Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.kai] | ڤاکاي

Definisi : 1. = memakai: semua ~ baju tangan panjang; boleh ~ kasut; 2. dgn cara, dgn jalan: tiap-tiap kali ibunya membeli tidak ~ bayar, tetapi ~ tulis sahaja; ~ paksa sahaja; dipakai bp didengar (diberi perhatian): teguranku tidak sedikit pun ~nya; berpakai 1. = berpakai-pakai (sedang) me­ngenakan pakaian: kira-kira pukul lima petang, Rijnhaard telah berpakai-pakai; 2. Mn masih dijalankan (digunakan), masih terus berlaku; memakai 1. mengenakan (meletakkan) pakaian dll: ~ baju Melayu; ~ kasut; 2. meng­gunakan, melakukan sesuatu dgn: ~ senjata; jalan bahasa spt yg dipakai oleh orang Melayu; ~ bau-bauan; ~ adat; ~ pembantu; ~ faham dengki-mendengki; 3. menjadikan sbg gundik: perempuan-perempuan muda yg disukai oleh ketua-ketua lanun itu biasanya menjadi gundik atau dipakai oleh mereka; 4. menggunakan ilmu (azimat, tangkal, dsb) utk menjaga badan (diri dsb); memakaikan 1. mengenakan baju dll pd: ia telah dipakaikan pula baju dan seluar yg labuh dan besar; 2. menggunakan (memper­gunakan) pd: diberinya sebilah keris yg bernama Tanjung Lada, maka dipakaikan oleh Apu itu kpd anaknya; 3. ark memakai; terpakai 1. dipakai: apa yg telah disebutkan tentang sistem otot dahulu ~ juga pd sistem saraf; 2. sudah dipakai: wang yg ~ hanya sebahagian sahaja; pakaian 1. sesuatu yg dipakai (baju, seluar, kasut, dll); 2. sesuatu yg biasa digunakan (di­lakukan), amalan, kebiasaan: mencarut, memaki, memanglah ~nya; silat pencak serta tipu peperangan ~ sekalian raja besar-besar; ~ adat pakaian yg biasa dipakai pd waktu upacara yg beradat; ~ angkatan pakaian kebesaran (rasmi) yg lengkap; ~ basahan pakaian biasa yg dipakai hari-hari (utk bekerja dll); ~ dunia (hidup) adat kebiasaan dunia (hidup); ~ kebesaran pakaian yg dipakai pd majlis-majlis rasmi; ~ kuda alat perkakas atau abah-abah kuda (tali kekang dll); ~ seragam pakaian yg serupa (polis, tentera, dll); ~ siap pakaian yg dibuat mengikut ukuran standard dan bukan mengikut ukuran individu; berpakaian 1. ada pakaiannya, memakai pa­kaian: seorang muda ~ rapi; 2. mengenakan pakaian; pemakaian 1. perihal (perbuatan, cara, dsb) memakai atau menggunakan, penggunaan: berbagai-bagai perkara yg sering menimbulkan kekeliruan dr segi ~ dibincangkan secara terperinci; ~ bahasa; ~ pesawat jet; 2. ilmu (azimat, tangkal, dll) utk menjaga badan dll; sepemakaian selengkap pakaian dll; pemakai 1. (orang dll) yg memakai atau menggunakan: ~ bahasa; 2. ilmu (azimat, tangkal, dll) utk menjaga badan dll; 3. orang yg suka menghias diri: dia tu memang ~ orangnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.kai] | ڤاکاي

Definisi : ; memakai 1 memasang atau melekatkan sesuatu ke badan: ~ kasut; ~ baju. 2 menggunakan sesuatu utk tujuan tertentu; menggunakan (dlm erti yg luas): Kapal terbang ini tidak ~ kipas tetapi menggunakan jentera jet. Apabila mereka bertutur, mereka ~ bahasa Melayu. memakaikan 1 mengenakan atau memasangkan sesuatu pd: Ketika kita kecil-kecil dahulu, ibulah yg menyuapi kita dan ~ baju pd kita. 2 menguntukkan sesuatu supaya digunakan; memberikan sesuatu supaya dipakai: Kita tidak boleh ~ peraturan itu kpd rakyat di sini. terpakai sudah (telah) dipakai: kereta ~ kereta yg sudah dipakai oleh orang lain. pakaian 1 apa-apa (spt baju, seluar) yg dipakai di badan: Perajurit-perajurit itu berbaris di padang dan berjalan di jalan raya dgn ~ yg bersih dan kemas. 2 sesuatu yg biasa dilakukan atau diamalkan; amalan: Pencak silat merupakan ~ segala hulubalang Melayu. ~ basahan pakaian yg dipakai sehari-hari. ~ dunia (hidup) adat yg menjadi kebiasaan. ~ kebesaran pakaian yg dipakai di majlis-majlis rasmi. ~ seragam pakaian (spt pakaian tentera, pengakap) yg sama warna dan potongannya. berpakaian 1 memakai pakaian: Mereka semuanya ~ serba putih. 2 mengenakan pakaian ke badan: Tunggu sebentar, Ani masih sedang ~ di biliknya. pemakaian perbuatan (hal dsb) memakai atau menggunakan; penggunaan: ~ bahasa Inggeris di pejabat-pejabat kerajaan sudah berkurang. pemakai 1 orang yg memakai atau menggunakan: Bahasa Melayu mempunyai lebih kurang seratus empat puluh juta orang ~nya. 2 orang yg suka menghias diri atau suka berpakaian kemas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pakai
Kata Terbitan : memakai, terpakai, pakaian, berpakaian, pemakaian, sepemakaian, pemakai,

