Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pakai
Kata Terbitan : memakai, terpakai, pakaian, berpakaian, pemakaian, sepemakaian, pemakai,

Puisi
 

Kain berlipat dalam istana,
     Pakaian puteri raja kayangan;
Sepatah nasihat ilmu yang berguna,
     Secubit budi jadi kenangan.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Meragakan pakaian cantik kepada si buta.

Bermaksud :

Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya, b. Apa gunanya merak mengigal di hutan). (Biasa juga: Bersifat kepada si buta).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
sinsing Kd, Tbperhiasan pinggang dalam pakaian tradisi wanita Kadazandusun, diperbuat daripada tiga utas besi loyang berbentuk cincin.Di pinggang pengantin perempuan terdapat lilitan yang dipanggil "Sinsing" yang terdiri daripada tiga utas yang diperbuat daripada besi loyang berbentuk cincin dan seutas lilitan yang diperbuat daripada duit-duit syiling perak lama.Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sigar Kd Pntengkolok, destar, dibuat dari kain yang khas ditenun untuk itu. Salah satu pakaian kemuliaan, yang dipakai dalam istiadat orang Dusun, terutama dalam perkawinan dan upacara istiadat dan pemujaan yang besar. Ada kalanya disebut dalam mentera tonigar, minigar, monigar, panigar.Mula-mula pawang-pawang yang terdiri dari kaum wanita duduk berbaris dalam rumah, membelakangi dinding beranda. Pawang-pawang wanita ini memakai tengkolok kepala, yang disebut sigar.DusunGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sarah Ib, Ml, MSrpeti kayu untuk simpan pakaian.Sebuah sarah besar yang dibuat ayahnya seperti almari terdiri di hujung katilnya, dan dalam sarah itulah tempat dia menyimpan buku-buku dan majalah-majalah lama, kononnya untuk perhiasan.Antologi Cerpen HatiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
baya pandang Ibpakaian orang yang baru meninggal dunia yang disidai di atas mayat. Ia digunakan untuk upacara mengakhiri tempoh perkabungan si mati tersebut. Kain itu kemudiannya disimpan oleh saudara-mara terdekat si mati.Mayat itu diangkat ke ruai dan diletakkan di dalam sebuah kurungan yang dipanggil sapat. Di atas sapat itu diletakkan baya pandang. Pada pintu masuk yang dipanggil pala tangga kedua-dua hujung rumah panjang, alu dilintangkan supaya hantu, roh orang-orang yang sudah mati tidak naik ke rumah.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas