Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa/] | ڤق

Definisi : singkatan bagi bapak; ~ alang (ngah) bapa saudara yg tengah; ~ belang harimau; ~ cik a) ~ cu (usu) bapa saudara yg termuda; b) panggilan kpd orang yg separuh umur; ~ janggut a) orang yg ber­janggut; b) orang Benggali; P~ Kaduk orang yg malang kerana kebodohannya; ~ long (tua, ua, wa) bapa saudara yg tua sekali; ~ mulung tukang cerita dlm persembahan mekmulung yg turut sama melakonkan ceritanya dgn pelakon lain; ~ na Kl barua; ~ pacak orang yg tidak penting peranannya dlm sesuatu peristiwa (spt watak tambahan dlm lakonan pentas dll); P~ Pandir orang yg bodoh; ~ pecocok orang yg jahat (pencuri dll); ~ sanggup a) orang yg menyanggupi sebarang kerja yg diberikan; b) orang yg mengahwini perempuan yg sudah hamil; ~ teh bapa saudara (adik yg kelima atau keenam drpd ayah atau ibu); ~ turut orang yg tidak mempunyai pendirian sendiri (menurut orang lain sahaja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa/] | ڤق

Definisi : 1. peti atau kotak (dibuat drpd kayu) tempat barang; 2. IB bungkus (tembakau, rokok, dll); mengepak membungkus (membalut dll) barang-barang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa/] | ڤق

Definisi : IB pajak; ~ temurun Id pak (pajak) atas tanah yg ber­lanjutan turun-temurun; mengepak 1. memajak; 2. bp memborong; mengepakkan menyerahkan atau membo­rong sesuatu dgn cara pak (pajak). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa/] | ڤق

Definisi : kep bapa(k). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pa/] | ڤق

Definisi : peti atau kotak yg dibuat drpd kayu dan digunakan sbg tempat menyimpan barang-barang. ~ kuasa ist alat mudah alih yg dpt mengubah arus bekalan elektrik kpd arus terus atau kpd arus ulang-alik mengikut keperluan sesuatu alat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pak

Puisi
 

Pak haji memakai jubah,
     Jubah dibuat negeri Selibis;
Kasih kekal tiada berubah,
     Putus jiwa bersama habis.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Malang Pak Kaduk,
     ayamnya menang kampung tergadai.

Bermaksud :

Orang yang benar-benar malang nasibnya, segala sesuatu yang dimilikinya habis belaka.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
uncle2. o’s aunt’s husband, pak cik, pak + person’s name or nickname; (of eldest aunt) pak long; (of youngest aunt) pak /su, cu, busu/, busu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pop 3n 1. (colloq) father, pak, abah: please, can I go P~?, boleh saya pergi, Pak?; 2. any older man, pak: P~! Watch your step, Pak! Jalan baik-baik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unclen 1. brother of o’s father or mother, bapa saudara, pak cik; (fml) bapa saudara; (eldest) pak long; (youngest) pak /su, cu, busu/, busu; (polite esp in correspondence) ayahanda; (of royalty) ayahanda;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sheeplike ~, spt pak turut: they follow their leader like ~, mereka mengikut ketua mereka spt pak turut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
uncle3. (colloq) unrelated man friend of parents or children, pak cik + (person’s name or nickname): U~ David, Pak Cik David.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
craten 1. (large wooden box) tong: (frame made of wood, plastic, etc devided into section) pak: a beer ~, pak bir; 2. (sl) old car, kereta /cabuk, buruk/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rubber stampn 1. small device for stamping dates etc on documents and letter, cap getah; 2. (fig.) pak turut: the danger of becoming a mere ~, bahayanya menjadi pak turut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
boxwoodn kayu pak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
Simple Simon n (fig.) Pak Pandir.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
caskn tong (kayu), pak: a ~ of wine, setong wain.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas