Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.kai] | ڤاکاي

Definisi : 1. = memakai: semua ~ baju tangan panjang; boleh ~ kasut; 2. dgn cara, dgn jalan: tiap-tiap kali ibunya membeli tidak ~ bayar, tetapi ~ tulis sahaja; ~ paksa sahaja; dipakai bp didengar (diberi perhatian): teguranku tidak sedikit pun ~nya; berpakai 1. = berpakai-pakai (sedang) me­ngenakan pakaian: kira-kira pukul lima petang, Rijnhaard telah berpakai-pakai; 2. Mn masih dijalankan (digunakan), masih terus berlaku; memakai 1. mengenakan (meletakkan) pakaian dll: ~ baju Melayu; ~ kasut; 2. meng­gunakan, melakukan sesuatu dgn: ~ senjata; jalan bahasa spt yg dipakai oleh orang Melayu; ~ bau-bauan; ~ adat; ~ pembantu; ~ faham dengki-mendengki; 3. menjadikan sbg gundik: perempuan-perempuan muda yg disukai oleh ketua-ketua lanun itu biasanya menjadi gundik atau dipakai oleh mereka; 4. menggunakan ilmu (azimat, tangkal, dsb) utk menjaga badan (diri dsb); memakaikan 1. mengenakan baju dll pd: ia telah dipakaikan pula baju dan seluar yg labuh dan besar; 2. menggunakan (memper­gunakan) pd: diberinya sebilah keris yg bernama Tanjung Lada, maka dipakaikan oleh Apu itu kpd anaknya; 3. ark memakai; terpakai 1. dipakai: apa yg telah disebutkan tentang sistem otot dahulu ~ juga pd sistem saraf; 2. sudah dipakai: wang yg ~ hanya sebahagian sahaja; pakaian 1. sesuatu yg dipakai (baju, seluar, kasut, dll); 2. sesuatu yg biasa digunakan (di­lakukan), amalan, kebiasaan: mencarut, memaki, memanglah ~nya; silat pencak serta tipu peperangan ~ sekalian raja besar-besar; ~ adat pakaian yg biasa dipakai pd waktu upacara yg beradat; ~ angkatan pakaian kebesaran (rasmi) yg lengkap; ~ basahan pakaian biasa yg dipakai hari-hari (utk bekerja dll); ~ dunia (hidup) adat kebiasaan dunia (hidup); ~ kebesaran pakaian yg dipakai pd majlis-majlis rasmi; ~ kuda alat perkakas atau abah-abah kuda (tali kekang dll); ~ seragam pakaian yg serupa (polis, tentera, dll); ~ siap pakaian yg dibuat mengikut ukuran standard dan bukan mengikut ukuran individu; berpakaian 1. ada pakaiannya, memakai pa­kaian: seorang muda ~ rapi; 2. mengenakan pakaian; pemakaian 1. perihal (perbuatan, cara, dsb) memakai atau menggunakan, penggunaan: berbagai-bagai perkara yg sering menimbulkan kekeliruan dr segi ~ dibincangkan secara terperinci; ~ bahasa; ~ pesawat jet; 2. ilmu (azimat, tangkal, dll) utk menjaga badan dll; sepemakaian selengkap pakaian dll; pemakai 1. (orang dll) yg memakai atau menggunakan: ~ bahasa; 2. ilmu (azimat, tangkal, dll) utk menjaga badan dll; 3. orang yg suka menghias diri: dia tu memang ~ orangnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.kai] | ڤاکاي

Definisi : ; memakai 1 memasang atau melekatkan sesuatu ke badan: ~ kasut; ~ baju. 2 menggunakan sesuatu utk tujuan tertentu; menggunakan (dlm erti yg luas): Kapal terbang ini tidak ~ kipas tetapi menggunakan jentera jet. Apabila mereka bertutur, mereka ~ bahasa Melayu. memakaikan 1 mengenakan atau memasangkan sesuatu pd: Ketika kita kecil-kecil dahulu, ibulah yg menyuapi kita dan ~ baju pd kita. 2 menguntukkan sesuatu supaya digunakan; memberikan sesuatu supaya dipakai: Kita tidak boleh ~ peraturan itu kpd rakyat di sini. terpakai sudah (telah) dipakai: kereta ~ kereta yg sudah dipakai oleh orang lain. pakaian 1 apa-apa (spt baju, seluar) yg dipakai di badan: Perajurit-perajurit itu berbaris di padang dan berjalan di jalan raya dgn ~ yg bersih dan kemas. 2 sesuatu yg biasa dilakukan atau diamalkan; amalan: Pencak silat merupakan ~ segala hulubalang Melayu. ~ basahan pakaian yg dipakai sehari-hari. ~ dunia (hidup) adat yg menjadi kebiasaan. ~ kebesaran pakaian yg dipakai di majlis-majlis rasmi. ~ seragam pakaian (spt pakaian tentera, pengakap) yg sama warna dan potongannya. berpakaian 1 memakai pakaian: Mereka semuanya ~ serba putih. 2 mengenakan pakaian ke badan: Tunggu sebentar, Ani masih sedang ~ di biliknya. pemakaian perbuatan (hal dsb) memakai atau menggunakan; penggunaan: ~ bahasa Inggeris di pejabat-pejabat kerajaan sudah berkurang. pemakai 1 orang yg memakai atau menggunakan: Bahasa Melayu mempunyai lebih kurang seratus empat puluh juta orang ~nya. 2 orang yg suka menghias diri atau suka berpakaian kemas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pakai
Kata Terbitan : memakai, terpakai, pakaian, berpakaian, pemakaian, sepemakaian, pemakai,

Puisi
 

Pakai sepatu Indera Bangsawan,
     Sayang pak imam pergi ke kota;
Jangan begitu wahai kawan,
     Teguhkan iman di dalam dada.


Lihat selanjutnya...(71)
Peribahasa

Asal berisi tembolok senang hati.

Bermaksud :

Sudah cukup makan dan pakai maka senanglah hati.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
plug and paly (PnP)pasang dan pakaipasang dan pakaipasang dan pakaiTeknologi Maklumat
disposable capsulekapsul sekali pakaikapsul pakai buangkapsul pakai buangPerubatan
plug and play deviceperanti pasang dan pakaiperanti pasang dan pakaiperanti pasang dan pakaiTeknologi Maklumat
body worn hearing aidalat bantu dengar pakai ditubuhalat bantu dengar pakai ditubuhalat bantu dengar pakai ditubuhPerubatan
expendable launch vehicle (ELV)wahana peluncur sekali gunakenderaan pelancar pakai buang (ELV)kenderaan pelancar pakai buang (ELV)Aeroangkasa
reusable launch vehiclewahana peluncur pakai ulangkenderaan pelancar pakai buangkenderaan pelancar guna semulaAeroangkasa
working lifemasa pakaimasa gunatempoh boleh gunaPerhutanan
catachresiskatakresis/salah pakai/salah gunakatakresiskatakresis/salah gunaLinguistik
turnkey systemsistem siap pakaisistem siap gunasistem siap gunaTeknologi Maklumat
disposable incomependapatan siap pakaipendapatan boleh gunapendapatan boleh gunaEkonomi
12

Kembali ke atas