Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.lu] | ڤالو

Definisi : 1. pukul, pukulan: aku terkenang-kenang akan ~, dan sesah, dan tampar; kena ~ kena pukul; 2. pengetuk, pemukul, tukul besi: ~ tukang besi; berpalu sl dipukul: ~lah tabuh kembali; ombak ~ sendirinya; berpalu-palu ark bertukar-tukar barang (waktu berdagang); berpalu-paluan berpukul-pukulan; berpalukan sl memukulkan: maka kedelapan hulubalang ~ cokmarnya; memalu memukul: ~ gendang raya besar; paluan 1. pukulan dan palu; 2. hasil memalu: ~ gendang; 3. kerugian, pukulan: sorak kanak-kanak itu seolah-olah satu ~ hebat pula; pemalu benda spt rotan, kayu, dll utk me­malu: ~ beduk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.lu] | ڤالو

Definisi : 1 benda yg digunakan utk mengetuk sesuatu; tukul; martil: ~ besi tukul yg dibuat drpd besi. 2 pukulan dgn benda-benda keras; ketuk; pukul: kena ~ kena pukul. berpalu-paluan berpukul-pukulan; pukul-memukul. memalu mengenakan palu pd sesuatu yg lain dgn kuat; memukul; menghentam: ~ gendang. palu-memalu saling memalu; pukul-memukul. paluan bunyi dipalu; hasil drpd memalu; pukulan: Haiwan tsb dpt ditakutkan dgn mercun, dgn ~ gendang atau dgn goncangan tin-tin kosong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
palu (kata nama)
Bersinonim dengan pemalu, tukul, penukul, tukul besi, pengetuk, pemukul, martil, tokok, penokok, ganden, kambu;,
Kata Terbitan : memalu, paluan,

Puisi
 

Tabit tak sabit gendang dibimbit,
     Saya nak palu ragam serama;
Kalau tak sabit malu sedikit,
     Saya nak bawa jalan bersama.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Binatang tahan palu,
     manusia tahan kias.

Bermaksud :

Mengajar binatang dengan pukulan, mengajar manusia dengan kiasan atau sindiran.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
geologic hammerpalu geologiKejuruteraanTiadaTiada
theka (In)thekaKesenianTiadaPola palu dalam tala India.
jarbebalangKimiaTiadaAlat pemukul yang terdiri daripada silinder keluli yang di dalamnya trdapat omboh serta beberapa komponen lain. Pemukulnya dikendalikan secara mekanik atau secara hidraulik bagi mengekkan palu berat untuk menghendam benda atau objek di dalam lubang telaga, atau untuk melonggarkan tetiub atau paip gerudi yang tergantung serta terjepit di dalam lubang. Tindakan penghentaman boleh dilakukan ke atas atau ke bawah dan pengendalian alat ini dilaksanakan di permukaan.
jarbebalangKejuruteraanPetroleumAlat pemukul yang terdiri daripada silinder keluli yang di dalamnya trdapat omboh serta beberapa komponen lain. Pemukulnya dikendalikan secara mekanik atau secara hidraulik bagi mengekkan palu berat untuk menghendam benda atau objek di dalam lubang telaga, atau untuk melonggarkan tetiub atau paip gerudi yang tergantung serta terjepit di dalam lubang. Tindakan penghentaman boleh dilakukan ke atas atau ke bawah dan pengendalian alat ini dilaksanakan di permukaan.
jar acceleratorpemecut bebalangKejuruteraanPetroleumAlat hidraulik yang digunakan bersama-sama dengan bebalang dan dipasang pada rentetan pancing, iaitu di sebelah atas bebalang yang berkenaan. Berguna untuk meningkatkan kuasa palu hentaman yang dikendalikan oleh bebalang sehingga akan membantu tindakan bebalang tersebut.

Kembali ke atas