Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.hat] | ڤاهت

Definisi : alat besi yg berbentuk bilah yg tajam hujungnya (utk menebuk lubang, mengukir kayu, dll); jenis-jenisnya: ~ caku, ~ kuku, ~ mata bulat, ~ mata lintang, ~ putar, dll; ~ kuku pahat yg matanya melengkung, di­gunakan utk membuat lurah dan ukiran biasa; ~ pating sj pahat yg tidak tajam; ~ pelubang pahat yg khusus digunakan utk menebuk lubang; bagai ~, tidak ditukul tidak makan = laksana ~ dgn penukul prb orang yg hanya bekerja apabila diperintah (disuruh); menciritkan ~ prb sudah tua sangat (orang); berpahat 1. sudah dipahat; 2. berukir; yg berbaris yg ~, yg bertakuk yg bertebang prb Mn pekerjaan dilakukan mengikut adatnya (aturannya) yg biasa; memahat 1. menebuk lubang dll dgn pahat; 2. mengukir, membuat patung dgn pahat: di atas tugu itu semua nama pejuang yg gugur turut dipahat; ~ di dlm baris, berkata dlm pusaka prb Mn mengerjakan sesuatu dgn aturannya (supaya selamat); terpahat 1. telah diukir dgn pahat, terukir: ukiran yg ~ di atasnya melambangkan kepercayaan animisme; tulisan yg ~ pd batu nisan itu mengandungi dua rangkap puisi; 2. ki terlekat, tercatat atau terakam seolah-­olah telah dipahat pd sesuatu: hasrat utk menulis novel tetap ~ di tangkai hatinya; bagi kaki pancing, nama Pulau Sembilan pasti ~ dlm ingatan mereka; pahatan sesuatu yg dipahat, hasil memahat, ukiran: di sekolah seni ini kami menikmati lukisan dan ~ ramai seniman; pemahatan perbuatan (proses) memahat; pemahat orang yg memahat (mengukir), pengukir, ahli seni pahat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.hat] | ڤاهت

Definisi : ; bulu ~ bulu paku, bulu yg halus-halus pd burung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.hat] | ڤاهت

Definisi : alat drpd bilah besi yg tajam hujungnya dan digunakan utk menebuk lubang atau utk mengukir. ~ kuku pahat yg bermata bulat dan beralur di tengah-tengahnya. ~ penarah pahat yg tajam hujungnya dan digunakan utk menarah reja di bahagian hujung kayu, menepatkan bahagian-bahagian sudut dll. memahat menebuk lubang, mengukir dsb dgn menggunakan pahat: Siapa yg ~ patung itu? pemahat orang yg pandai menggunakan pahat utk mengukir dll; ahli seni pahat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pahat (kata nama)
Bersinonim dengan gang, gogol, tatah;,
Kata Terbitan : berpahat, memahat, pahatan, pemahat,

Puisi
 

Batu Pahat Sungai Kundur,
     Tempat tumbuh paku dulang;
Kalau jahat baiklah undur,
     Jangan menyakit hati orang.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Bagai pahat,
     tidak ditukul tidak makan.

Bermaksud :

Bekerja hanya kalau diperintah. (Bandingkan dengan: Seperti pahat dengan penukul).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
districtn 1. administrative division, daerah: the ~ of Batu Pahat, daerah Batu Pahat; ~ hospital, hospital daerah; 2. area, region, kawasan: electoral ~, kawasan pilihan raya; a mountainous ~, kawasan pergunungan; residential ~, kawasan kediaman.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sculpturaladj pertaining to sculpture, seni pahat patung: an exhibition of modern ~ works, pameran karya seni pahat patung moden.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chiseln pahat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bevel chiseln pahat serong.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gougen tool for cutting grooves in wood, pahat kuku;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sculpturen 1. art of carving wood, stone, etc, seni /pahat, arca/: a painter who in his later years turned to ~, seorang pelukis yg kemudiannya menukar minat kpd seni arca;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
great3. remarkable, outstanding, agung, ulung, unggul; (included in names of historically important persons) Agung: a ~ work in Malay literature, karya sastera Melayu yg agung; a ~ leader, pemimpin yg ulung; a ~ composer, penggubah lagu yg agung; a ~ statesman, negarawan yg ulung; Michelangelo was a ~ sculptor, Michelangelo ahli seni pahat yg agung; Alexander the G~, Iskandar Agung; 5. important, significant, penting: one of the ~ events of modern history, salah satu peristiwa penting dlm sejarah moden;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas