Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.lét] | ڤاليت

Definisi : (palét) papan nipis yg digunakan oleh pelukis utk membancuh warna. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.lét] | ڤاليت

Definisi : ist julat warna yg boleh dipilih utk digunakan pd pencetak atau pd paparan komputer. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata palet


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah ejaan yang betul bagi kayu pallet? Pallet atau palet?Ejaan yang betul ialah "Kayu Palet"Ejaan25.10.2016
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat berikut yang bermula dari kata kerja betul dari segi struktur ayat? 1 Memanjat pokok ialah perbuatan yang bahaya. 2 Mencuri ialah perbuatan yang bersalah. Dalam senarai daftar kata Bahasa Malaysia KSSR Tahun 1, terdapat perkataan "palet" dalam kategori Pertanian. Tetapi perkataan "palet" dalam Kamus Dewan hanya terdapat maksud "papan nipis yg digunakan oleh pelukis utk membancuh warna" di mana tidak sesuai digunakan dalam kategori pertanian. Adakah perkataan palet ini boleh diberi maksud tilam jerami? Sekian, terima kasih.1. Ada sejenis kata kerja yang penggunaannya dalam ayat berfungsi sebagai subjek, iaitu kata kerja yang mengambil tugas kata nama. contohnya: Bersenam menyihatkan badan dan Mengarang ialah pekerjaan yang mulia. Dalam ayat contoh suadara, ayat pertama betul dan ayat kedua dibetulkan menjadi Mencuri satu amalan keji.
2. Berdasarkan maklumat di laman web kami, lihat palet">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=palet, tidak ada istilah palet bagi maksud tilam jerami.
Istilah13.06.2012
As salam tuan di talian, Apakah ejaan yang betul untuk pallet ikan (makanan ikan)? Bolehkah dieja sebaga palet? Selamat berpuasa dan terima kasih.Waalaikumussalam tuan di talian,
Ejaan yang betul ialah palet ikan.

Tatabahasa03.06.2016
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Bantal ini sangat lembut. 2. Obor / Api obor itu telah padam. 3. Abang sedang membancuh warna di / di dalam palet. 4. Singa itu dikurung dalam / di dalam sangkar. Terima kasih.1. Betul 2. Obor itu telah padam 3. Abang sedang membancuh warna di dalam palet 4. Singa itu terkurung di dalam sangkarTatabahasa29.12.2012

Kembali ke atas