Kurik Kundi Merah Saga | 8Betapa lebat bunga remia, Lebat lagi bunga pegaga; Betapa hebat pakaian dunia, Hebat lagi pakaian syurga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain berlipat dalam istana, Pakaian puteri raja kayangan; Sepatah nasihat ilmu yang berguna, Secubit budi jadi kenangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pakai tarbus orang Jerman, Pakaian lama menjadi kain; Barang yang lepas mintaklah kenan, Dalam kenan hak orang lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Baju kurung pakaian asli, Turun-temurun bangsa Melayu; Lagi cantik bertambah seri, Dipandang lama rasa tak jemu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Keris sempena ganja menampang, Pakaian anak raja Melayu; Banyak-banyak pergi berdagang, Bencana banyak mendaun kayu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Keris saya keris sempena, Pakaian anak raja Kelantan; Sirih saya datang bertanya, Ada tidak menaruh intan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Entah tembung entahkan tombak, Pakaian penyamun cucu perompak; Sekat penuh muatan petak, Langkah yang baik saya bertolak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Baju hitam butangnya tujuh, Pakaian anak raja Semarang; Kalau tuan berani sungguh, Rebut aku di tangan orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Alat-alat senjata perang, Pakaian anak raja Zamhari; Mari adik nyawa abang, Bila masa datang ke mari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Selendang mayang dari Bali, Pakaian anak tuan puteri; Jangan dikenang orang yang pergi, Orang yang dekat sudah menanti. |