Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kurang
1. Bersinonim dengan belum cukup
( tidak sampai)
(kata tugas:)
Berantonim dengan lebih cukup

2. Bersinonim dengan potong
( tolak, diskaun, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan tidak berapa
( tidak begitu, tidak cukup, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan cacat
( cela)
(adjektif:)
Berantonim dengan sempurna

Kata Terbitan : kurang-kurang, sekurang-kurangnya, berkurang, berkurangan, mengurang, mengurangi, mengurangkan, memperkurang, kekurangan, pengurangan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Saya adalah penulis buku Pengenalan Virologi (1993), Komunikasi Saintifik (1995) dan Penulisan Saintifik (1996). Buku-buku ini adalh out of print. Saya ingin memesan untuk kegunaan sendiri. Soalan-soalan saya: 1. Dapatkah lagi buku-buku itu dicetak? 2. Berapakah bilangan yang paling kurang untuk dicetak? 3. Berapa kos pencetakan? 4. Berapa lama pesanan boleh disiapkan. Terima kasih Dr. Ismail AhmadJudul buku untuk cetak ulang ditentukan oleh Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka. Penulis atau pihak lain boleh mencadangkan judul buku yang perlu dicetak ulang kepada Pengarah Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Tingkat 19, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain11.02.2008
Salam dan terima kasih kerana membantu. Yang mana antara berikut adalah terjemahan yang paling sesuai untuk "people with reduced mobility" - 1) orang kurang mobiliti ; atau 2) orang kurang pergerakan; atau 3) orang kurang upaya pergerakan; atau 4) orang kurang upaya gerak; atau 5) orang kurang upaya mobiliti; atau 6) orang pergerakan terbatas; atau 7) orang mobiliti terbatas?Pada pandangan kami, orang kurang upaya pergerakan paling sesuai untuk terjemahan “people with reduced mobility”.Penyemakan dan penterjemahan23.02.2019
Mohon pencerahan tentang istilah yang paling tepat bagi OKU. Adakah ia Orang Kurang Upaya atau Orang Kelainan Upaya. Terima kasih.Penggunaan istilah yang paling tepat bagi OKU ialah Orang Kurang Upaya. Penggunaan istilah ini juga selaras dengan akta, Akta Orang Kurang Upaya 2008.Istilah10.10.2019
bagaimanakah menggunakan perkataan 'afdal'? pelajar sering menulis perkataan ini dalam setiap perenggan pertama. Misalnya, langkah yang paling afdal, idea yang paling afdal. Adakah perkataan ini sesuai untuk di perenggan pertama? hal ini disebabkan afdal itu bermakna paling penting. Pelajar sering menggunakan perkataan ini. Ada guru tidak setuju penggunaan perkataan ini kerana perkataan ini untuk laras agama.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan afdal bermaksud lebih utama; terutama. Dalam ayat yang dikemukakan penggunaan perkataan afdal kurang sesuai. Perkataan afdal biasanya lebih sesuai dalam ayat laras agama.Tatabahasa07.05.2008
Hai, saya ingin bertanya. Adakah maskud OKU masih seperti” Orang Kurang Upaya” atau telah ditukar kepada “Orang Kelainan Upaya”.Penggunaan istilah yang paling tepat bagi OKU ialah Orang Kurang Upaya. Penggunaan istilah ini juga selaras dengan akta, Akta Orang Kurang Upaya 2008.Istilah22.06.2020
Salam sejahtera, Perkataan yang manakah paling tepat digunakan dalam ayat berikut: 1. Kabus yang tebal menjadikan pelihatan / penglihatan saya kurang jelas. 2. Makin usia datuk meningkat makin kabur pelihatan / penglihatan matanya. Terima kasih.

1. Kabus yang tebal menjadikan pelihatan/penglihatan saya kurang jelas.

2. Makin usia datuk meningkat makin kabur pelihatan/penglihatan matanya.

Pelihatan dan penglihatan, kedu-dua perkataan itu betul dan sama maknanya iaitu kebolehan melihat. Oleh itu kedua-dua kata tersebut boleh digunakan.

Tatabahasa23.06.2008
Assalamualaikum wbt, Tuan/Puan, Apakah padanan yang paling sesuai untuk istilah-istilah berikut dalam Bahasa Melayu? 1. Citations 2. Faculty 3. Peer review Istilah-istilah ini digunakan dalam sistem Quacquarelli Symonds World University Rankings namun saya kurang pasti apakah padanan yang paling sesuai untuk istilah-istilah ini dalam Bahasa Melayu. Sila rujuk lampiran berikut untuk pemahaman lanjut. Semoga pihak DBP dapat membantu saya. Sekian, terima kasih. Wassalam.Cadangan terjemahan kami adalah seperti yang berikut:
(i) ctations - kutipan
(ii) faculty - fakulti
(iii) peer review - kajian/tinjauan semula setara
Jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya, terjemahan ini boleh digunakan.
Penyemakan dan penterjemahan08.10.2015
Adakah semua Kata Penguat boleh hadir berderetan seperti: Paling amat cantik; Terlalu sangat cantik ; Amat kurang manis?Bolah digunakan cuma agak lewah. Yang tidak boleh ialah penggunaan kata penguat penghabisan diganding dengan perkataan "sekali"Lain-lain04.09.2014
Cara menggunakan kata penguat.Terdapat tiga jenis kata penguat: A. kata penguat hadapan, iaitu yang terletak di hadapan frasa atau kata adjektif. Contoh: terlalu, paling, agak, cukup; contoh ayat: pokok itu terlalu tinggi; masakannya paling enak;pemandangan di tasik itu cukup indah; harga emas makin mahal; jawapannya kurang tepat;B. Kata penguat belakang, iaitu kata yang letaknya di belakang kata adjektif. Contohnya: sekali, benar, betul dan nian. Contoh ayat: kelakuannya baik sekali; lambat benar dia datang; indah nian istana bunian; keputusan peperiksaannya buruk betul; C. Kata penguat bebas, iaitu letaknya boleh di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contoh: amat, sangat, dan sungguh. Contoh ayat: Pakaiannya amat kemas=kemas amat pakaiannya; harganya sangat mahal=mahal sangat harganya; sungguh sedih kisahnya= kisahnya sungguh sedih.Tatabahasa29.08.2006
Pandangannya kurang jelas kerana dia tidak memakai kaca mata. Kata seerti bagi perkataan jelas ialah A. cerah B. jernih C. terang D. tajam

Saudara,

Perkataan jelas bersinonim dengan terang, nyata, ketara, pasti, jali, curai, izhar dan jaleh. Menerusi ayat yang dikemukakan oleh saudara penggunaan terang adalah yang paling tepat.

Pandangannya kurang terang kerana dia tidak memakai kaca mata.

Makna22.10.2012
12345

Kembali ke atas