Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.lang] | ڤالڠ

Definisi : 1. sesuatu (kayu, besi, dll) yg dipasang melintang (sbg pengunci, penggalang, paksi, dll); 2. tanda silang (spt tanda campur + atau tanda kali ×); ~ jalan a) batang besi dsb utk menghalang jalan (lalu lintas); b) pengadang jalan yg memotong atau menyeberangi landasan kereta api; P~ Merah pertubuhan atau per­satuan sukarela antarabangsa (yg berlam­bangkan tanda campur berwarna merah) yg berkhidmat utk kemanusiaan (spt menolong mangsa peperangan, mangsa bencana alam dsb); ~ pintu kayu yg dipasang melintang pintu (utk menguncinya); memalang mengenakan (memasang) palang; memalangi mengenakan (memasang) palang pd; memalangkan 1. menggunakan sesuatu sbg palang; 2. memasang (mengenakan dll) melintang spt palang; 3. menghukum mati pd kayu palang (salib), menyalibkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.lang] | ڤالڠ

Definisi : 1 kayu dll yg dipasang melintang sbg kunci dll: ~ pintu kayu yg dipasang melintang pd pintu utk menguncinya. 2 tanda silang spt tanda campur (+) atau tanda darab (x). 3 garis selari yg terdapat pd cek dsb yg menandakan bahawa cek itu tidak boleh ditunaikan tetapi hanya boleh dikreditkan ke dlm akaun. ~ jalan kayu dll yg dipasang utk menggalang jalan; penutup jalan drpd kayu dll yg dipasang melintangi jalan. ~ Merah nama pasukan antarabangsa yg membuat kerja-kerja kebajikan (spt menolong orang sakit). memalang 1 memasang palang pd; menyokong atau menyangga dgn palang: ~ pintu. 2 membuat garisan selari pd cek dsb. memalangkan 1 meletakkan sesuatu secara melintang; menggunakan sesuatu sbg palang: ~ pedang pd dinding. 2 menyalibkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
palang (kata nama)
Bersinonim dengan pengadang, adang, adang-adang, penghalang, perintang, rintangan, penyekat, sekatan, selak, penyelak, selarak, tangan-tangan, sengkang, galang, lawa;,
Kata Terbitan : memalang,

Puisi
 

Dayang Anuman minta dibunuh,
     Dibungkus dengan peraca palang;
Kalau tidak berhati sungguh,
     Jangan merebut kekasih orang.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
capstan swifterpengikat palang kapstanSukanTiadaTali kecil yang diikat pada palang-palang kapstan bagi menghindar kapstan dari terlepas pusing secara tak sengaja.
bulwark stanchionjerjak biraiSukanTiadaPalang-palang besi pada birai sebagai pengukuh birai dan juga sebagai penghalang kargo atau peralatan dari jatuh ke laut.
swingayunSukanTiada1. Ayun: Pergerakan buai yang banyak digunakan dalam acara palang asimetrik, palang tunggal, palang jajar dan gelang.
bar chartcarta palangTeknologi MaklumatTiadaCarta berbentuk segi empat bujur yang melintang (mendatar). Carta ini membandingkan nilai (paksi x) dengan kategori (paksi y). Ada pelbagai variasi contohnya carta palang berkelompok, palang bertindan, palang bertindan 100%. Contoh carta palang adalah seperti rajah di bawah.
glide kipkipSukanTiadaPosisi badan melipat yang diimbas ke posisi sokong, bagi acara palang tunggal, palang asimetrik, palang jajar dan gelang.
scroll barpalang skrol/palang tatalKomputerTiadaSalah satu ikon, terletak di tepi atau di bawah paparan komputer, bertujuan menggerakkan muka surat, menggunakan tetikus.
commutatorpenukar tertibTeknikElektrikKomponen dalam angker atau pemutar mesin yang menukarkan arah arus di dalam sebarang litar. Peranti ini berbentuk silinder yang terdiri daripada susunan ruas-ruas palang logam bertebat di antara satu sama lain. Penghujung setiap belitan angker akan disambungkan pada palang-palang tersebut.. bekalan masuk atau keluar dari mesin ini akan diperoleh melalui berus dan penukar tertib. Penukar tertib ini dipasang pada aci berhampiran dengan angker dan turut berputar bersama-sama angker.
men eventsacara lelakiSukanTiadaAcara lelaki, iaitu acara palang jajar, palang tunggal, gelang, lombol, lantai dan kekuda pelana.
uneven barpalang bertingkatSukanTiadaAlat senaman bagi gimnas perempuan, bertingkat dan mempunyai ketinggian 2.3 meter pada palang atas, manakala palang tingkat bawah setinggi 1.5 meter.
bar codekod palangTeknologi MaklumatTiadaKod yang terdiri daripada garis tegak yang dicetak pada butiran tertentu. Kod palang dicipta oleh Joseph Woodland pada tahun 1949, dipaten pada tahun 1952 dan digunakan secara komersial pada tahun 1974. Melalui kod palang, maklumat seperti harga dan jenis produk dapat dikenal pasti. Kod palang juga boleh digunakan dalam pelbagai aplikasi lain seperti menyimpan data pesakit dan pakej hantaran kurier. Pengimbas digunakan untuk membaca kod palang. Lihat juga kod produk sejagat (UPC)
12345678910...

Kembali ke atas