Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa/.si] | ڤقسي

Definisi : 1. puting (bahagian keris dll) yg masuk ke dlm hulunya; 2. gandar (roda dll), poros: ~ bumi; 3. garis (benar atau khayali) yg padanya sesuatu objek dapat berputar atau yg padanya bentuk atau binaan sesuatu objek itu bersi­metri; ~ optik (Fiz) garis yg menyambungkan pusat optik dan pusat kelengkungan suatu sistem kanta; ~ putaran (Fiz) garis yg padanya se­suatu jasad berputar, atau garis lurus yg merentasi titik putaran jasad yg pegun, sedangkan titik lain pd jasad itu bergerak dlm bulatan; ~ simetri (Mat) garis lurus yg membahagi sesuatu bentuk atau rajah kpd dua bahagian yg sama saiz dan bentuk; berpaksikan ki berpegang pd, bertunjang­kan: umat Islam harus ~ akidah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa/.si] | ڤقسي

Definisi : sl sj burung: ~ dewata; ~ jentayu; peksi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa/.si] | ڤقسي

Definisi : paku gasing; ®pangsi I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa/.si] | ڤقسي

Definisi : 1 puting keris yg dimasukkan ke dlm hulunya. 2 gandar pd roda dll. 3 paku gasing. 4 alat yg dipasangkan pd kedua-dua hujung kayu (yg panjang atau yg berbentuk silinder) utk memudahkan kerja melarik. 5 garisan yg membahagikan sesuatu ruang atau benda yg simetri. ~ simetri garis khayalan yg terdapat pd rajah geometri yg simetri. ~ tegak paksi yg lurus ke atas. ~ ufuk paksi yg melintang atau mendatar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata paksi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Adakah tanda sengkang pada 'y-axis' dan 'x-axis' juga digunakan sekiranya kedua-dua frasa berkenaan diterjemahkan dalam Bahasa Melayu? 'y-axis' -> 'paksi-y' atau 'paksi y'? 'x-axis' -> 'paksi-x' atau 'paksi x'? Frasa digunakan dalam bidang kejuruteraan. Mohon pencerahan dari pihak DBP. Terima kasih.Salam sejahtera,

Puan,

Penggunaan dalam bidang kejuruteraan ialah paksi y ; paksi x. Tiada tanda sempang.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain18.09.2019
Salam. Adakah huruf B adalah huruf besar untuk istilah 'paksi Bumi'? Terima kasih AznaniEjaan yang betul ialah 'paksi bumi'Ejaan08.04.2019
Salam sejahtera Tuan, Adakah perkataan "berada" boleh digunakan untuk sesuatu tempat? Contoh: 1.Seremban 'berada' di Negeri Sembilan. Jika atas peta pula bagaimana? Contoh: 1.Seremban 'berada' di paksi mencancang. 2.Tasik Bera 'berada' di paksi-x. Mohon pencerahan daripada pihak Tuan. Sekian, terima kasih.Perkataan "berada" boleh digunakan dalam ayat tersebut. Walau bagaimanapun ayat pertama perlu dibetulkan seperti berikut: Seremban berada di paksi-Y.Tatabahasa15.07.2019
Apakah ada perbezaan di antara MERENTAS dan MERENTASI?

Kata dasar untuk perkataan tersebut ialah RENTAS yang membawa maksud lintang; garis(an) ~ garis(an) yg melintang; keratan ~ keratan yg melintang; merentas 1. meretas, membuka, me­mutus­kan: kena balung ayam kenantan habis direntas taji ayam orang sebelah; 2. melalui atau menempuh (sesuatu kawasan), me­min­tas, melintasi, menjalani: jalan raya yg ~ negeri itu sangat banyak; kita ~ padang yg penuh dgn lalang; berlari ~ desa; 3. me­rintis; ~ jalan a) merintis (membuka) jalan; b) me­mintas jalan; 4. ki mencakup atau me­rangkumi: bahasa Melayu kini mampu ~ semua bidang ilmu; rentasan garisan dll yg merentas: nilaian n dapat diperoleh dr ~ graf pd paksi melintang dan ~ graf pd paksi tegak; salah satu cara yg mudah sekali utk menggambarkan kontur ialah dgn melukis ~; perentas (Mat) garisan lurus yg memotong dua atau lebih garisan lurus; ® retas. (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan dengan kata dasar. Proses ini menghasilkan perkataan yang disebut kata terbitan. Imbuhan dibahagikan kepada empat jenis berdasarkan kedudukan imbuhan itu dalam perkataan. Empat jenis imbuhan ialah awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Perkataan MERENTAS dan MERENTASI ialah kata kerja terbitan yang  mengalami proses pengimbuhan awalan dan apitan. Contoh:

