Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kecil (adjektif)
1. Bersinonim dengan comel: halus, ketot, kemetot, kerdil, kurus, langsing, ramping,
Berantonim dengan besar

2. Bersinonim dengan sempit: tidak lapang, tidak luas, tidak lebar,
Berantonim dengan luas

3. Bersinonim dengan kanak-kanak: budak, muda, mentah, setahun jagung,
Berantonim dengan dewasa

4. Bersinonim dengan sedikit: secubit, sekelumit, sejemput, segenggam, sekepal,
Berantonim dengan banyak

5. Bersinonim dengan remeh-temeh: tidak penting, tidak mustahak,
Berantonim dengan penting

6. Bersinonim dengan mudah: senang, tidak rumit, tidak sukar, tidak payah,
Berantonim dengan besar

Kata Terbitan : sekecil-kecilnya, mengecil, mengecilkan, memperkecil-kecil, kecil-kecilan, kekecilan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TASMANIA

Tasmania ialah negeri yang paling kecil di

Australia dan terletak di hujung tenggara benua

tersebut. Tasmania dipisahkan dari tanah besar

oleh Selat Bass, yang lebarnya hanya 240 kilometer.

Laut yang cetek ini mempunyai kedalaman yang

berbeza, iaitu dari 55 meter hingga 90 meter.

Sebelum terjadinya percairan pada liputan ais

dunia lebih kurang 8000 hingga 12 000 tahun

dahulu, bahagian ini merupakan daratan yang

kering.

UMUM 
ECUADOR

Ecuador ialah negara paling kecil di Amerika

Selatan. Ia terletak di pantai barat benua itu di

antara Colombia dengan Peru. Garisan Khatulistiwa

merentangi Ecuador dan Ecuador mendapat nama

daripadanya.

UMUM 
KAPILARI

Kapilari ialah pembuluh darah yang paling kecil

dalam tubuh. Ia hanya boleh dilihat di bawah

mikroskop.

UMUM 
ANJING BEAGLE

Anjing Beagle ialah anjing perburuan Inggeris

yang paling kecil. Anjing beagle mempunyai deria

bau yang kuat dan kadangkala digunakan untuk

memburu arnab. Kebanyakan anjing Beagle adalah

peka dan mudah mesra.

UMUM 
DELAWARE

Delaware (pend. 668 696) ialah salah satu negeri

yang paling kecil di Amerika Syarikat. Ia terletak di

sebelah timur laut negeri-negeri selatan Amerika

Syarikat dan merangkumi kawasan seluas 5295

kilometer persegi. Wilmington, satu-satunya

bandar besar yang terdapat di Delaware, ialah

juga sebuah pusat industri kimia yang penting.

Dover ialah ibu negerinya.

UMUM 
BURUNG DENGUNG

Burung dengung ialah famili burung yang

mengandungi burung yang paling kecil di dunia.

Burung dengung tinggal hanya di Hemisfera Barat,

termasuk banyak pulau di Laut Caribbean.

UMUM 
OBO

Obo ialah alat tiup woodwind berpipit paling kecil

dan paling tinggi picnya. Nama alat ini diambil

daripada dua perkataan Perancis: haut yang

bermakna tinggi , dan bois yang bermakna kayu .

Obo berukuran kira-kira 53 sentimeter panjang. Ia

dicipta pada tahun 1600-an, berkemungkinan oleh

dua orang ahli muzik Perancis, Jean Hotteterre dan

André Philidor.

UMUM 
KESULTANAN PERLIS

KESULTANAN PERLIS, institusi kerajaan Perlis. Kesultanan Perlis merupakan kesultanan yang paling kecil sekali antara sembilan buah Kesultanan Melayu. Penubuhan Kesultanan Perlis menunjukkan keunikan sosiopolitiknya sekiranya diban dingkan dengan Kesultanan Melayu yang l ain. Sejarah Perlis sebagai sebuah wilayah dalam Kesultanan Kedah telah wujud sejak zaman lam­pau dan Perlis selalu dilihat sebagai tapak pedalaman kuasa politik raja pemerintah Kedah. Namun sejarah Kesultanan Perlis hanya bermula antara tahun 1839 hingga tahun 1842 apabila wilayah itu dipisahkan dari Kedah dan diiktiraf oleh Raja Siam sebagai sebuah negeri yang berdaulat dalam lingkungan politik Siam. Dengan itu, dapat dikatakan bahawa kewujudan Kesultanan Perlis adalah kesan campur tangan kuasa luar dan legitimasi dinasti pemerintahnya berasaskan surat tauliah Raja Siam pada tahun 1842. Hingga tahun 1909, alat kebesaran Raja Perlis ialah surat bertauliah tersebut.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
TIKUS

Tikus ialah mamalia berbulu yang kelihatan

seperti cencorot tetapi lebih besar. Jenis tikus yang

paling kecil membesar lebih panjang dan lebih

berat daripada mencit yang terbesar. Seperti

cencorot, beaver, dan tupai, tikus adalah rodensia .

Semua haiwan demikian mempunyai gigi depan

bak pahat yang terutamanya sesuai untuk

menggerit.

UMUM 
PIKOLO

Pikolo ialah alat muzik tiupan yang paling kecil

dan mengeluarkan nada kelangsingan yang paling

tinggi. Alat muzik ini tergolong dalam kumpulan

flut atau seruling.

UMUM 
1234567

Kembali ke atas