Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.lam] | ڤالم

Definisi : sumbat (lubang, celah, dll); memalam menyumbat, menutup; pemalam penyumbat, penutup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.lam] | ڤالم

Definisi : peranti yg mempunyai dua atau tiga cemat yg disambungkan dgn wayar dan digunakan sbg sambungan elektrik apabila dimasukkan ke dlm soket, plag; ~ pencucuh peranti yg mencetuskan bunga api elektrik dlm enjin petrol. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.lam] | ڤالم

Definisi : , = pemalam benda yg digunakan utk menutup lubang dll; sumbat. ~ gunung berapi kelompok atau ketul batu igneus yg menimbuni lohong gunung berapi. ~ pencucuh alat utk mencucuh campuran udara dan wap minyak petrol dlm silinder sesuatu enjin. memalam menutup atau menyumbat dgn palam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata palam


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
two-plug- methodkaedah dua palamKejuruteraanPetroleumSatu daripada kaedah penempatan palam simen dalam operasi penutupan semula telaga. Dalam kaedah ini, satu palam diturunkan mendahului bubur simen yang disebut palam bawah dan satu lagi yang disebut palam atas diturunkan mengikuti buburan simen. penagkap palam dipasang di bahagian bawah rangkaian paip gerudi atau tetiub yang berfungsi untuk menahan palam atas dari jatuh ke dalam telaga. Simen dalam kuantiti tertentu, iaitu simen yang berada di antara palam bawah dan palam atas, akan tertinggal di dalam telaga untuk menjadi palam simen.
bottom hole plugpalam dasar lubangKejuruteraanTiadaPalam titi atau palam simen yang dipasang di dasar lubang untuk menutup zon yang tidak dikehendaki.
plug leaddawai palamKejuruteraanTiadaDawai yang mengalirkan voltan tinggi bermasa ke palam pencucuh. Sinonim: dawai palam pencucuh.
volcanic plugpalam gunung berapi; palam volkanoGeografiTiadaTiada
volcanic plugpalam gunung berapi; palam volkanoGeologiTiadaTiada
volcanic plugpalam gunung berapi; palam volkanoPertanianTiadaTiada
glow plugpalam baraKejuruteraan AutomotifEnjinPalam yang bertindak sebagai pemanas elektrik kecil dalam kebuk prapembakaran bagi enjin diesel. Palam bara berfungsi untuk memanaskan campuran udara-bahan api dalam ruang pembakaran supaya enjin yang berkeadaan sejuk mudah dihidupkan.
tubing plugpalam tetiubKejuruteraanPetroleumSinonim : pencekik palam Peranti yang dipasang di dalam puting pendaratan atau di dalam tetiub yang bertujuan untuk menurut aliran dalam tetiub. Palam ini boleh dipasang dan dicabut dengan alat talian kabel terdapat tiga jenis, iaitu yang tahan terhadap tekanan dari bawah, dan tekanan dari atas atau tahan tekanan dari kedua-dua arah. Penutupan aliran dalam tetiub ini diperlukan untuk tujuan tertentu, seperti ujian kebocoran penyendat, membuka atau menanggalkan kepala telaga, ujian tetiub dan sebagainya.
plugging chartcarta palamKejuruteraanTiadaCarta tercetak bagi soket-soket pada papan palam tempat ditunjukkan jek-jek atau dawai-dawai yang menghubungkan soket-soket itu. Sinonim: carta papan palam.
fine wire spark plugpalam cucuh dawai halusKejuruteraan Kapal TerbangTiadaPalam cucuh yang menggunakan elektrod platinum atau iridium halus untuk membenarkan rongga hujung pengapian menjadi lebih terbuka supaya hapus sisa oksida plumbum daripada palam akan menjadi lebih baik.
12345678910...

Kembali ke atas