Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.kaian] | ڤاکاين

Definisi : 1. sesuatu yg dipakai (baju, seluar, kasut, dll); 2. sesuatu yg biasa digunakan (di­lakukan), amalan, kebiasaan: mencarut, memaki, memanglah ~nya; silat pencak serta tipu peperangan ~ sekalian raja besar-besar; ~ adat pakaian yg biasa dipakai pd waktu upacara yg beradat; ~ angkatan pakaian kebesaran (rasmi) yg lengkap; ~ basahan pakaian biasa yg dipakai hari-hari (utk bekerja dll); ~ dunia (hidup) adat kebiasaan dunia (hidup); ~ kebesaran pakaian yg dipakai pd majlis-majlis rasmi; ~ kuda alat perkakas atau abah-abah kuda (tali kekang dll); ~ seragam pakaian yg serupa (polis, tentera, dll); ~ siap pakaian yg dibuat mengikut ukuran standard dan bukan mengikut ukuran individu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.kaian] | ڤاکاين

Definisi : 1 apa-apa (spt baju, seluar) yg dipakai di badan: Perajurit-perajurit itu berbaris di padang dan berjalan di jalan raya dgn ~ yg bersih dan kemas. 2 sesuatu yg biasa dilakukan atau diamalkan; amalan: Pencak silat merupakan ~ segala hulubalang Melayu. ~ basahan pakaian yg dipakai sehari-hari. ~ dunia (hidup) adat yg menjadi kebiasaan. ~ kebesaran pakaian yg dipakai di majlis-majlis rasmi. ~ seragam pakaian (spt pakaian tentera, pengakap) yg sama warna dan potongannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pakai
Kata Terbitan : memakai, terpakai, pakaian, berpakaian, pemakaian, sepemakaian, pemakai,

Puisi
 

Baju kurung pakaian asli,
     Turun-temurun bangsa Melayu;
Lagi cantik bertambah seri,
     Dipandang lama rasa tak jemu.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Lebai berjanggut kambing pun berjanggut juga.

Bermaksud :

Pakaian dan rupanya boleh jadi sama tetapi kedudukannya lain-lain.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
wardrobealmari pakaian; koleksi pakaianSosiologiTiada1. Almari pakaian: Almari yang digunakan untuk menyimpan pakaian. 2. Koleksi pakaian: Kumpulan pakaian oleh seseorang individu.
wardrobealmari pakaian; koleksi pakaianKejuruteraanTiada1. Almari pakaian: Almari yang digunakan untuk menyimpan pakaian. 2. Koleksi pakaian: Kumpulan pakaian oleh seseorang individu.
wardrobealmari pakaian; koleksi pakaianPentadbiran PerniagaanTiada1. Almari pakaian: Almari yang digunakan untuk menyimpan pakaian. 2. Koleksi pakaian: Kumpulan pakaian oleh seseorang individu.
clothing designreka cipta pakaianKesenianTiadaBentuk potongan dan jenis pakaian yang dicipta sesuai untuk tujuan tertentu, seperti pakaian seragam, pakaian pelindung, pakaian sukan dan lain-lain.
sailorpakaian kelasiKesenianTiadaPakaian kelasi: Pakaian dan hiasan pelengkap yang mula diperkenalkan sejak tahun 1860-an, diilhamkan dari pakaian seragam tentera laut Inggeris, tentera laut Perancis dan tentera laut Amerika.
chemisecemisSosiologiTiadaPakaian longgar dan berpotongan lurus dari bahu yang diperbuat daripada fabrik lembut. Ia boleh dijadikan pakaian dalam atau pakaian luar. Asalnya pakaian dalam tetapi sekarang boleh dipakai sebagai pakaian harian.
chemisecemisKesenianTiadaPakaian longgar dan berpotongan lurus dari bahu yang diperbuat daripada fabrik lembut. Ia boleh dijadikan pakaian dalam atau pakaian luar. Asalnya pakaian dalam tetapi sekarang boleh dipakai sebagai pakaian harian.
mannequinboneka pakaian; peragawati/peragawanKesenianTiada1. Boneka pakaian: Patung manusia yang digunakan untuk memperagakan pakaian di gedung pakaian.,2. Peragawati/peragawan: Wanita atau lelaki yang memperagakan pakaian semasa pertunjukan fesyen.
intimate apparelpakaian intimKesenianTiadaIstilah gedung pakaian untuk pakaian dalam.
dress Wellingtonpakaian WellingtonKesenianTiadaStoking sama sendat paras lutut yang bercantum dengan kasut, menyerupai sandal. Dipakai bersama pakaian berseluar dan pantelon. Pakaian lelaki bersama pakaian petang dari tahun 1830 hingga 1850.
12345678910...

Kembali ke atas