Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pagar (kata nama)
Bersinonim dengan pagar pokok, pagar hidup, pagar renek, pagar kawat, pagar pancang, pagar sua;,
Kata Terbitan : berpagar, berpagarkan, memagar, memagari,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PAGAR POKOK

Pagar pokok ialah jaluran pokok renek atau

pokok kecil yang ditanam rapat-rapat untuk

dijadikan sempadan. Peladang di sesetengah

negara menanam pokok renek sebagai pagar

untuk mencegah haiwan ternak daripada merayau-

rayau atau untuk mencegah haiwan liar daripada

memasuki ladang.

UMUM 
PRIVET

Privet ialah pokok renek yang popular sebagai

pokok pagar. Ia biasanya dipangkas dan dilatih

tumbuh rapat-rapat menjadi pagar, tetapi kadang-kala

dibiarkan tumbuh tinggi merimbun. Ia kemudiannya

tumbuh menjadi pokok rimbun yang besar, kira-kira

sebesar saudara dekatnya, lilac . Bunganya yang putih

lebih kecil dan kurang menyerlah daripada bunga

lilac, tetapi bentuknya serupa. Baunya kurang harum

daripada bau lilac. Privet juga berkaitan dengan

zaitun, dan buahnya yang licin, berkulit gelap

menyerupai buah zaitun kecil yang masak.

UMUM 
SHE-OAK

She-oak termasuk 70 spesies pokok renek dan

pokok di kawasan Pasifik Barat, khususnya

Australia. Ia berbeza-beza daripada pokok renek

kerdil yang hanya satu meter tingginya, hingga

kepada oak sungai, yang sehingga 30 meter

tingginya. Peneroka awal menggunakan kayu she-oak

sebagai sirap. She-oak tidak berkaitan dengan

oak Eropah, tetapi kayu kedua-dua pokok ini

adalah serupa. She-oak digunakan untuk pagar

pokok dan tampan angin. Ia juga tahan terhadap air

garam dan boleh ditanam di pantai.

Pengelasan saintifik. She-oak tergolong dalam famili

Casuarinaceae dan genus Casuarina.

UMUM 
BOX

Box atau boxwood ialah pokok renek atau pokok

malar hijau yang tumbuh perlahan yang banyak

digunakan sebagai pagar pokok dan sebagai

spesimen di laman. Ia tumbuh di selatan Eropah,

Asia dan utara Afrika dan biasa terdapat di England.

UMUM 

Kembali ke atas