Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kecil (adjektif)
1. Bersinonim dengan comel: halus, ketot, kemetot, kerdil, kurus, langsing, ramping,
Berantonim dengan besar

2. Bersinonim dengan sempit: tidak lapang, tidak luas, tidak lebar,
Berantonim dengan luas

3. Bersinonim dengan kanak-kanak: budak, muda, mentah, setahun jagung,
Berantonim dengan dewasa

4. Bersinonim dengan sedikit: secubit, sekelumit, sejemput, segenggam, sekepal,
Berantonim dengan banyak

5. Bersinonim dengan remeh-temeh: tidak penting, tidak mustahak,
Berantonim dengan penting

6. Bersinonim dengan mudah: senang, tidak rumit, tidak sukar, tidak payah,
Berantonim dengan besar

Kata Terbitan : sekecil-kecilnya, mengecil, mengecilkan, memperkecil-kecil, kecil-kecilan, kekecilan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Ejaan yang tepat untuk kata nama bagi jari yang paling kecil; 1.kelengkeng 2. kelingking Yang mana paling tepat.kelengkengEjaan27.02.2015
Contoh ayat: Etnik India mencatatkan peningkatan paling besar bagi kedua-dua jantina iaitu sebanyak 2.3 tahun. Manakala etnik Bumiputera mencatatkan peningkatan yang paling kecil iaitu 1.3 tahun (lelaki) dan 1.6 tahun (perempuan) Soalan: Adakah penggunaan 'manakala' sesuai digunakan di permulaan ayat di atas.Contoh penggunaan kata 'manakala' yang betul ialah 'Dia tersenyum manakala melihat adiknya sudah terlena' Di sini jelas menunjukkan bahawa kata tersebut tidak digunakan pada permulaan ayat tetapi digunakan sebagai penanda wacana untuk menyambung keterangan dalam ayat yang sama.Tatabahasa16.12.2010
Saya mohon penjelasan tentang susunan jabatan, bahagian, seksyen dan unit bagi struktur organisasi sesebuah jabatan kerajaan dari yang besar sehingga yang paling kecil.

Susunan yang dicadangkan bagi sesuatu organisasi (termasuklah sama ada jabatan, institut, pusat, universiti, atau kolej) ialah Jabatan, Bahagian/Seksyen, dan Unit. Jabatan ialah organisasi paling induk yang diketuai oleh seorang ketua yang digelar sama ada Ketua Pengarah, Pengarah, Setiausaha Bahagian. Bahagian atau Seksyen pula merujuk kepada organisasi yang mengkhusus kepada bidang pentadbiran tertentu, seperti Kewangan, Sumber Manusia, dan Pentadbiran Am. Unit pula organisasi terkecil dalam sesebuah jabatan yang menjalankan fungsi lebih mengkhusus kepada bidang tertentu seperti unit perkhidmatan dan rekod, unit pinjaman, dan unit gaji dan saraan.

Istilah19.03.2014
Perkataan manakah yang betul antara "koram" atau "korum" untuk menunjukkan senarai nama hakim yang mendengar di dalam sesuatu persidangan atau perbicaraan?Salam sejahtera,

Tuan,

Ejaan yang betul ialah kuorum yang merujuk kepada bilangan peserta paling kecil atau paling sedikit yang mesti hadir utk mengesahkan sesuatu mesyuarat dan lain-lain.

Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/ untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.
Istilah07.03.2018
maksud minimum,upah minimumMaksud minimum ialah bilangan, banyak, dll) yg terkecil atau sedikit sekali; meminimumkan =  mengurangkan  ke paras yg minimum atau paling kecil yg mungkin, menjadikan minimum: ~ dedahan sinaran yang tidak dapat dielakkan; peminimuman  = perbuatan mengurangkan (menurunkan) sesuatu ke tahap paling ren­dah. Maksud upah minimum ialah kadar upah paling rendah atau paling sedikit.Makna16.09.2010
Saya bertugas di Bahagian Pelajaran. Dlm menstruktur organisasi, Bhgn ini diketuai KPP. Cdgn utk menamakan dibwhnya ada 6 sektor dan bg setiap sektor ada beberapa unit. adakah bersesuaian? apa pandangan tuan dr segi istilahnya? apa beza Bahagian, Sektor dan Unit? T.kasihDalam organisasi kami, di bawahnya ada jabatan, dalam jabatan ada beberapa bahagian dan unit ialah struktur yang paling kecil. Dari segi makna sektor juga bermaksud bahagian.Lain-lain18.07.2012
Saya sering terbaca frasa ` pro forma kursus`. Apakah yang dimaksudkan dengan frasa tersebut. Adakah ejaannya betul?

Frasa ini tidak terdapat dalam mana-mana sumber rujukan kami. Yang ada hanyalah istilah forma (bidang biologi) yang merujuk:  

(1) Unit taksonomi yang terdiri daripada individu yang berbeza daripada unit yang lebih besar oleh satu ciri tunggal, oleh yang demikian merupakan ciri yang paling kecil dalam pengelasan. (BIO)

(2) Satu jenis spesies polimorfik; satu kumpulan taksonomi yang statusnya tidak nyata, mungkin spesies atau mungkin juga subspesies. (BIO)

Makna13.05.2009
PERMOHONAN PAPAN TANDA. BOLEHKAH SUKU KATA & AYAT DIBAWAH BOLEH DIBUNAKAN PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN AKADEMI JARUM BERLIAN SDN.BHD LOT 10240 & 12041 BT1 1/2 JALAN AIR PUTIH 24000, KEMAMAN TERENGGANU DARUL IMANUntuk penamaan  tempat, keterangan aktiviti di bahagian atas dan saiznya paling besar (PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN), nama di bahagian tengah  (AKADEMI JARUM BERLIAN SDN. BHD.) dan alamat di bahagian bawah sekali dan saiznya paling kecil (LOT 10240 & 12041 BT1 1/2 JALAN AIR PUTIH 24000, KEMAMAN TERENGGANU DARUL IMAN). Tatabahasa13.10.2011
1. Minah memasukkan se_________ kuih talam ke dalam mulutnya untuk mencuba rasa. Jawapan : (potong atau cubit) 2. memotong bawang secara kecil-kecil, apakah kata kerja yang paling sesuai ? (menghiris atau mencincang atau memotong)Jawapan soalan 1 ialah secubit manakala soalan 2 ialah menghiris.Tatabahasa23.10.2015
Assalamualaikum, Saya ingin bertanyakan kerasionalan penggunaan huruf besar/kecil bagi perkataan "iblis". Dalam DBP memang dinyatakan penggunaan huruf kecil. Namun, jika dilihat pada ayat al-Quran dan ahli syariah, secara peribadinya saya merasakan PENGGUNAAN HURUF BESAR LEBIH TEPAT. Contoh 1: Ertinya: “Iblis berkata, ‘Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat).’ (14) Allah berfirman, ‘Sesungguhnya, engkau daripada golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu).’ (15) Kemudian, iblis berkata, ‘Oleh sebab Engkau (wahai Tuhan) telah menyebabkan aku tersesat, (maka) sesungguhnya aku akan berusaha menghalangi mereka (daripada menjalani) jalan-Mu yang lurus. (16) Kemudian, aku benar-benar akan mendatangi mereka dari arah hadapan atau belakang mahupun dari arah kanan atau kiri mereka. Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur. (17)’” (Surah al-A‘raf 7: 14-17) Contoh 2: Menurut Ibn ‘Abbas, iblis dinamakan ‘Azazil dalam kalangan malaikat. Dia ialah malaikat yang tinggi darjatnya, paling kuat beribadat dan memiliki empat sayap. Namun setelah dilaknat, dia dikenali sebagai iblis. Ayat-ayat tersebut menunjukkan iblis sebagai individu jin bukannya sekumpulan jin/syaitan jahat. Jadi, mungkinkah sewajarnya ejaan iblis itu dieja dengan huruf besar (Iblis)? Sekian, terima kasih.Iblis dikategorikan sebagai kata umum sama seperti malaikat. Iblis dieja dengan huruf besar sekiranya disandarkan dengan jenis iblis seperti Iblis Zalanbur, begitupun lazimnya disebut Zalanbur sahaja. Malaikat juga dieja dengan huruf kecil, namun nama malaikat ditulis dengan huruf besar seperti Izrail.Tatabahasa08.08.2020
1234

Kembali ke atas