Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa/.si] | ڤقسي

Definisi : 1. puting (bahagian keris dll) yg masuk ke dlm hulunya; 2. gandar (roda dll), poros: ~ bumi; 3. garis (benar atau khayali) yg padanya sesuatu objek dapat berputar atau yg padanya bentuk atau binaan sesuatu objek itu bersi­metri; ~ optik (Fiz) garis yg menyambungkan pusat optik dan pusat kelengkungan suatu sistem kanta; ~ putaran (Fiz) garis yg padanya se­suatu jasad berputar, atau garis lurus yg merentasi titik putaran jasad yg pegun, sedangkan titik lain pd jasad itu bergerak dlm bulatan; ~ simetri (Mat) garis lurus yg membahagi sesuatu bentuk atau rajah kpd dua bahagian yg sama saiz dan bentuk; berpaksikan ki berpegang pd, bertunjang­kan: umat Islam harus ~ akidah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa/.si] | ڤقسي

Definisi : sl sj burung: ~ dewata; ~ jentayu; peksi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa/.si] | ڤقسي

Definisi : paku gasing; ®pangsi I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa/.si] | ڤقسي

Definisi : 1 puting keris yg dimasukkan ke dlm hulunya. 2 gandar pd roda dll. 3 paku gasing. 4 alat yg dipasangkan pd kedua-dua hujung kayu (yg panjang atau yg berbentuk silinder) utk memudahkan kerja melarik. 5 garisan yg membahagikan sesuatu ruang atau benda yg simetri. ~ simetri garis khayalan yg terdapat pd rajah geometri yg simetri. ~ tegak paksi yg lurus ke atas. ~ ufuk paksi yg melintang atau mendatar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata paksi


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Karyawan paksi rakyat menggarap perubahanAbdul Shukur HarunSiasah15.06.2008
Tauhid: paksi pemikiran kreatifAna FaqirUtusan Malaysia19.01.1994
Memahami paksi kesusasteraanRazali EndunMingguan Malaysia04.09.2005
Keilmuan paksi penilai hasil sasteraMohd Afandi HassanUtusan Melayu18.12.2005
Kontrak sosial paksi kuasa MelayuJohan AfandiBerita Harian05.05.2008
Islam sebagai paksi tamadun MelayuMuhammad Uthman el-MuhammadyWatan31.12.1996
[Islam sebagai paksi tamadun Melayu]Mohd. Yusof Haji OthmanGagasan (Watan)31.12.1996
Menyusur keutuhan paksi bahasa Melayu modenMohd. Taib OsmanBerita Harian29.12.1997
Di Atas Paksi Hamparan Segi Tiga EmasFauzi JaisMingguan Malaysia01.09.1991
Institusi Raja paksi MelayuMasleleBacaria11.06.2005
12

Kembali ke atas