Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pal.su] | ڤلسو

Definisi : 1. tidak benar (tulen), lancung, tiruan: kaki ~; rambut ~; wang ~; 2. tidak sungguh­-sungguh, tidak lurus (jujur), curang: dlm dunia ini memang banyak yg ~; janji ~; memalsukan melakukan sesuatu yg palsu, meniru sesuatu (utk mengabui mata atau menipu), melancungkan: penipuan serupa itu dapat ~ tanda-tanda asal; ~ wang kertas; kepalsuan 1. perihal palsu; 2. kecurangan, ketidakjujuran: kota yg penuh ~; pemalsuan perbuatan atau hal memalsukan: membongkar amalan-amalan ~ dlm bidang penciptaan; pemalsu orang yg memalsukan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pal.su] | ڤلسو

Definisi : 1 tidak benar atau tidak tulen; tiruan: emas ~; wang ~. 2 tidak sungguh-sungguh; tidak jujur: Janji-janjinya itu ~ belaka. memalsukan membuat sesuatu menjadi palsu: ~ wang. kepalsuan keadaan atau sifat palsu. pemalsuan perbuatan atau hal memalsukan. pemalsu orang yg memalsukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Saya tak pandai memintal tali,
     Tali berpintal di tepi pintu;
Saya tak boleh membuat janji,
     Kerana janji selalu palsu.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
deepfakepalsu asli / palsu tulenTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaSatu teknik untuk merubah rupa paras seseorang pada gambar ataupun video menggunakan gambar asli melalui kaedah tindan wajah.
false coordinationpengkoordinatan palsu; penyelarasan palsuMatematikTiadaTiada
false coordinationpengkoordinatan palsu; penyelarasan palsuPerpustakaanTiadaTiada
false dropcatatan palsu; jatuh palsuPerpustakaanTiadaTiada
false dropcatatan palsu; jatuh palsuKejuruteraanTiadaTiada
false sort/false combinationgabungan palsu/asingan palsuPerpustakaanTiadaTiada
false-colour infrared photographygambar inframerah palsuArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiGambar warna palsu yang digunakan dalam forografi udara yang berkembang pesat di Amerika. Warna palsu dirujuk kepada fitur tertentu yang wujud dalam warna merah, kuning, biru dan sebagainya yang tidak mempunyai hubungan dengan warna asal tetapi menampakkan perbezaannya. Filem inframerah bertindak balas ke atas kualiti penyerapan air yang wujud dalam pelbagai fitur, perubahan tanaman dan kewujudan jalan raya yang tidak kelihatan. Teknik ini juga boleh dirakam melalui satelit.
NOR (not OR)NOR (tak ATAU)Teknologi MaklumatTiadaOperasi Boole yang benar jika semua inputnya bernilai palsu dan bernilai palsu jika salah satu inputnya bernilai benar.
pseudopregnancybunting palsuPenternakanGenetik dan PembiakbakaanHaiwan betina yang menunjukkan tanda seakan-akan bunting seperti pembesaran di bahagian abdomen. Bunting palsu berpunca daripada korpus luteum yang tidak rosot dan kekal merembeskan hormon progesteron. Bunting palsu kadang kala berlaku pada kambing, biri-biri dan anjing.
artefactartefakSains ForensikTiadaHasil palsu yang terbentuk oleh analisis atau semasa analisis dan bersifat ekstrinsik kepada spesimen yang diuji. Dalam pengujian DNA, hasil palsu ini merujuk kepada sebarang produk bukan alel daripada proses amplifikasi. Hasil palsu boleh menyebabkan intepretasi bukti forensik DNA menjadi sukar.
12345678910...

Kembali ke atas