Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.ka.tan] | ڤاکتن

Definisi : 1. perjanjian: ~ keselamatan Asia; 2. persekutuan yg bermaksud jahat, komplot: ~ utk membunuh Presiden; ~ sulit pakatan antara dua pihak atau lebih utk melakukan sesuatu perbuatan dgn tujuan utk memu­daratkan pihak ketiga, atau utk maksud yg tidak sah di sisi undang-undang, atau utk mem­perdayakan badan kehakiman atau kehakim­an semu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ka.tan] | ڤاکتن

Definisi : hasil drpd berpakat: Orang-orang yg bersangkut paut dgn ~ jahat itu telah ditangkap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pakat
Kata Terbitan : sepakat, bersepakat, menyepakati, kesepakatan, persepakatan, berpakat, pakatan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PAKATAN KEAMANAN KELLOGG-BRIAND

Pakatan Keamanan Kellogg-Briand yang

juga dikenali sebagai “Pakatan Paris”, yang

mengutuk keputusan berperang sebagai cara

menyelesaikan masalah antarabangsa, dan

menyeru jalan penyelesaian secara aman.

UMUM 
PAKATAN BERTIGA

Pakatan Bertiga bermakna perjanjian tiga kali

ganda. Apabila tercetusnya Perang Dunia I pada

tahun 1914, kuasa utama Eropah membentuk dua

kuasa yang bertentangan. Jerman, Austria-Hungary

dan Itali membentuk Perikatan Bertiga, manakala

United Kingdom , Perancis dan Rusia membentuk

Pakatan Bertiga (lihat Perikatan Bertiga).

UMUM 
PERTUBUHAN PERJANJIAN ATLANTIK UTARA (NATO)

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara

(NATO) menyediakan kepimpinan ketenteraan yang

bersatu untuk pertahanan bersama 16 buah negara

Barat. NATO ditubuhkan pada tahun 1949 oleh

negara yang bersekutu di bawah pakatan ini. Pakatan

ini menyediakan pertahanan bersama terhadap

kemungkinan serangan oleh Kesatuan Soviet atau

penyerang yang lain. Menurut pakatan ini, serangan

bersenjata yang dilakukan ke atas satu atau lebih

negara anggota di Eropah atau Amerika Utara akan

dianggap sebagai serangan ke atas kesemua negara

anggota dalam perikatan ini.

UMUM 
PAKATAN WARSAW

Pakatan Warsaw ialah perjanjian yang

mengumpulkan negara-negara Eropah Timur di

bawah pemerintahan tentera yang bersepadu.

UMUM 
PAKATAN LORONG CATO

Pakatan Lorong Cato ialah komplot untuk

membunuh anggota Kabinet British pada tahun

1820.

UMUM 
PAKATAN BAHASA MELAYU PERSURATAN BUKU-BUKU DIRAJA JOHOR

Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku-Buku Diraja Johor (P.Bm.P.B.), badan  persuratan ditubuhkan pada tahun 1888 di Semenanjung Tanah Melayu.

BAHASAInstitusi/Organisasi
PAKATAN BAHASA MELAYU PERSURATAN BUKU DIRAJA JOHOR

PAKATAN BAHASA MELAYU PERSURATAN BUKU DIRAJA JOHOR, badan persuratan yang pertama ditubuhkan di Semenanjung Tanah Melayu bertujuan untuk menggalakkan kegiatan persuratan Melayu.  Nama asalnya ialah Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa (P.Bm.P.B.), dan ditubuhkan pada tahun 1888.   Pengasasnya ialah Dato' Abdul Rahman bin Andak (Dato' Seri Amar Diraja Johor).   Antara kegiatan utama P.Bm.P.B. ini ialah menganjurkan perbincangan dan penubuhan sebuah perpustakaan sebagai pusat sumber bahasa (Melayu dan Inggeris).

BAHASABahasa
PEDOMAN EJAAN PAKATAN BAHASA MELAYU PERSURATAN BUKU DI RAJA JOHOR

PEDOMAN EJAAN PAKATAN BAHASA MELAYU PERSURATAN BUKU DI RAJA JOHOR, buku pedoman ejaan.  Pedoman ini dikenaI juga sebagai Pedoman Ejaan P.Bm.P.B.  Diraja Johor atau Pedaman Ejaan Pakatan.  Pedoman ini disusun oleh Mejar Dato' Haji Muhammad Said Haji Suleiman.  Tujuan diadakan pedoman ini adalah untuk menyeragamkan dan membakukan ejaan jawi yang digunakan dalam penerbitan bahasa Melayu, khususnya di Johor.  Semasa pedoman ini disusun, perbincangan telah dibuat oleh Haji Muhammad Said dengan Pendeta Za'ba yang bertugas di Tanjung Malim pada ketika itu.  Pada tahun 1937, pedoman ini diterbitkan oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku-buku Diraja Johor dengan judul Panduan Bagi Hejaan P.Bm.P.B.  Diraja, iaitu sebagai pedoman rasmi bagi ejaan Jawi untuk kegunaan Pakatan dan ahli-ahlinya, serta juga penerbitan buku-buku bagi kerajaan Johor. Pedoman ini mengandungi 25 halaman.

BAHASABahasa
PERSIDANGAN LOCARNO

Persidangan Locarno, menghasilkan Pakatan

Keselamatan Rhineland dan enam perjanjian lain.

Pada bulan Oktober 1925, perwakilan daripada tujuh

buah negara Eropah bertemu di Locarno, Switzerland

untuk membincangkan rancangan mengekalkan

keamanan di Eropah. Belgium, Czechoslovakia,

Perancis, Jerman, Britain, Itali dan Poland menghantar

wakil ke persidangan tersebut. Masalah yang paling

penting dalam persidangan ini adalah untuk mencari

penyelesaian antara Perancis dengan Jerman. Selepas

Perang Dunia I, pertama kali persidangan itu

menerima Jerman sebagai sebuah negara sahabat.

Apabila persidangan ini tamat pada 16 Oktober 1925,

para perwakilan bersetuju menandatangani tujuh

perjanjian.

UMUM 
KOMPLOT SERBUK LETUPAN

Komplot serbuk letupan ialah pakatan

untuk meletupkan Bangunan Parlimen Inggeris

pada 5 November 1605, ketika Raja James I dan

majlis pegawai kerajaan akan berada di situ.

UMUM 
123

Kembali ke atas