Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pakai
Kata Terbitan : memakai, terpakai, pakaian, berpakaian, pemakaian, sepemakaian, pemakai,

Puisi
 

Kain berlipat dalam istana,
     Pakaian puteri raja kayangan;
Sepatah nasihat ilmu yang berguna,
     Secubit budi jadi kenangan.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Meragakan pakaian cantik kepada si buta.

Bermaksud :

Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya, b. Apa gunanya merak mengigal di hutan). (Biasa juga: Bersifat kepada si buta).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah Saga8Betapa lebat bunga remia, Lebat lagi bunga pegaga; Betapa hebat pakaian dunia, Hebat lagi pakaian syurga.
Kurik Kundi Merah SagaKain berlipat dalam istana, Pakaian puteri raja kayangan; Sepatah nasihat ilmu yang berguna, Secubit budi jadi kenangan.
Kurik Kundi Merah SagaPakai tarbus orang Jerman, Pakaian lama menjadi kain; Barang yang lepas mintaklah kenan, Dalam kenan hak orang lain.
Kurik Kundi Merah SagaBaju kurung pakaian asli, Turun-temurun bangsa Melayu; Lagi cantik bertambah seri, Dipandang lama rasa tak jemu.
Kurik Kundi Merah SagaKeris sempena ganja menampang, Pakaian anak raja Melayu; Banyak-banyak pergi berdagang, Bencana banyak mendaun kayu.
Kurik Kundi Merah SagaKeris saya keris sempena, Pakaian anak raja Kelantan; Sirih saya datang bertanya, Ada tidak menaruh intan.
Kurik Kundi Merah SagaEntah tembung entahkan tombak, Pakaian penyamun cucu perompak; Sekat penuh muatan petak, Langkah yang baik saya bertolak.
Kurik Kundi Merah SagaBaju hitam butangnya tujuh, Pakaian anak raja Semarang; Kalau tuan berani sungguh, Rebut aku di tangan orang.
Kurik Kundi Merah SagaAlat-alat senjata perang, Pakaian anak raja Zamhari; Mari adik nyawa abang, Bila masa datang ke mari.
Kurik Kundi Merah SagaSelendang mayang dari Bali, Pakaian anak tuan puteri; Jangan dikenang orang yang pergi, Orang yang dekat sudah menanti.
12

Kembali ke atas