Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.ha] | ڤها

Definisi : 1. bahagian kaki manusia di antara lutut dan pinggul; 2. bahagian kaki belakang binatang-binatang tertentu di antara lutut dan pinggul; 3. sl perempat, suku; se~ sesuku; ~ belalang a) paha yg kecil dan lurus; b) sj penyemat (pin) baju; c) spring, pegas; ~ kek bahagian kek (alat tenun) yg berat di sebelah bawah (tempat bahagian-bahagian kek lain dipasang); bergendang ~ prb bergembira kerana orang lain mendapat kesusahan; cubit ~ kanan, ~ kiri sakit juga prb kiranya seseorang itu me­rosakkan kaum keluarganya sendiri, ia pun akan berasa juga kesusahannya; diberi betis hendak ~ prb diberi sedikit, kemudian hendak banyak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ha] | ڤها

Definisi : Kl mata tenggala. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ha] | ڤها

Definisi : ; burung ~ kelati sj burung, Dicrurus aeneus malayensis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ha] | ڤها

Definisi : bahagian kaki yg menghubungkan punggung dgn lutut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata paha

Peribahasa

Cubit paha sendiri dulu,
     baru cubit paha orang lain.

Bermaksud :

Pandang pada diri sendiri dulu, sebelum memandang pada orang lain. (Bandingkan dengan: Cium tapak tangan, berbaukah atau tidak?).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pahapahaGeografiTiadaTiada
pahapahaGeologiTiadaPermatang glasier yang terbundar, panjang, dan rendah, yang terdiri terutamanya daripada hanyutan, batuan, atau pasir, lodak atau lempung tiupan angin tetapi tertutup dengan penutup loes yang tebal.
paha luarpaha luarKesenianTiadaBahagian luar hujung ekor wau jala budi.
paha dalampaha dalamKesenianTiadaBahagian dalam hujung ekor wau jala budi.
thigh guardpelindung pahaSukanTiadaAlat yang digunakan untuk melindungi paha daripada terkena bola.
pull boardpapan pahaSukanTiadaAlat untuk latih tubi tangan yang diletakkan di celah kelangkang di bahagian paha. Ia diperbuat daripada gabus atau bahan yang mudah terapung.
gluteus muscleotot gluteusPerubatanTiadaOtot punggung yang terdiri daripada otot gluteus maksimus, gluteus medius dan gluteus minimus. Ketiga-tiga otot ini masing-masing berfungsi untuk mengekstensikan, mengabdukkan dan memutarkan paha ke arah lateral; mengabdukkan paha; dan mengabdukkan serta memutarkan paha ke arah medial.
semitendinosus muscleotot semitendinosusVeterinarPraklinikalSalah satu daripada tiga otot kaudal atau hamstring di paha. Otot semitendinosus membentuk kontur paha. Otot ini terletak di bahagian tengah antara kumpulan otot kaudal. Otot semitendinosus menyisip di medial hujung proksimal tibia dan di tulang kalkaneum. Otot ini berperanan untuk meluruskan sendi pinggul; stifel dan keting serta boleh membengkokkan sendi stifel.
frock coatkot frokKesenianTiada1. Kot lelaki paras paha sama ada berbres tunggal atau dubel, sama sendat hingga ke garis pinggang, kemudian mengembang dari garis pinggang ke paha, biasanya berkocek tutup, berbelah bahagian tengah belakang dan berbutang pada garis pinggang. Dipakai dari abad ke-18 hingga ke-19.,2. Jaket sama sendat paras pinggul dipakai oleh wanita pada tahun 1890-an.
biceps femorisbiseps femorisVeterinarPraklinikalSalah satu daripada tiga otot kaudal atau hamstring di paha. Otot yang panjang dan besar ini terletak paling lateral antara kumpulan otot kaudal paha. Biseps femoris ialah otot ekstensor yang bermula dari tuber iskium dan kawasan berdekatan ligamen sakrotuber sehingga ke ruang sendi stifel. Otot ini meluruskan sendi pinggul; stifel serta keting; dan membengkokkan sendi stifel.
12345678910...

Kembali ke atas