selanjutnya...(21)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
padang jarak padang tekukur? apakah maksud peribahasa ini? apakah itu padang jarak? di letaknya padang jarak? dan apa pula maksud padang tekukur?Berdasarkan sumber rujukan kami tidak ada maklumat lanjut berkaitan bidalan ini. Kedua-dua frasa 'padang jarak' dan 'padang tekukur' atau keseluruhan frasa 'padang jarak padang tekukur' bermaksud kawasan yang luas yang ditinggalkan.Tatabahasa10.02.2011
apakah maksud "padang jarak padang terkukur?" mengapakah ia bermaksud demikian? kerana perkataan terkukur memang sukar dikaitkan dengan "padang".Berdasarkan sumber rujukan kami tidak ada maklumat lanjut berkaitan bidalan ini. Kedua-dua frasa 'padang jarak' dan 'padang tekukur' atau keseluruhan frasa 'padang jarak padang tekukur' bermaksud kawasan yang luas yang ditinggalkan.Tatabahasa28.01.2011
apakah penjodoh bilangan untuk padang? sebidang padang ke sebuah padang?Sebuah padang.T.kasih.Lain-lain30.07.2008
Saya ingin tahu Peribahasa yang mana lebih tepat. "Di padang orang berlari-lari di padang sendiri berjengkek-jengkek atau "di padang orang berlari-lari, di padang sendiri berjingkit-jengkit"Jawapan yang betul ialah Di padang orang berlari-lari; di padang sendiri berjengket-jengket. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat bahasa DBP.Lain-lain28.10.2006
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang penjodoh bilangan "sebidang". Adakah sesuai untuk digunakan untuk padang? sebidang padang.Penjodoh bilangan yang paling sesuai ialah sebuah padang.Tatabahasa02.03.2020
1. Saya membuat senamrobik di padang. 2. Saya melakukan senamrobik di padang. 3. Saya bersenamrobik di padang. Ayat manakah yang betul?Ayat yang betul ialah "Saya melakukan senamrobik di padang." dan "Saya bersenamrobik di padang."

Tatabahasa09.06.2023
1.murid-murid (menghiaskan/ menghias) panji-panji di padang. 2.murid-murid (menghiaskan/ menghias) padang menggunakan panji-panji. Antara 2 ayat. mana yang betul?
Menurut data kami, ayat yang betul ialah 1. Murid-murid menghiaskan panji-panji di padang 2. Murid-murid menghiaskan padang menggunakan panji-panji.
Tatabahasa09.08.2016
ayat 1 : Ali bermian layang-layang dengan gembira di padang. ayat 2 : Ali bermain layang-layang di padang dengan gembira. Ayat 1 atau ayat 2 yang betul ? Terima kasih.Ayat "Ali bermain layang-layang dengan gembira di padang." dan "Ali bermain layang-layang di padang dengan gembira." adalah betul.Tatabahasa17.05.2013
Selamat sejahtera. Boleh Tuan/Puan bantu tukarkan ayat di bawah ini kepada ayat klasik? Terima kasih. Hutang nyawa, harus dibayar dengan nyawa. Beta akan pastikan Gapura Ilmu menjadi padang jarak padang tekukur. Bersiap sedia untuk menggembleng tenaga melawan angkatan tentera beta yang gagah perkasa. Jikalau Gapura Ilmi punya muallim, Jentayu Emas punya lebih dari itu. Jikalau Gapura Ilmi mempunyai kota yang menempatkan sebuah markas tentera, Jentayu Emas tidak hairan akan itu. Hantarlah selautan tentera sekalipun, tentera beta tidak akan dapat ditewaskan. Sultan negara tuan hamba saja sudah mangkat dibunuh beta, bahkan putera mahkotanya jua. Adapun jika tuan hamba tidak mampu menggalas tanggungjawab sebagai panglima, letak saja jawatan itu. Tak usah memalukan nama negara tuan hamba yang kononnya gah di mata dunia itu.

Untuk makluman tuan, DBP tidak melaksanakan fungsi terjemahan dalam bahasa asing termasuklah bahasa klasik. Walau bagaimanapun, tuan boleh merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) yang telah merakamkan entri bahasa klasik dengan label kependekan kl seperti arakian yang bermaksud sesudah dan selepas itu dan syahadan yang digunakan pada permulaan cerita yang membawa maksud selanjutnya. Tuan juga boleh merujuk buku-buku terbitan DBP seperti Siri Warisan Sastera Klasik: Hikayat Ular Nangkawang, Hikayat Asal Mulanya Wayang, Hikayat Malim Deman dan lain-lain untuk rujukan bentuk penulisan bahasa klasik yang bersesuaian.

Sastera24.12.2023
Adakah ayat berikut betul; 1. Taman Wawasan sedang mengadakan Hari Keluarga di Padang Sri Wawasan. 2. Hari Keluarga telah diadakan oleh Taman Wawasan di Padang Sri Wawasan. Dalam ayat itu , perlukah perkataan padang - " P " huruf besar???? 3. SJK ( C ) Tai Thung telah mengadakan Hari Sukan.

Saudara Peter,

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

Ayat yang dikemukakan betul. Perkataan 'padang' dieja dengan huruf besar kerana Frasa 'Padang Sri Wawasan' ialah nama khas.

Tatabahasa21.07.2009
12345678910...

Kembali ke atas