Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.kaian] | ڤاکاين

Definisi : 1. sesuatu yg dipakai (baju, seluar, kasut, dll); 2. sesuatu yg biasa digunakan (di­lakukan), amalan, kebiasaan: mencarut, memaki, memanglah ~nya; silat pencak serta tipu peperangan ~ sekalian raja besar-besar; ~ adat pakaian yg biasa dipakai pd waktu upacara yg beradat; ~ angkatan pakaian kebesaran (rasmi) yg lengkap; ~ basahan pakaian biasa yg dipakai hari-hari (utk bekerja dll); ~ dunia (hidup) adat kebiasaan dunia (hidup); ~ kebesaran pakaian yg dipakai pd majlis-majlis rasmi; ~ kuda alat perkakas atau abah-abah kuda (tali kekang dll); ~ seragam pakaian yg serupa (polis, tentera, dll); ~ siap pakaian yg dibuat mengikut ukuran standard dan bukan mengikut ukuran individu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.kaian] | ڤاکاين

Definisi : 1 apa-apa (spt baju, seluar) yg dipakai di badan: Perajurit-perajurit itu berbaris di padang dan berjalan di jalan raya dgn ~ yg bersih dan kemas. 2 sesuatu yg biasa dilakukan atau diamalkan; amalan: Pencak silat merupakan ~ segala hulubalang Melayu. ~ basahan pakaian yg dipakai sehari-hari. ~ dunia (hidup) adat yg menjadi kebiasaan. ~ kebesaran pakaian yg dipakai di majlis-majlis rasmi. ~ seragam pakaian (spt pakaian tentera, pengakap) yg sama warna dan potongannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pakai
Kata Terbitan : memakai, terpakai, pakaian, berpakaian, pemakaian, sepemakaian, pemakai,

Puisi
 

Baju kurung pakaian asli,
     Turun-temurun bangsa Melayu;
Lagi cantik bertambah seri,
     Dipandang lama rasa tak jemu.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Lebai berjanggut kambing pun berjanggut juga.

Bermaksud :

Pakaian dan rupanya boleh jadi sama tetapi kedudukannya lain-lain.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera, saya ingin bertanya tentang soalan di bawah: 1. Pakaian-pakaian yang dijual oleh penjual itu mahal-mahal. (Bolehkah saya menggandakan KN dan KA dalam ayat ini?) 2. Dua ekor burung berterbangan di angkasa. ( Saya tahu berterbangan sudah membawa makna seperti subjek sudah dijamak, tetapi bolehkah saya meletakkan kata bilangan tentu pada subjek untuk menentukan bilangan jamak tersebut?). Harap pihak dbp boleh memberikan penjelasan yang jelas terhadap dua soalan tersebut, terima kasih.1. Penggandaan kata adjektif dan kata nama boleh digandakan dalam ayat yang digunakan namun ayat yang lebih betul ialah "Pakaian yang dijual oleh penjual itu mahal-mahal."
2. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud berterbangan ialah  terbang ke merata-rata tempat, terbang banyak-banyak atau berhamburan (ber­taburan) di udara. Maka ayat "Dua ekor burung berterbangan di angkasa" adalah betul 
Tatabahasa24.05.2023
kedai butik / pakaian fesyen?kedai pakaian / butik pakaianLain-lain04.04.2007
Apakah perbezaan antara frasa "menukar pakaian" dengan "bertukar pakaian"? Frasa yang manakah betul? Atau kedua-dua frasa boleh diterima kerana kedua-dua betul? Jika kedua-dua frasa ini betul, apakah pula perbezaan makna yang dibawa oleh dua frasa ini?Frasa yang betul ialah "menukar pakaian", untuk maklumat lanjut sila rujuk kamus dan lihat perbezaan makna dan konteks penggunaan kata menukar dan bertukar.Tatabahasa30.07.2014
Pakaian Seragam Berkualiti HebatUntuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my.
1. Daftar Akaun Pelanggan (bagi pelanggan baharu).
2. Masukkan kata laluan yang diperoleh dan klik Daftar Iklan.
3. Pilih Jenis Iklan - contohnya Papan Premis Kedai (bagi iklan papan tanda syarikat).
4. Buat bayaran.
5. Sebarang pertanyaan sila hubungi 03-21479200/9400/9500.
Lain-lain27.11.2017
Adakah perkataan "Kedai Butik" sesuai digunakan untuk kedai pakaian...contoh ayat : " Kedai Butik Asmah D' Boutique"

Keterangan aktiviti yang sesuai bagi kedai pakaian ialah "Kedai Pakaian" atau "Butik".

Tatabahasa19.10.2011
Salam sejahtera. Untuk menggabungkan ayat-ayat di bawah menjadi ayat majmuk pancangan relatif, yang mana satu adalah betul? Atau kedua-dua jawapan adalah betul? Terima kasih. i) Pekerja restoran memakai pakaian seragam. ii) Pakaian seragam itu kemas. Jawapan 1: Pekerja restoran memakai pakaian seragam yang kemas. Jawapan 2: Pekerja restoran memakai pakaian seragam yang kemas itu.Jawapan yang betul ialah pekerja restoran memakai pakaian seragam yang kemas.Tatabahasa04.05.2018
Apakah padanan untuk "inner" baju? Pakaian ini dipakai oleh para Muslimah untuk menjaga aurat ketika memakai pakaian yang agak jarang atau berlengan pendek. Namun jika padanannya "pakaian dalam" atau "baju dalam", bukankah itu merujuk kepada anak baju yang membawa imej yang amat berbeza?Cadangan kami terjemahan untuk perkataan inner yang kebiasaannya dipakai oleh muslimah ialah pakaian lapis dalam.Makna08.01.2022
Anak saya akan menyertai pertunjukan fesyen pakaian pengantin, jadi bolehkah pihak tuan memberi maklumat atau penerangan secara jelas tentang pakaian tersebut ( dari segi sejarah pemakaian dan aksesorinya)?Puan boleh merujuk buku seperti di bawah : 1. Pakaian Melayu sepanjang zaman Abbas Alias Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2003. 2. Pakaian cara Melayu Siti Zainon Ismail Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2006. 3. koleksi pakaianku Mohammad Jalal Ahmad Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2001. 4. Adat perkahwinan dan tatarias pengantin Melayu Tengku Luckman Sinar, SH 2001Lain-lain18.10.2007
Saya ingin bertanya. Dalam kamus dewan edisi keempat menyatakan samfu ialah pakaian wanita Cina. Apakah pula nama bagi pakaian lelaki cina? Ini kerana dalam carian saya di laman sesawang samfu juga merujuk kepada pakaian lelaki cina tetapi tidak dinyatakan dalam kamus dewan. Terima kasih.Untuk makluman, pihak kami juga menemui data yang sama dalam carian di Internet. Akan tetapi, kami tidak dapat membuat pengesahan bahawa samfu juga merujuk kepada pakaian lelaki Cina. Hal ini disebabkan kami hanya menggunakan apa yang terpapar dalam Kamus Dewan.Istilah06.02.2017
Saya berasa keliru terhadap konsep kata majmuk. Frasa berikut ang manakah kata majmuk? 1.replika budaya 2.pakaian tradisional 3.warisan budaya 4.kraf tangan 5.lagu budaya betitik /budaya betitik 6.papan nama /papan nama bangunan 7.seni khat 8.pakaian kebangsaan 9.almari pakaian 10.seni tulisan / seni tulisan Tamil 11.wartawan (maklumat ini diambil daripada buku teks BM tahun 5) Harap pihak dbp dapat membantu saya dalam membezakan kata majmuk dengan frasa nama. Terima kasih.Kata majmuk ialah rangkaian dua kata dasar atau lebih yang membawa makna yang tertentu, seperti kapal terbang dan bandar raya. Contoh yang tuan berikan ialah kata majmuk kerana kata-kata ini tidak boleh disipkan dengan unsur yang lain kerana akan memberikan pengertian yang lain. Tatabahasa04.05.2020
12345678910...

Kembali ke atas