Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.hit] | ڤاهيت

Definisi : 1. rasa spt rasa hempedu: terasa ~ sedikit minuman keras itu; mendapat kopi ~ a) mendapat kopi yg tidak bergula; b) kena marah; 2. ki menyakitkan hati, menyusahkan hati (perasaan): semua perkataannya ~ dan melukakan hati belaka; kenyataan yg ~; 3. ki tidak senang, susah, sukar, payah: betapa ~nya kehidupan orang-orang kampung; 4. sukar utk ditanggung atau diterima: peristiwa ~ yg diharungi mereka; ~(-pahit) darah panjang umur; ~ getir = ~ maung = ~ pahang kesulitan atau kesusahan yg bermacam-macam; ~ lepang Kl pahit benar; ~ meninggal (peninggal) a) bagai melekat di tekak (rasa pahit); b) sesudah di­makan baru terasa pahit; c) kemudiannya baru ternampak (terbukti) ketidakjujurannya; ~ peria Kl buruk (keji) tetapi berfaedah atau disukai; ~ dahulu, manis kemudian prb yg rumit (sulit dll) hendaklah dijelaskan atau dibincangkan dahulu (dlm perjanjian) supaya senang kemudiannya; sepahit; ~ semanis bersama-sama menderita dan bersuka; ~-pahit mambu, kelatnya menjadi ubat prb perkataan yg keras tetapi me­ngandungi pengajaran itu mendatangkan ke­baikan; berpahit-pahit 1. bersusah payah, bersusah-susah, berpayah-payah: ~ dahulu bermanis-manis kemudian; 2. berterus terang me­nyatakan sesuatu (yg buruk dan yg baik); memahitkan menyebabkan pahit, menjadi­kan pahit; kepahitan 1. perihal pahit; 2. ki kesusahan, kegetiran, penderitaan: sama-sama kami mengalami ~ hidup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.hit] | ڤاهيت

Definisi : ; rumput ~ a) sj tumbuhan (rumput) kerubung padi, rumput mentebung, Cyrtococcum oxyphyllum; b) sj tumbuhan (rumput, rumput ala negeri, rumput kerbau, Paspalum conjugatum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.hit] | ڤاهيت

Definisi : 1 (be)rasa tidak sedap spt rasa hempedu atau rasa biji langsat: Ubat demam itu ~ sungguh rasanya. 2 ki tidak menyenangkan hati; menyusahkan hati; susah atau sulit: pengalaman yg ~. ~ getir (maung) kesusahan atau kesulitan yg berbagai-bagai. kepahitan 1 keadaan pahit; rasa pahit. 2 ki keadaan yg tidak menyenangkan; kesulitan; kesusahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pahit (adjektif)
1. Dalam konteks rasa
bersinonim dengan maung, pahit maung,
Berantonim dengan manis

2. Bersinonim dengan getir: jerih, perih, perit, pedih, serik, sukar, susah, payah, sulit,

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan sedih, pilu, luka, hiba, lara, duka, dura,

Kata Terbitan : berpahit-pahit, memahitkan, kepahitan,

Puisi
 

Minum kopi tidak bergula,
     Pahit-pahit diminum juak;
Kalau hati bersama cinta,
     Baiklah baik diikut juak.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Sedap dulu,
     pahit kemudian.

Bermaksud :

Bersenang-senang dulu, dan akhirnya mendapat kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Brucea amarissimaLada pahit, melada pahitPertanianTiadaTumbuhan jenis renek dalam famili Simaroubaceae juga dikenali sebagai melada pahit. Biasanya tumbuh dengan mudah di kawasan yang terbuka. Daunya jenis majmuk pinat dan tepi daun bergerigi. Bunga berwarna merah yang mempunyai empat cuping kaliks. Buahnya kecil dan keras. Buah matang berwarna hitam mempunyai rasa seperti lada. Daun digunakan untuk merawat kurap, bisul dan gigitan lipan. Buah yang telah masak dimakan untuk meningkatkan suhu badan, mengubati buasir, cirit-birit, sakit perut dan batuk. Akarnya pula digunakan untuk meredakan disentri, diarea, malaria, demam, sakit perut, batuk dan keracunan.
bitter almond oilminyak badam pahitKimiaForensikMinyak meruap yang diperoleh daripada penyulingan isirung badam pahit. Badam pahit mengandungi amigdalin, bersama-sama dengan enzim yang memangkinkan hidrolisisnya. Apabila isirung ditumbuk dan di lembapkan, minyak meruap yang terhasil akibat hidrolisis yang berlaku boleh disuling keluar. Minyak ini mengandungi benzaldehid dan asid hidrosianik sebagai bahan utama, dan digunakan dalam farmasi sebagai perisa makanan selepas asid hidrosianik disingkirkan.
Brucea amarissimalada pahitHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis renek dalam famili Simaroubaceae dan dikenali juga sebagai melada pahit. Lada pahit biasanya tumbuh dengan mudah di kawasan yang terbuka. Daunnya jenis majmuk pinat dan tepi daunnya bergerigi. Bunganya berwarna merah dan mempunyai empat cuping kaliks. Buahnya kecil dan keras. Buah matang berwarna hitam dan mempunyai rasa seperti lada. Daunnya digunakan untuk merawat kurap, bisul dan gigitan lipan. Buah yang telah masak dimakan untuk meningkatkan suhu badan, mengubati buasir, cirit-birit, sakit perut dan batuk. Akarnya pula digunakan untuk meredakan disentri, cirit-birit, malaria, demam, sakit perut, batuk dan keracunan.
pahit tablemeja layanPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
Brucea amarissimaLada pahitPertanianTiadaTumbuhan ini dikenali sebagai lada barau, melada pahit, cerek jantan, embalau, serajatdan sisik manik. Ia adalah tumbuhan renik dalam famili Simarubaceae, tinggi hingga 10m dengan daun majmuk, 12-62 cm panjang dan 5-15 anak daun tersusun bersetentangan, ovat atau lanseolat, akuminat, kuneat dengan tepi daun dentat. Permukaan daun berbulu. Bunga merah dengan empat cuping kaliks. Buah jenis kekeras dan menggerutu. Keseluruhan pokok terutama sekali akar digunakan untuk untuk merawat disentri ameba, diarea, malaria, demam, sakit perut, batuk dan keracunan dalam. Dalam ubatan tradisional Cina pokok diguakan secara luaran untuk rawatan buasir, puru, ulser dan kanser. Daun digunakan untuk merawat bengkak limpa, scurf, kurap, bisul dan gigitan lipan.
bitterpahitHerbaPemiawaianRasa yang tidak sedap, seperti hempedu disebabkan kandungan sebatian berbes dalam tumbuhan herba. Contohnya, rasa pahit pada daun mengkudu (Morinda citrifolia), buah peria katak (Momordica charantia) dan daun hempedu bumi (Andrographis paniculata).
black comedykomedi pahitKesenianDrama dan TeaterGenre drama yang bercirikan kepahitan hidup dan digambarkan seperti komik. Komedi pahit menimbulkan unsur humor dan lucu daripada persoalan takdir manusia, kesukaran hidup dan kekejaman.
psychic traumatrauma psikikPerubatanTiadaTrauma yang berlaku akibat pengalaman pahit yang mengakibatkan renjatan emosi. Kesan pengalaman pahit ini kekal dalam ingatan dan mungkin mencetuskan tekanan jiwa.
Eurycoma longifoliaTongkat ali, pasak bumi, setunjang bumi, bedara pahitPertanianTiadaTumbuhan daripada famili Simaroubaceae, dikenali sebagai pasak bumi, setunjang bumi dan bedara pahit. Pokoknya bersaiz sederhana dan mempunyai daun majmuk pinat. Jambak bunganya terjuntai ke bawah dengan bunga kecil berwarna merah jambu dan buah berbentuk bujur (ellipsoid). Sebatian kimia utamanya ialah eurikomanon, eurikomanol dan eurikomalakton terutamanya di bahagian akar. Tumbuhan ini hidup di hutan tanah pamah hingga hutan bukit. Akarnya digunakan sebagai tonik, afrodisiak (merangsang seks), mengubati demam, mengurangkan tekanan darah tinggi, merawat sakit tulang, sakit kuning, cirit-birit, cirit berdarah, masalah penghadaman makanan, ubat cacing, ketegangan otot dan berpotensi merawat barah. Batangnya pula digunakan untuk merawat demam malaria dan kecacingan.
dark comedykomedi pahitKesusasteraanTiadaBentuk drama yang bercirikan kepahitan hidup dan digambarkan seperti komik. Drama ini mengisahkan kedukaan hidup, iaitu kehidupan yang tidak membawa sebarang harapan, seolah-olah manusia berada dalam situasi yang tiada penyelesaiannya. Sebaliknya, manuisa hanya menerima segala bentuk kepahitan dalam kehidupan. Antara tema yang dikemukakan ialah kematian, penyakit, dan peperangan. Bentuk drama ini digolongkan dalam genre teater absurd. Contoh komedi pahit ditemui dalam drama Jean Anouilh bertajuk Voyageur sans baggage (1936) dan Le Savage (1938), drama Jean Genet bertajuk Les Bonnes (1947) dan Les Negres (1959), Merchant of Venice, Measure for Measure, serta drama Shakespeare berjudul The Winter�s Tale. Ciri-ciri komedi pahit juga terdapat dalam karya fiksyen. Antara fiksyen jenis ini ialah The Trial, The Castle dan Metamorphosis yang dihasilkan oleh Franz Kafka.
12345678910...

Kembali ke atas