Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.la] | ڤالا

Definisi : sj tumbuhan (pokok, bunga dan buah­nya), Myristica fragrans; ~ burung = ~ paya sj tumbuhan (pokok kecil), penarahan kikik, pendarah kikik (paya), Knema intermedia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.la] | ڤالا

Definisi : ; sepala, sepala-pala, pala-pala kalau hendak (terlanjur, terpaksa), kalau benar-benar: ~ jahat, jangan alang kepalang; ~ bapa hamba mengasihi hamba, hantarkanlah hamba kpd ayah hamba; ~ mandi, biar basah prb jika hendak melakukan sesuatu biarlah betul-betul sampai kesudahannya (jangan setengah-setengah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.la] | ڤالا

Definisi : pada (tidak kurang dan tidak lebih), cukup; memala-malai 1. memada-madakan (men­cukup-cukupkan) mana-mana yg ada sahaja; 2. melakukan (mengerjakan, mencuba, dll) sedikit-sedikit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.la] | ڤالا

Definisi : nama sj tumbuh-tumbuhan (pokok, bunga, atau buahnya), Myristica fragrans. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pa.la] | ڤالا

Definisi : ; sepala, pala-pala, sepala-pala jika hendak atau terpaksa benar-benar; kerana sudah terlanjur ...: ~ mandi, biar basah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pala

Puisi
 

Buah beluru buah belerang,
     Buah pala atas bukit;
Dari dahulu hingga sekarang,
     Jauh berbeza bukan sedikit.


Lihat selanjutnya...(7)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PALA

Pala ialah pokok tropika yang ditanam secara

komersial bagi mendapatkan rempah yang

dihasilkan.

UMUM 
ALLSPICE

Allspice ialah sejenis rempah berperisa menyamai

gabungan kayu manis, cengkih, dan buah pala.

Allspice kadangkala dinamai lada Jamaica atau

pimento . Ia diperoleh daripada buah beri yang

belum matang daripada pokok pimento.

UMUM 
MALUKU

MALUKU, pusat penghasilan dan perdagangan rempah yang utama pada abad ke-15 dan awal abad ke-16. Maluku terletak di Propinsi Bahagian Timur, Indonesia. Maluku lebih dikenali sebagai Molucaas (pulau rempah) bagi orang Barat. Pulau-pulau yang terletak di utara Maluku dianggap sebagai habitat asal bagi tanaman bunga cengkih, manakala tanaman buah pala yang menghasilkan buah dan kulit buah pala pula dikatakan berasal dari Pulau Banda.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
REMPAH

Rempah ialah nama yang diberi kepada perasa

makanan yang dibuat daripada tumbuhan. Rempah

mempunyai rasa dan bau yang kuat. Sesetengah

rempah dinilai kerana rasanya, dan yang lain

kerana baunya. Manusia di seluruh dunia

menambah rasa makanan dengan rempah. Rempah

biasa termasuk lada hitam, buah pala, cengkih,

halia, allspice, mace, mustard, dan kayu manis.

UMUM 

Kembali ke atas