Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.ling] | ڤاليڠ

Definisi : 1. (yg) teramat, (yg) amat sangat, (yg) ter ...: badan yg ~ berkuasa di negeri ini; mawar yg ~ indah; 2. = sepaling yg satu; paling-paling 1. teramat sangat; 2. sehabis­-habisnya, sehabis banyaknya, sebanyak-banyak­nya, setinggi-tingginya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ling] | ڤاليڠ

Definisi : ; berpaling 1. mengubah arah muka ke kiri (ke kanan, ke belakang): ia ~ ke arah pemuda itu; 2. ki beralih atau bertukar (per­hatian, pandangan, dll): tiba masanya kita ~ kpd soal lain; 3. ki berubah atau bertukar pegangan (fikiran, kesetiaan, dll), berbelot, membelot; ~ haluan a) beralih (berubah) haluan; b) ber­ubah (beralih) pandangan dll; ~ sembah sl derhaka, tidak setia (kpd sultan dll); ~ tadah beralih atau bertukar kesetiaan (pegangan dll); roda yg ~, kuda sudah digerindin prb ke­lihatan sahaja senang hidupnya, tetapi yg se­benarnya susah; tegak ~, duduk berkisar prb berubah (berlainan) drpd apa yg telah dikata­kan atau dijanjikan; memalingkan 1. mengarahkan muka ke kiri (ke kanan, ke belakang): ~ mukanya ke arah lain; 2. memusingkan arah (perahu dll): ~ perahunya; 3. mengubah arah pandangan (fikiran, dsb): tidak sedikit pun tindakan itu ~ mereka drpd agama mereka; ~ muka a) memusingkan (mengalihkan) muka ke kiri (ke kanan, ke belakang); b) sl tidak setia (suka), derhaka; ~ percakapan meng­alihkan percakapan ke arah lain; palingan yg dapat atau senang berpaling (dipalingkan); hati ~ Allah, mata ~ setan = neraca ~ bungkal, hati ~ Tuhan prb fikiran (pendirian dll) seseorang itu boleh beruba-h­ubah; kepalingan (Lin) superlatif. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ling] | ڤاليڠ

Definisi : Mn; suling-~ tunggang-langgang; ®suling III. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ling] | ڤاليڠ

Definisi : tersangat...; teramat...: Dialah yg ~ berani antara kami. paling-paling 1 terlalu sangat; amat sangat; terlampau: Anak ini ~ nakalnya. 2 selebih-lebihnya...; sebanyak-banyaknya...; sehabis banyaknya: ~ dia hanya sanggup memberikan bantuan wang saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pa.ling] | ڤاليڠ

Definisi : ; berpaling mengubah arah muka ke kiri, ke kanan atau ke belakang; bergerak menghadap ke arah lain: Sambil berjalan itu, ia ~ ke kiri dan ke kanan. ~ haluan a. bertukar haluan. b. berubah fikiran dll. ~ sembah tidak setia kpd sultan. ~ tadah berubah kesetiaan dan menyebelahi musuh; belot. memalingkan menggerakkan (muka) ke arah lain; mengarahkan (muka) ke kiri ke kanan dsb: Dia ~ mukanya ke arah pemuda itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata paling

Puisi
 

Kalau tuan mandi telaga,
     Timba air dalamlah pasu;
Pandailah sungguh adik meneka,
     Yang paling tinggi ialah nafsu.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
-mostsuffix paling: further ~, paling jauh; upper ~, paling atas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bestadv (superl of WELL) 1. most, paling: I like coffee ~, saya paling suka akan kopi; the ~ loved character in the play, watak yg paling disukai dlm drama itu; the ~ known painting by Picasso, lukisan Picasso yg paling terkenal; 2. most usefully, to the most advantage, benefit, etc, sebaik-baiknya, paling baik: the past is ~ forgotten, yg sudah-sudah itu sebaik-baiknya dilupakan sahaja; 3. most excellently, paling baik: he works ~ in the morning, dia bekerja paling baik pd waktu pagi; ~-dressed, berpakaian paling menarik: the ~-dressed woman at the ball, wanita yg berpakaian paling menarik di majlis tari-menari itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bottommostadj 1. at the very bottom, paling bawah, bawah sekali: the ~ part, bahagian yg paling bawah; the ~ step, anak tangga yg paling bawah; 2. deepest, paling dalam, dalam sekali; 3. most fundamental, paling asas: the ~ problems facing the nation, masalah paling asas yg dihadapi oleh negara itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
all-timeadj (infml) paling + approp v, adj; (with “high”, “low”) paling: our company sales reached an ~ high, jualan syarikat kami mencapai peringkat yg paling tinggi; an ~ bestseller, buku laris yg paling banyak dijual.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
farthestadj & adv paling jauh, jauh sekali: which town in Selangor is ~ from Kuala Lumpur?, bandar manakah di Selangor yg paling jauh dr Kuala Lumpur?; who among you can run ~?, siapa antara kamu dapat lari paling jauh?; at (the) ~, a. at the most distant, paling jauh: the library is three miles away at the ~, paling jauh, perpustakaan itu tiga batu dr sini; b. at the latest, paling lewat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
earliestadj & adv paling /awal, segera/, /awal, mula-mula/ sekali: one of the ~ symptoms of cancer, salah satu tanda penyakit barah yang paling awal; at the ~, paling /awal, segera/: on Monday at the ~, paling segera, pd hari Isnin; at your ~ convenience, secepat mungkin.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dominantadj 1. most influential, important, paling berpengaruh, dominan: money was the ~ force in his life, wang ialah penggerak yg paling berpengaruh dlm hidupnya; he occupied a ~ position in the party, dia memegang jawatan yg paling berpengaruh dlm parti itu; he was the ~ partner in the firm, dia rakan kongsi yg paling berpengaruh dlm syarikat itu; 2. most noticeable, paling menonjol, dominan: the ~ theme in his early works, tema yg paling menonjol dlm karya awalnya; red is the ~ colour in the furnishings, merah merupakan warna yg paling menonjol dlm hiasan bilik itu; 3. (genetics) dominan: ~ genes, gen dominan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bestn 1. that which is most excellent, yg /terbaik, paling baik, baik sekali/: the ~ that money can buy, yg paling baik yg dapat dibeli; to him the ~ may not be good enough, baginya yg terbaik itu mungkin belum memadai; I want the ~, saya mahu yg paling baik sekali; 2.maximum effort, yg terdaya: the ~ he can put in is 12 hours a day, yg dia terdaya bekerja ialah 12 jam sehari; 3. the best person(s), yg terbaik sekali: even the ~ can make mistakes, yg terbaik sekali pun mungkin membuat kesilapan; 4. also Sunday best, (o’s) best clothes, pakaian [sso] yg /terbaik, paling elok, paling cantik/: the ladies were wearing their Sunday~, wanita-wanita itu memakai pakaian mereka yg paling cantik;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bruntn bahagian yg paling hebat: the ~ of the enemy attack fell on C Company, Kompeni C menerima bahagian yg paling hebat drpd serangan musuh; bear the ~ of, menerima bahagian yg paling hebat: the minister bore the ~ of the opposition’s attack, menteri itulah yg menerima bahagian yg paling hebat drpd serangan penentangnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cogentadj meyakinkan: the clearest and most ~ reasons, alasan-alasan yg paling jelas dan paling meyakinkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas