Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.ja/] | ڤاجق

Definisi : 1. kuasa utk mengerjakan sesuatu dgn membayar sewa kpd kerajaan dll, pak; ~ candu a) kuasa utk menjual candu; b) tempat menjual candu; 2. Id cukai: ~ bumi (tanah); ~ pendapatan (penghasilan, pencarian) cukai yg dikenakan pd pendapatan orang; 3. kedai atau warung; 4. sj gerai tempat men­jual barang-barang (di pasar); ~ ikan (sayur) tempat ikan (sayur) dijual; ~ gadai a) kuasa utk membuka rumah gadai; b) = rumah ~ tempat menggadaikan barang­-barang; ~ judi tempat berjudi; ~ kepala ark cukai yg dikenakan pd setiap orang; memajak 1. mengerjakan sesuatu dgn mem­bayar sewa kpd kerajaan dll, mengepak; 2. meng­gadai: ~ barang-barang emas; 3. menjual di pajak: dia memanaskan susu lembu yg dipajaknya setiap pagi; memajaki membayar pajak utk; memajakkan menyerahkan sesuatu hak kpd orang lain dgn menerima sewa: baginda ~ kuasa memungut cukai di muara Sungai Perak kpd seorang Cina; pajakan kontrak (kuasa atau hak) yg mem­bolehkan orang lain menggunakan atau men­duduki tanah, bangunan dsb orang lain dlm tempoh masa dan dgn bayaran tertentu; pemajakan proses memajak: ~ daerah-daerah kpd Baron; pemajak orang yg memajak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ja/] | ڤاجق

Definisi : 1 hak utk mengusahakan sesuatu dgn membayar sewa: Apabila sampai musim penyu bertelur, kerajaan mengeluarkan tawaran ~ utk kawasan tempat penyu bertelur itu. 2 wang yg wajib dibayarkan kpd kerajaan kerana sesuatu hal; cukai: ~ tanah; ~ jalan. ~ gadai a. hak atau kuasa utk membuka rumah gadai. b. = rumah ~ kedai tempat menggadaikan barang-barang. ~ judi rumah tempat berjudi. memajak mengusahakan atau mengendalikan sesuatu dgn membayar sewa kpd kerajaan dll: Saudagar yg banyak modal ~ kawasan pantai itu hingga tiga empat batu panjangnya. memajakkan menyerahkan sesuatu hak atau kuasa kpd orang lain dgn mengambil sewa: Mereka kemudian ~ kawasan itu kpd orang lain. pemajakan perbuatan (hal dsb) memajak atau memajakkan. pemajak orang yg memajak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pajak


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
renewal optionpilihan pembaharuanPentadbiranTiadaPeruntukan yang memberi pilihan kepada penerima pajak kendalian untuk memperbaharui pemajakan apabila tempoh pajak tamat.
Muasasah Gadaian Islam Terengganu (MGIT)Muasasah Gadaian Islam Terengganu (MGIT)EkonomiEkonomi IslamInstitusi pajak gadai Islam pertama di Malaysia yang ditubuhkan pada Januari 1992 oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu. Penubuhannya berteraskan konsep rahnu dan qardul hasan. Fungsi awal penubuhannya adalah untuk mengatasi masalah caj kadar bunga tinggi yang dikenakan oleh pajak gadai konvensional di samping mengelakkan riba.
pawneepegadaiEkonomiEkonomi IslamInstitusi, syarikat atau individu yang menerima barang gadaian daripada pihak yang menggadaikan barangan sebagai cagaran kepada pinjaman yang diberikan. Mengikut Akta Pajak Gadai 1972 (Pindaan 2004), pegadai dikehendaki menyediakan modal minimum sebanyak RM100,000 bagi melayakkannya untuk mendapatkan lesen perniagaan pajak gadai dan perlu diperbaharui setiap tiga tahun. Pegadai mesti membayar yuran lesen kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta mematuhi peraturan yang ditetapkan.
lease condensatepeluwapan pajakanKejuruteraanPetroleumCecair gas asli diperoleh daripada gas yang dikeluarkan oleh telaga gas. Cecair ini diperoleh di pemisah pajak yang terdapat di medan gas yang berkenaan. Gas yang dikeluarkan oleh telaga gas tersebut boleh terdapat dalam bentuk gas bersekutu atau gas tidak bersekutu. Rujuk : pemisah pajak.
leaseholdpegangan pajak(an)GeografiTiadaTiada
leaseholderpemegang pajakPenilaian Harta TanahTiadaTiada
leaseholderpemegang pajakKependudukanTiadaTiada
lend-leasepajak-pinjamPentadbiranTiadaTiada
leasepajakan; pajakPentadbiranTiadaTiada
leasepajakan; pajakPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
12345678

Kembali ke atas