Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.hit] | ڤاهيت

Definisi : 1. rasa spt rasa hempedu: terasa ~ sedikit minuman keras itu; mendapat kopi ~ a) mendapat kopi yg tidak bergula; b) kena marah; 2. ki menyakitkan hati, menyusahkan hati (perasaan): semua perkataannya ~ dan melukakan hati belaka; kenyataan yg ~; 3. ki tidak senang, susah, sukar, payah: betapa ~nya kehidupan orang-orang kampung; 4. sukar utk ditanggung atau diterima: peristiwa ~ yg diharungi mereka; ~(-pahit) darah panjang umur; ~ getir = ~ maung = ~ pahang kesulitan atau kesusahan yg bermacam-macam; ~ lepang Kl pahit benar; ~ meninggal (peninggal) a) bagai melekat di tekak (rasa pahit); b) sesudah di­makan baru terasa pahit; c) kemudiannya baru ternampak (terbukti) ketidakjujurannya; ~ peria Kl buruk (keji) tetapi berfaedah atau disukai; ~ dahulu, manis kemudian prb yg rumit (sulit dll) hendaklah dijelaskan atau dibincangkan dahulu (dlm perjanjian) supaya senang kemudiannya; sepahit; ~ semanis bersama-sama menderita dan bersuka; ~-pahit mambu, kelatnya menjadi ubat prb perkataan yg keras tetapi me­ngandungi pengajaran itu mendatangkan ke­baikan; berpahit-pahit 1. bersusah payah, bersusah-susah, berpayah-payah: ~ dahulu bermanis-manis kemudian; 2. berterus terang me­nyatakan sesuatu (yg buruk dan yg baik); memahitkan menyebabkan pahit, menjadi­kan pahit; kepahitan 1. perihal pahit; 2. ki kesusahan, kegetiran, penderitaan: sama-sama kami mengalami ~ hidup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.hit] | ڤاهيت

Definisi : ; rumput ~ a) sj tumbuhan (rumput) kerubung padi, rumput mentebung, Cyrtococcum oxyphyllum; b) sj tumbuhan (rumput, rumput ala negeri, rumput kerbau, Paspalum conjugatum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.hit] | ڤاهيت

Definisi : 1 (be)rasa tidak sedap spt rasa hempedu atau rasa biji langsat: Ubat demam itu ~ sungguh rasanya. 2 ki tidak menyenangkan hati; menyusahkan hati; susah atau sulit: pengalaman yg ~. ~ getir (maung) kesusahan atau kesulitan yg berbagai-bagai. kepahitan 1 keadaan pahit; rasa pahit. 2 ki keadaan yg tidak menyenangkan; kesulitan; kesusahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pahit (adjektif)
1. Dalam konteks rasa
bersinonim dengan maung, pahit maung,
Berantonim dengan manis

2. Bersinonim dengan getir: jerih, perih, perit, pedih, serik, sukar, susah, payah, sulit,

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan sedih, pilu, luka, hiba, lara, duka, dura,

Kata Terbitan : berpahit-pahit, memahitkan, kepahitan,

Puisi
 

Minum kopi tidak bergula,
     Pahit-pahit diminum juak;
Kalau hati bersama cinta,
     Baiklah baik diikut juak.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Sedap dulu,
     pahit kemudian.

Bermaksud :

Bersenang-senang dulu, dan akhirnya mendapat kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
bitteradj 1. (rel to taste) pahit: the pill left a ~ taste in the mouth, pil itu meninggalkan rasa pahit dlm mulut; ~ orange peel, kulit oren yg pahit; a ~ pill to swallow, sst yg pahit yg terpaksa /diterima, ditelan/; 2. piercing, stinging, /menggigit, menusuk/ ke tulang: a ~ chill, kedinginan yg menusuk ke tulang; 3. piercingly cold, kedinginannya /menggigit, menusuk/ ke tulang: a ~ night, malam yg kedinginannya menusuk ke tulang; 4. hard to bear or accept, pahit, getir: a ~ experience, pengalaman pahit; a ~ lesson, pengajaran pahit; a ~ disappointment, kekecewaan yg getir; ~ poverty, kemiskinan yg pahit; the ~ truth, kenyataan pahit; 5. full of resentment, pain, a. (of person) berasa marah dan kecewa: she was still ~ about her parents’ divorce, dia masih lagi berasa marah dan kecewa krn perceraian ibu bapanya; b. (of words etc) pahit; c. (of tears) kesal;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bitter-sweeta/dj pahit manis: ~ chocolate, coklat pahit manis; ~ memories, kenangan pahit manis.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ordealn pengalaman /pahit, getir/: he never fully recovered from the dreadful ~, dia tdk benar-benar pulih drpd pengalaman pahit itu; the ~ of watching o’s father being hacked to death, pengalaman pahit menyaksikan bapa sendiri ditetak hingga mati.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
plight1 n keadaan /pahit getir, yg menyedihkan/: his death has left his family in a sorry ~, kematiannya meninggalkan keluarganya dlm keadaan pahit getir; the dreadful ~ of the refugees,keadaan pahit getir orang-orang pelarian yg sungguh mengerikan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wormwoodn (fig.) pahit /getir, maung/: the ~ of defeat, pahit getir kekalahan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bitter6. Characterized by intense antagonism or hostility, a. (of enemy) ketat; b. (of struggle, quarrel, etc) pahit, getir: the ~ strugglr for freedom, perjuangan yg getir utkkebebasan; c. (of hatred) penuh dendam; n st bitter, sst yg pahit; take the ~ sweet, menerima pahit manis.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bittersn arak pahit.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
plain chocolate n coklat pahit.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bitterlyadv 1. piercingly, sehingga /menggigit, menusuk/ ke tulang: the weather was ~ cold, cuaca sejuk sehingga menusuk ke tulang; 2. with bitterness, dgn perasaan /pahit, getir/: she spoke ~ about the incident, dia bercakap dgn perasaan pahit ttg peristiwa itu; 3. intensely, begitu, terlalu, sangat: she was ~ disappointed in him, wanita itu begitu kecewa dengannya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
scrunchb. (face) mengerutkan: the bitter flavour made the baby ~ up its face, rasa pahit menyebabkan bayi itu mengerutkan mukanya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas