Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.kaian] | ڤاکاين

Definisi : 1. sesuatu yg dipakai (baju, seluar, kasut, dll); 2. sesuatu yg biasa digunakan (di­lakukan), amalan, kebiasaan: mencarut, memaki, memanglah ~nya; silat pencak serta tipu peperangan ~ sekalian raja besar-besar; ~ adat pakaian yg biasa dipakai pd waktu upacara yg beradat; ~ angkatan pakaian kebesaran (rasmi) yg lengkap; ~ basahan pakaian biasa yg dipakai hari-hari (utk bekerja dll); ~ dunia (hidup) adat kebiasaan dunia (hidup); ~ kebesaran pakaian yg dipakai pd majlis-majlis rasmi; ~ kuda alat perkakas atau abah-abah kuda (tali kekang dll); ~ seragam pakaian yg serupa (polis, tentera, dll); ~ siap pakaian yg dibuat mengikut ukuran standard dan bukan mengikut ukuran individu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.kaian] | ڤاکاين

Definisi : 1 apa-apa (spt baju, seluar) yg dipakai di badan: Perajurit-perajurit itu berbaris di padang dan berjalan di jalan raya dgn ~ yg bersih dan kemas. 2 sesuatu yg biasa dilakukan atau diamalkan; amalan: Pencak silat merupakan ~ segala hulubalang Melayu. ~ basahan pakaian yg dipakai sehari-hari. ~ dunia (hidup) adat yg menjadi kebiasaan. ~ kebesaran pakaian yg dipakai di majlis-majlis rasmi. ~ seragam pakaian (spt pakaian tentera, pengakap) yg sama warna dan potongannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pakai
Kata Terbitan : memakai, terpakai, pakaian, berpakaian, pemakaian, sepemakaian, pemakai,

Puisi
 

Baju kurung pakaian asli,
     Turun-temurun bangsa Melayu;
Lagi cantik bertambah seri,
     Dipandang lama rasa tak jemu.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Lebai berjanggut kambing pun berjanggut juga.

Bermaksud :

Pakaian dan rupanya boleh jadi sama tetapi kedudukannya lain-lain.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
colot[tS.lot]kata adjektifberkenaan pakaian seperti kain, baju atau seluar yang singkat.Kaen awok tu biar laboh sikit, colot ngat.[kA.en A.wA/ tu bi.jAr lA.boh si.kit tS.lot NAt]Kain awak itu biar labuh sikit, tersangat singkat.
sempuaih[s«m.pu.wAC]kata adjektifberkenaan pakaian atau muka yang comot.Mulot adek sempuaih dengan nasik.[mu.lot A.de s«m.pu.wAC d«.NAn nA.si]Mulut adik comot dengan nasi.
sebobot[s«.b.bt]kata adjektifberkenaan pakaian yang tidak kemas.Gone nok paih intebeu, sebobot je baju.[go.n« no/ pAC in.t«.bi.ju s«.b.bt dZ« bA.dZu]Macam mana hendak lulus temu duga, baju tidak kemas.
kering embe-embe[k«.ÄiN Em.bE.Em.bE] berkenaan pakaian yang lembap.Jangan pake baju kering embe-embe, kang naek panau.[dZA.NAn pA.kE bA.dZu k«.ÄiN Em.bE.Em.bE kAN nA.e/ pA.nAw]Jangan dipakai baju yang lembap, nanti naik panau.
jamban[dZAm.bAn]kata namabinaan daripada kayu balak dan papan yang berfungsi sebagai tempat mandi, membasuh pakaian dan tandas.Titi jamban tu dah reput.[ti.ti dZAm.bAn tu dAh Ä«.put]Titi jamban itu sudah reput.
kumboh[kum.bh]kata kerjamenyelerakkan sesuatu benda.Adek keno rembat pase kumboh kaen.[A.de/ k«.n Äem.bAt pA.se kum.bh kA.en]Adik kena pukul kerana menyelerakkan pakaian.

Kembali ke atas