Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.kaian] | ڤاکاين

Definisi : 1. sesuatu yg dipakai (baju, seluar, kasut, dll); 2. sesuatu yg biasa digunakan (di­lakukan), amalan, kebiasaan: mencarut, memaki, memanglah ~nya; silat pencak serta tipu peperangan ~ sekalian raja besar-besar; ~ adat pakaian yg biasa dipakai pd waktu upacara yg beradat; ~ angkatan pakaian kebesaran (rasmi) yg lengkap; ~ basahan pakaian biasa yg dipakai hari-hari (utk bekerja dll); ~ dunia (hidup) adat kebiasaan dunia (hidup); ~ kebesaran pakaian yg dipakai pd majlis-majlis rasmi; ~ kuda alat perkakas atau abah-abah kuda (tali kekang dll); ~ seragam pakaian yg serupa (polis, tentera, dll); ~ siap pakaian yg dibuat mengikut ukuran standard dan bukan mengikut ukuran individu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.kaian] | ڤاکاين

Definisi : 1 apa-apa (spt baju, seluar) yg dipakai di badan: Perajurit-perajurit itu berbaris di padang dan berjalan di jalan raya dgn ~ yg bersih dan kemas. 2 sesuatu yg biasa dilakukan atau diamalkan; amalan: Pencak silat merupakan ~ segala hulubalang Melayu. ~ basahan pakaian yg dipakai sehari-hari. ~ dunia (hidup) adat yg menjadi kebiasaan. ~ kebesaran pakaian yg dipakai di majlis-majlis rasmi. ~ seragam pakaian (spt pakaian tentera, pengakap) yg sama warna dan potongannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pakai
Kata Terbitan : memakai, terpakai, pakaian, berpakaian, pemakaian, sepemakaian, pemakai,

Puisi
 

Baju kurung pakaian asli,
     Turun-temurun bangsa Melayu;
Lagi cantik bertambah seri,
     Dipandang lama rasa tak jemu.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Lebai berjanggut kambing pun berjanggut juga.

Bermaksud :

Pakaian dan rupanya boleh jadi sama tetapi kedudukannya lain-lain.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PAKAIAN

Pakaian ialah semua jenis pakaian, dan perhiasan

yang dipakai oleh orang di seluruh dunia. Seorang

Eskimo mungkin sahaja memakai but, seluar panas

dan kot tebal, seorang Afrika yang tinggal di

sebuah kampung mungkin hanya memakai sehelai

kain yang diikat sekeliling pinggang dan seorang

jururawat berkemungkinan memakai pakaian

seragam dan topi khas. Seorang kakitangan bank di

London berkemungkinan memakai sut perniagaan

dan topi berbentuk pembaling bola. Setiap orang

memakai pakaian yang berlainan, kerana semuanya

merasakan perlu memakai pakaian tertentu, sama

seperti makanan dan tempat perlindungan, pakaian

merupakan salah satu daripada keperluan manusia

yang sangat penting.

UMUM 
PAKAIAN SERAGAM

Pakaian seragam ialah satu gaya pakaian yang

boleh digunakan untuk mengenal pasti

pemakainya sebagai ahli sesebuah kumpulan

ataupun sebagai pekerja dalam sesuatu bidang

tertentu.

UMUM 
PAKAIAN ZIARAH KEMATIAN

PAKAIAN ZIARAH KEMATIAN, pakaian yang dipakai oleh seseorang semasa menziarah kematian atau melawat jenazah.  Dalam sesuatu istiadat ziarah dan penghormatan terakhir kemangkatan diraja, pakaian lelaki Islam adalah pakaian seragam atau uniform yang mirip kepada pakaian istiadat yang dipakai oleh pasukan beruniform.  Pakaian lain iaIah sepasang baju Melayu yang lengkap tetapi tidak ditentukan warnanya.  Keluarga diraja pula memakai baju Melayu berwarna putih dan bersongkok.  Bagi orang kebanyakan dikehendaki memakai songkok yang dililit dengan kain putih, selebar lebih kurang 3.5 cm.

BUDAYAPakaian
DOUBLET

Doublet dalam pakaian, lihat Pakaian (Zaman

Renaissance); dalam barang kemas, lihat Permata

(Permata tiruan dan sintetik).

UMUM 
PAKAIAN BASAHAN

PAKAIAN BASAHAN, pakaian yang dipakai setiap hari seperti baju, seluar, kain sarung, kain ikat kepala dan segala jenis pakaian dalam.  Pakaian basahan sering dikaitkan dengan pakaian yang agak lusuh, dipakai ketika berada di dalam rumah atau membuat kerja-kerja di sekitar rumah.  Pakaian basahan juga merangkumi pakaian harian yang dipakai oleh orang kampung ketika pergi ke sawah, ke kebun, atau melakukan apa jua kerja harian yang lasak.

BUDAYAPakaian
PAKAIAN PERTABALAN

PAKAIAN PERTABALAN, pakaian istiadat raja atau sultan pada hari pertabalan baginda.   Dalam istiadat Melayu, pakaian yang dipakai pada hari pertabalan tidak dianggap sebagai satu alat kebesaran.  Pakaian yang dijadikan alat kebesaran terpenting ialah tengkolok diraja.

BUDAYAPakaian
PAKAIAN PUTERI PERAK

PAKAIAN PUTERI PERAK, pakaian tradisi negeri Perak yang mengandungi baju, seluar panjang, kain samping dan selendang.  Pakaian ini sama seperti baju kurung cekak musang yang dipakai oleh lelaki Melayu.  Perbezaannya ialah pakaian ini tidak dipakai sedondon tetapi dipakai dengan kombinasi warna yang berlainan.

BUDAYAPakaian
PAKAIAN PERKAHWINAN

PAKAIAN PERKAHWINAN, pakaian yang dipakai oleh pengantin di majlis perkahwinan. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain songket, broked atau kain renda yang bermutu tinggi.

BUDAYAPakaian
PAKAIAN ISTIADAT

PAKAIAN ISTIADAT, pakaian khusus untuk sesuatu istiadat. Tradisi amalan memakai pakaian istiadat ini diwarisi sejak zaman Kesultanan Melayu dahulu.

BUDAYAPakaian
PAKAIAN CIK SITI WAN KEMBANG

PAKAIAN ClK SITI WAN KEMBANG, pakaian tradisi kaum wanita Kelantan yang terdiri daripada sehelai kain sarung dan dua helai kain panjang yang digunakan untuk kemban dan penutup kepala hinggalah ke bahu.  Fesyen ini dipercayai menjadi kegemaran Cik Siti Wan Kembang, raja perempuan Negeri Kelantan, pada awal abad ke-17.  Pakaian kemban telah direkodkan oleh penulis Portugis pada awal abad ke-15 sebagai pakaian tradisi wanita Melayu.

BUDAYAPakaian
12345678910

Kembali ke atas