Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[paip] | ڤاءيڤ

Definisi : 1. pembuluh utk menyalurkan air (minyak, gas, dll), pipa: ~ angin; 2. = ~ air cerat pan­curan air (utk orang awam dll), pili: dibukanya ~ dan air pun terpancarlah; 3. a) alat drpd kayu dll utk menghisap tembakau, pipa; b) pembuluh (drpd kayu dll) penyambung rokok, pipa; memaipkan membuat hiasan pd kek, biskut, dll dgn mengasak krim atau aising melalui sj bekas bermuncung: dia ~ aising di keliling kek itu; perpaipan (sistem, kerja dll) pemasangan paip: sistem ~ air dan gas utk bangunan itu telah siap dipasang; bayaran itu tidak termasuk kos ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[paip] | ڤاءيڤ

Definisi : 1 saluran bulat drpd logam dll utk menyalurkan benda-benda cair atau gas: ~ minyak. 2 mulut tempat keluar sesuatu benda yg disalurkan; cerat pancuran air; pili. 3 alat drpd kayu dll utk menghisap tembakau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata paip


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fittinggegasanKejuruteraanPetroleumPaip-paip kecil dan injap-injap kecil yang digunakan bagi membentuk sistem paip yang diperlukan oleh peralatan atau sistem kemudahan.
rising mainpaip menegakKejuruteraanKejuruteraan BangunanPaip yang menyalurkan air daripada punca bekalan kepada paip-paip agihan di tingkat bangunan melalui saluran menegak.
main linetalian utamaKejuruteraanPetroleumSinonim : talian pokok Talian paip yang terdiri daripada paip-paip bergaris pusat besar yang menghubungkan dua titik atau tempat yang berjauhan.
by-pass (pipe)(paip), paip bipasKesenianTiadaTiada
choke manifoldpancarongga pencekikKejuruteraanPetroleumSusunan paip-paip dan pencekik. Melalui susunan ini, diedarkan apabila pencegah semburan keluar ditutup bagi mengawal tekanan di dalam semasa terjadinya tendangan.
pump manifoldpancarongga pamKejuruteraanPetroleumSusunan injap-injap dan paip-paip yang dibuat sedemikian rupa supaya boleh dilakukan pemilihan arah tuju aliran bendalir sedutan dan bendalir buangan di antara dua pam atau lebih.
dresser sleevesarung bajuKejuruteraanPetroleumRelang jenis gelinciran yang digunakan untuk menyambungkan paip-paip yang tidak mempunyai ulir di hujung-hujungnya. Penyambungan berlaku dengan mekanisme gelinciran sahaja.
field sprinkel systemsistem pemercik ladangKejuruteraanTiadaSistem pengairan di ladang yang menggunakan paip-paip dengan pemercik boleh dikawal dari satu punca.
polyvinyl chlorideklorida polivinilKejuruteraanKejuruteraan BangunanBahan termaplastik yang digunakan dengan meluas dalam pembinaan, khususnya pada paip-paip bekalan di dalam rumah, penutup dinding, pelapik, lantai dan sebagainya.
nominal diametergaris pusat nominalKejuruteraanKejuruteraan KimiaGaris pusat luar paip bagi paip yang bersaiz lebih besar daripada 12 inci dan menghampiri garis pusat dalam paip bagi paip yang bersaiz 3-12 inci.
12345678910...

Kembali ke atas