Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.lu] | ڤالو

Definisi : 1. pukul, pukulan: aku terkenang-kenang akan ~, dan sesah, dan tampar; kena ~ kena pukul; 2. pengetuk, pemukul, tukul besi: ~ tukang besi; berpalu sl dipukul: ~lah tabuh kembali; ombak ~ sendirinya; berpalu-palu ark bertukar-tukar barang (waktu berdagang); berpalu-paluan berpukul-pukulan; berpalukan sl memukulkan: maka kedelapan hulubalang ~ cokmarnya; memalu memukul: ~ gendang raya besar; paluan 1. pukulan dan palu; 2. hasil memalu: ~ gendang; 3. kerugian, pukulan: sorak kanak-kanak itu seolah-olah satu ~ hebat pula; pemalu benda spt rotan, kayu, dll utk me­malu: ~ beduk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.lu] | ڤالو

Definisi : 1 benda yg digunakan utk mengetuk sesuatu; tukul; martil: ~ besi tukul yg dibuat drpd besi. 2 pukulan dgn benda-benda keras; ketuk; pukul: kena ~ kena pukul. berpalu-paluan berpukul-pukulan; pukul-memukul. memalu mengenakan palu pd sesuatu yg lain dgn kuat; memukul; menghentam: ~ gendang. palu-memalu saling memalu; pukul-memukul. paluan bunyi dipalu; hasil drpd memalu; pukulan: Haiwan tsb dpt ditakutkan dgn mercun, dgn ~ gendang atau dgn goncangan tin-tin kosong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
palu (kata nama)
Bersinonim dengan pemalu, tukul, penukul, tukul besi, pengetuk, pemukul, martil, tokok, penokok, ganden, kambu;,
Kata Terbitan : memalu, paluan,

Puisi
 

Tabit tak sabit gendang dibimbit,
     Saya nak palu ragam serama;
Kalau tak sabit malu sedikit,
     Saya nak bawa jalan bersama.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Binatang tahan palu,
     manusia tahan kias.

Bermaksud :

Mengajar binatang dengan pukulan, mengajar manusia dengan kiasan atau sindiran.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
Drumstick chromosomekromosom palu gendangkromosom palu gendangkromosom palu gendangPerubatan
hammerpaluTiadapaluGeologi
air hammerpalu udarapalu udara, tukul udarapalu udara, tukul udaraKejuruteraan
air hammerpalu udarapalu udara, tukul udarapalu udara, tukul udaraKejuruteraan
geologic hammerpalu geologiTiadapalu geologiGeologi
hammerpaluTiadapenukulKejuruteraan
ball hammerpalu pelurutukul bebolatukul bebolaKejuruteraan
ball hammerpalu pelurutukul bebolatukul bebolaKejuruteraan
marking hammerpalu penandatukul penandatukul penandaPerhutanan
driving hammerpalu pacutukul pacutukul pacuKejuruteraan
123

Kembali ke atas