Puisi
 

Pakai sepatu Indera Bangsawan,
     Sayang pak imam pergi ke kota;
Jangan begitu wahai kawan,
     Teguhkan iman di dalam dada.


Lihat selanjutnya...(71)
Peribahasa

Asal berisi tembolok senang hati.

Bermaksud :

Sudah cukup makan dan pakai maka senanglah hati.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
throw-awayadj 1. disposable, /pakai, boleh/ buang: a ~ toothbrush, berus pakai buang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
disposableadj 1. that can be disposed of after use, pakai buang: ~ nappy, napkin pakai buang; 2. vailable for use, boleh guna: ~ assets, aset boleh guna; ~ income, pendapatan boleh guna.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
two3. size denoted by two, saiz dua: she wears a ~, dia pakai saiz dua;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
skirtn 1. woman’s garment, skirt: please wear a ~, not jeans, sila pakai skirt bukan jean; 2. part of a garment that hangs below the waist, (bahagian) skirt: the dress is a little too full in the ~, bahagian skirt baju itu agak kembang sedikit;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pressingadj mendesak: the ~ need is to feed and clothe the refugees, keperluan yg mendesak adalah memberi makan dan pakai pd orang-orang pelarian;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pull~ apart, ditarik: “How do you open it?” “It doesn’t screw. It just ~s apart”, “Bagaimana hendak membukanya?” “Tidak pakai skru. Hanya perlu ditarik”; ~ apart at the seams, bertas; ~ so. apart, meleraikan sso: the two boys had to be ~ed apart by their parents, kedua-dua budak itu terpaksa dileraikan oleh ibu bapa mereka; ~ st apart, a. pull st into many pieces, mencerai-ceraikan sst: the teacher ~ed the flower apart to show the class how it was made up, cikgu mencerai-ceraikan bunga itu utk memperlihatkan bahagian-bahagiannya kpd kelas; b. separate st, /memisahkan, meleraikan/ sst: the two sheets had stuck together and had to be carefully ~ed apart, kedua-dua helai kertas itu telah terlekat dan terpaksa dipisahkan dgn hati-hati;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
second thoughton ~s, apabila berfikir dua kali; (foll by “no”), [not translated]: on ~s I think we should refuse the offer, apabila berfikir dua kali, kita patut menolak tawaran itu; wear the red dress. No, on ~s, wear the blue one, pakai baju yg merah. Eh, pakai yg birulah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wrap~ up, a. wear warm clothes, memakai baju tebal-tebal: you should ~ up well. It’s cold outside, kamu mesti pakai baju tebal-tebal. Di luar sejuk; b. (colloq) be quiet, diam, senyap, tutup mulut: ~ up, girls, I can’t hear the music, diamlah budak-budak, saya tak dapat dengar muzik tu; ~ st up, a. enfold st as in a parcel, membungkus sst: the books were ~ped up and sent to the post office, buku-buku itu dibungkus dan dihantar ke pejabat pos; b. (colloq) complete a business, meeting, etc, menyelesaikan sst: this piece of evidence that should ~ up the case, keterangan ini sepatutnya dapat menyelesaikan kes itu; we should be able to ~ it up before the end of the week, kami sepatutnya dapat menyelesaikannya sebelum akhir minggu; c. hide an idea in words, melindungi sst: he ~ped up his meaning in technical words which I couldn’t understand, dia melindungi maksudnya dlm kata-kata teknikal yg tdk saya fahami;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tatty2. cheap and of low quality, kodi: you’re not wearing this ~ hat to the reception, are you!, kamu hendak pakai topi kodi ini ke majlis sambutan itu!.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
war-paint2. (colloq), (humourous) make-up, cat muka: I hardly recognized her with her ~ on, saya hampir tdk mengenalinya apabila dia pakai cat mukanya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas