Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pah.la.wan] | ڤهلاون

Definisi : orang yg gagah dan berani, pejuang yg gagah, perwira: ~ tanah air; kepahlawanan perihal gagah berani (berani berjuang dll), keberanian, keperwiraan: kita puja Rizal kerana semangat nasionalismenya dan ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pah.la.wan] | ڤهلاون

Definisi : orang yg sangat gagah berani; pejuang yg gagah: Sebuah tugu telah dibina utk memperingati ~-~ kita yg telah gugur. kepahlawanan sifat-sifat pahlawan; keberanian dan kegagahan: Nama Hang Tuah dan semangat ~nya tetap hidup dlm ingatan bangsa Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pahlawan (kata nama)
Bersinonim dengan wira, pendekar, bahadur, sateria, kesateria, perwira, panglima, perajurit, pejuang, srikandi, wirawati, hulubalang, mahaguru, hero, protagonis;,
Kata Terbitan : kepahlawanan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tabardtabardKesenianTiada1. Tunik yang longgar di hadapan dan berpesak di belakang, berlengan, berlambang dan bersulam di belakangnya. Pakaian bentara semasa upacara pertandingan atau perlawanan pahlawan-pahlawan Barat pada abad ke-13 hingga ke-16.,2. Mantel pendek yang dibuat daripada fabrik tebal dan kasar yang dipakai di luar rumah oleh lelaki dan wanita pada abad ke-19.
pastourellepastoraliaKesusasteraanTiadaPuisi naratif pendek zaman Pertengahan abad ke-13 di mana satu pertemuan sering berlaku di antara pengembala dan pahlawan raja yang mengakibatkan satu perdebatan berlaku kerana pengembala enggan tunduk kepada pahlawan raja dan dia dapat mengatasi pahlawan raja itu malah diselamatkan oleh pengembala.
menoramenoraKesusasteraanTiadaPersembahan teater tarian rakyat yang menggunakan unsur-unsur tari, muzik dan ucapan. Pada suatu ketika dahulu, menora merupakan teater popular di selatan Thailand. Menora mempersembahkan cerita-cerita Buddhist Jataka, cerita dongeng dan mitos. Antara cerita tempatan yang dipersembahkan ialah Peak Prod � Pahlawan Kedah, Lakanawong �Pahlawan Thai, Chau tha Kirruk � isteri curang, Sinrad � tentang seorang suami yang mencari isterinya yang telah dilarikan oleh raksasa, Chaychid � putera remaja, perkelahian dan pembunuhan di antara isteri-isterinya, Darawong � cerita cinta, Chaukrey � cerita seorang Puteri Manora, dan Khrubuk � cerita Pahlawan Thai. Persembahan menora hampir sama seperti makyung, iaitu mengabungkan unsur-unsur dialog, muzik dan tari. Kumpulan muziknya mengandungi alat-alat pi (serunai), klong (sebiji geduk), tharp (sepasang gedombak), mong, cing dan cerek. Gerak tari merangkumi 12 peringkat abjad tari yang ditunjukkan dalam persembahan pembukaan Sembah Guru � Wai kru. Antara lain gerak tari mengiringi nyanyian pada akhir setiap adegan atau pada permulaan adegan apabila watak memperkenalkan dirinya. Watak utama dalam menora ialah: (a) Watak kayangan seperti dewa, gergawi, raksasa, kinaree. (b) Watak kaum kerabat diraja seperti raja, permaisuri, putera dan puteri. (c) Peran atau pelawak. (d) Orang biasa seperti dayang dan orang kampung. Struktur persembahan menora merangkumi empat bahagian, iaitu: (a) Wai kru � sembah guru. (b) Wrai na tret � tarian dan nyanyian. (c) Leukamprat pleng ton � watak utama menyembah gendang. (d) Cabbot � cerita. Asal usul menora masih lagi kabur dalam mitos dan dongeng. Menora dibawa masuk dari selatan Thailand ke Kelantan yang dahulunya merupakan jajahan Negara Thai. Pada tahun 1950, menora dipentaskan di Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang untuk meraikan perayaan hari Wesak (hari kelahiran Buddha), Hari Thambun (upacara berhala), upacara menandakan kesyukuran dan sebagai persembahan komersial. Menora dikenali sebagai nora. Lihat juga makyung.
military championpahlawan (tentera)SejarahTiadaTiada
warriorhulubalang/pahlawanSejarahTiadaTiada
Thirty HeroesPahlawan Tiga PuluhSejarahTiadaTiada
Paladin of the CrescentPahlawan IslamSejarahTiadaTiada
hymngita pujaKesusasteraanTiadaNyanyian memuji pahlawan atau Tuhan.
eposeposKesusasteraanTiadaPuisi epik atau puisi pahlawan yang disampaikan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi.
heroic talecerita wiraan/eposKesusasteraanTiadaCerita pahlawan yang menjadi kebanggaan sesuatu bangsa dan disampaikan dari satu generasi ke satu generasi. Contoh: Hikayat Hang Tuah, Hikayat Chindor Mato dan Cerita Hikayat Misa Taman Jayeng Kusuma.
1234

Kembali ke atas