  • Awalan kata kerja me- (me+rentas)
  • Apitan kata kerja me-...-i (me+rentas+i)

Perkataan merentas dan merentasi membawa maksud yang sama, contoh penggunaannya:                              

  • Jejambat yang merentas/merentasi jalan kereta api itu penuh sesak.
  • Dia merentas/merentasi padang yang penuh dengan lalang.

Tatabahasa07.02.2019
Assalamualaikum, Apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk: 1. Debrief contoh ayat: Proses debriefing adalah penting selepas sesi perbincangan tamat. 2. Axial Coding 3. Professionally Accountable Practice Sekian terima Kasih atas bantuan. Sopian1. Perkataan "debriefing" dalam ayat tersebut perlu diterjemah dalam bahasa Melayu
2. Tiada maklumat yang khusus bagi perkataan "axial coding" dan "Professionally Accountable Practice" dalam data kami. Walau bagaimanapun, istilah yang sesuai bagi perkataan tersebut ialah "Pengekodan Paksi" dan "Amalan Bertanggungjawap Profesional"
Lain-lain08.11.2015
apakah perbezaan insiantif dan inisiantifTiada kata inisiantif dan insiantif terakam dalam pangkalan data kami. Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) kata yang terakam ialah inisiatif dengan makna seperti yang berikut:

inisiatif kata nama
1 daya usaha, tindakan dan lain-lain yang mula-mula diambil untuk menyelesaikan sesuatu masalah, menangani sesuatu projek dan sebagainya:
PBSM menawarkan skim kewangan dan inisiatif dalam usaha meningkatkan kemahiran buruh tempatan.

2
 kebolehan untuk melihat apa-apa yang perlu dilakukan dan berusaha untuk menjayakannya:
Inisiatif menggunakan emas dalam penyelesaian perdagangan antarabangsa boleh menjadi paksi untuk menguatkan dan menyatukan dunia Islam.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk halaman 829 kamus ini.
Ejaan16.11.2023
Apakah perbezaan perkataan insentif dan inisiatif? Berikan contoh ayat untuk kedua perkataan di atas.

(insentif) pemberian dalam bentuk wang, barangan atau perkhidmatan oleh kerajaan, penjual, syarikat dsb, sbg galakan atau dorongan untuk bekerja lebih kuat, melabur, membeli.

Contoh ayat:  Kerajaan Malaysia juaga banyak memberi insentif dr segi pelaburan dan pengurangan cukai dlm bidang pertanian. (KAMUS DEWAN PERDANA)

 

(inisiatif) daya usaha tindakan dll yg mula-mula diambil utk menyelesaikan sst masalah, menangani sst projek.

Contoh ayat:  PBSM menawarkan skim kewangan dan inisiatif dlm usaha meningkatkan kemahiran buruh tempatan. (KAMUS DEWAN PERDANA)

 

(inisiatif) kebolehan utk melihat apa-apa yg perlu dilakukan dan berusaha utk menjayakannya.

Contoh ayat:  Bagi dunia Islam, inisiatif menggunakan emas utk penyelesaian perdagangan antarabangsa boleh menjadi paksi utk menguatkan dan menyatukan dunia Islam. (KAMUS DEWAN PERDANA)

Makna21.09.2023

Kembali ke atas