Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.lang] | ڤالڠ

Definisi : 1. sesuatu (kayu, besi, dll) yg dipasang melintang (sbg pengunci, penggalang, paksi, dll); 2. tanda silang (spt tanda campur + atau tanda kali ×); ~ jalan a) batang besi dsb utk menghalang jalan (lalu lintas); b) pengadang jalan yg memotong atau menyeberangi landasan kereta api; P~ Merah pertubuhan atau per­satuan sukarela antarabangsa (yg berlam­bangkan tanda campur berwarna merah) yg berkhidmat utk kemanusiaan (spt menolong mangsa peperangan, mangsa bencana alam dsb); ~ pintu kayu yg dipasang melintang pintu (utk menguncinya); memalang mengenakan (memasang) palang; memalangi mengenakan (memasang) palang pd; memalangkan 1. menggunakan sesuatu sbg palang; 2. memasang (mengenakan dll) melintang spt palang; 3. menghukum mati pd kayu palang (salib), menyalibkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.lang] | ڤالڠ

Definisi : 1 kayu dll yg dipasang melintang sbg kunci dll: ~ pintu kayu yg dipasang melintang pd pintu utk menguncinya. 2 tanda silang spt tanda campur (+) atau tanda darab (x). 3 garis selari yg terdapat pd cek dsb yg menandakan bahawa cek itu tidak boleh ditunaikan tetapi hanya boleh dikreditkan ke dlm akaun. ~ jalan kayu dll yg dipasang utk menggalang jalan; penutup jalan drpd kayu dll yg dipasang melintangi jalan. ~ Merah nama pasukan antarabangsa yg membuat kerja-kerja kebajikan (spt menolong orang sakit). memalang 1 memasang palang pd; menyokong atau menyangga dgn palang: ~ pintu. 2 membuat garisan selari pd cek dsb. memalangkan 1 meletakkan sesuatu secara melintang; menggunakan sesuatu sbg palang: ~ pedang pd dinding. 2 menyalibkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
palang (kata nama)
Bersinonim dengan pengadang, adang, adang-adang, penghalang, perintang, rintangan, penyekat, sekatan, selak, penyelak, selarak, tangan-tangan, sengkang, galang, lawa;,
Kata Terbitan : memalang,

Puisi
 

Dayang Anuman minta dibunuh,
     Dibungkus dengan peraca palang;
Kalau tidak berhati sungguh,
     Jangan merebut kekasih orang.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum DBP. Saya Mohamad Syahir Bin Fadzil dari Jabatan Kesihatan Negeri Perlis. Saya ingin kepastian berkaitan cara membaca atau menyebut simbol / yang digunakan di dalam format nombor laporan polis. Sebagai contoh nombor laporan polis ARAU/002121/20. i) Adakah dibaca sebagai ARAU palang 002121 palang 20? ii) Ataupun adakah dibaca sebagai ARAU garis miring 002121 garis miring 20 ? Sekian soalan saya. Terima kasih.Penggunaan perkataan yang sesuai ialah palang.Lain-lain12.04.2020
Salam sejahtera. Bolehkah saya tahu maksud istilah "block graph" dalam bidang matematik? Adakah sama seperti graf palang/graf bar? Terima kasih.Graf palang ialah terjemahan kepada bar graph. Dalam bidang perubatan terdapat istilah block graft dan diterjemahkan kepada graf blok.Istilah16.06.2014
Ingin mendapatkan maklum balas yang betul tentang penggunaan palang(/) dalam ayat seperti contoh ayat di bawah: Tarikh rujuk kepada Pegawai Psikologi / Agensi Pelaksana
Tarikh rujuk kepada Pegawai Psikologi/Agensi Pelaksana   
(tiada jarak sebelum dan selepas tanda palang)
Lain-lain08.08.2018
mohon untuk semak penggunaan bahasa.1. Rapatkan tanda palang ( /) dengan perkataan "CUKAI"
SUDAHKAH ANDA MENJELASKAN CUKAI TAKSIRAN/CUKAI PINTU?

2. Sila betulkan seperti yang berikut:
Pembayaran Awal CUKAI TAKSIRAN Mengelakkan Anda daripada Tindakan yang Berikut:
- DIDENDA
- HARTA DISITA
- HARTA DILELONG

Tatabahasa12.09.2012
1. "Sesi 2022 / 2024" atau "Sesi 2022/2024" - Penggunaan tanda palang (/) perlu dijarakkan dengan nombor sebelum dan selepas atau sebaliknya. 2. "Kehadiran:" atau "Kehadiran :" Penggunaan tanda titik bertindih (:) perlu dijarakkan dengan perkataan sebelum atau sebaliknya. Sekian, terima kasih.

Penggunaan tanda garis miring (/) dan tanda titik bertindih (:) pada teks tidak perlu dijarakkan.
Contoh:
1. Sesi 2022/2024   
2. Kehadiran:

Lain-lain20.11.2022
Assalamualaikum tuan/puan, saya mohon bertanya bagaimana untuk menulis sekiranya bentuk perkataannya ada sempang @ palang seperti di dalam ayat di bawah : Per : Kelulusan Jawatankuasa Latihan Bagi Semua Program/Aktiviti Latihan Peingkat Dalaman/Luaran Di UiTM (Pahang) Adakah perkataan - program/aktiviti ditaip seperti di atas atau sepatutnya (yang betul) ditaip seperti ini - program / aktiviti (ada jarak antara perkataan dan sempang)? Terima kasihKelulusan Jawatankuasa Latihan bagi Semua Program/Aktiviti Latihan Peringkat Dalaman/Luaran di UiTM Pahang.Tatabahasa16.04.2015
perkataan selepas tanda / perlu rapat atau jarak? Ctk tuan/puan JPN/PPD
Penggunaan tanda palang ( / ) yang betul ialah  i. Perdana Menteri/Timbalan (tanpa jarak)
Lain-lain06.03.2017
Assalamualaikum. Maaf saya ingin bertanya tentang perbezaan perkataan bergayut dan bergayutan? Contoh ayat, Helmi sedang (bergayut, bergayutan) pada palang dengan gembira. Adakah betul jawapannya bergayut?Mohon penjelasan pihak DBP. Terima kasih.Penggunaan yang betul ialah bergayut. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=bergayutan untuk makna sesuatu perkataan.Tatabahasa28.05.2020
Tuan, Apa istilah dalam Bahasa Melayu yang paling hampir maksudnya dengan istilah "boomgate" dalam Bahasa Inggeris? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah palang automatik.Istilah12.07.2016
Assalamualaikum. Nama Saya Puan Noraini dari Sri KDU International School (Primary). Saya mahu bertanya tentang kosa kata untuk peralatan di taman permainan. Adakah maksud yang saya berikan ini adalah betul? Saya perlu memberi kosa kata yang betul kepada pelajar-pelajar saya. Monkey bar – palang besi / besi penggayut Spring Rider – penunggang spring Climbing frame – pemanjat Adakah maksud perkataan untuk permainan - merry go round' dalam BM? Terima Kasih.Kami mencadangkan alat permainan "monkey bar" diterjemahkan sebagai bar gayut atau palang gayut, "spring rider" diterjemahkan sebagai penunggang pegas, manakala "climb frame" diterjemahkan sebagai kerangka panjat atau bingkai panjat. Alat permainan "merry-go-round" sesuai untuk diterjemahkan sebagai kuda pusing.Istilah26.10.2020
123

Kembali ke atas