Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.nah] | ڤانه

Definisi : 1. = ibu ~ = baur ~ kayu (buluh dll) yg kedua-dua hujungnya direntangi tali dan boleh dilenturkan (utk melancarkan senjata yg tajam); 2. = anak ~ benda tajam yg di­lancarkan dgn ibu panah, anak busur; ~ kelodan sl petir; ~ matahari cahaya (sinar) matahari; berpanah 1. memakai (mempunyai) panah: satu pasukan askar ~; 2. menggunakan panah: kami ada lawan ~; berpanah-panahan saling menggunakan panah (dlm pertempuran): maka segala yg memegang panah ~; memanah 1. melancarkan anak panah (kpd): maka dipanahnya Seri Rama; 2. bergerak (terlepas dll) dgn amat laju; 3. mengenakan sbg panah: rumah itu dipanah petir; memanahi melepaskan anak panah berkali­kali kpd; memanahkan 1. sl melancarkan anak panah: maka Seri Rama pun ~ anak panah itu; 2. me­lancarkan sesuatu spt anak panah; panahan 1. hasil perbuatan memanah; 2. pan­dangan (mata) yg seolah-olah memanah: Tun Kudu tak tahan menentang kilat ~ anak mata Tun Pateh; pemanah orang yg memanah; sepemanah sejauh tiba panah yg dilepaskan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.nah] | ڤانه

Definisi : senjata yg terdiri drpd benda melengkung yg diberi bertali (busur) serta benda tajam spt seligi. anak ~ benda tajam yg dilepaskan drpd busur. ibu ~ benda yg dilengkungkan serta diberi bertali utk melepaskan anak panah; busur. memanah 1 menuju sesuatu dgn anak panah; melepaskan anak panah (pd): Sang pemburu berjaya ~ seekor kijang. Di samping belajar menunggang kuda, putera itu belajar ~ juga. 2 ki bergerak dgn amat cepat: Pasukan pihak Berikat telah ~ ke Berlin. memanahkan melepaskan sesuatu dr busur: Ia pun ~ anak panah sakti itu ke arah musuh-musuhnya. panahan hal memanah; hasil drpd memanah: ~nya tepat mengenai sasaran. pemanah orang yg memanah. sepemanah sejauh jarak yg diliputi anak panah yg dilepaskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata panah

Puisi
 

Tetak buluh buat panah,
     Hendak panah kuda berlari;
Minta laut jadikan tanah,
     Senang abang berulang ke mari.


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bowfishingpancing panahPerikananTiadaKaedah menangkap ikan dengan menggunakan alatan khas yang mempunyai anak panah yang diikat pada hujung tali yang mempunyai kekili untuk memudahkan penangkapan ikan. Anak panah yang digunakan mempunyai cangkuk agar ikan yang dipanah tidak terlepas.
arrow wormscacing anak panahSains MarinTiadaSejenis filum ketognata yang merupakan invertebrat kecil dengan julat saiz di antara 2-120 mm panjang. Namanya diambil sempena bentuk badannya yang panjang dan langsing serta mempunyai sirip sisi dan sirip ekor yang kelihatan seperti anak panah. Struktur badannya ringkas, diselaputi oleh lapisan kutikel, lut cahaya dan terbahagi kepada kepala, badan dan ekor. Cacing anak panah tidak mempunyai sistem peredaran darah, sistem pernafasan atau sistem pertukaran gas yang khusus dan hanya mempunyai sistem saraf yang ringkas. Terdapat lebih 120 spesies cacing anak panah yang telah dikenal pasti dan semuanya terdiri daripada zooplankton. Cacing anak panah merupakan pemangsa rakus yang memakan zooplankton kecil seperti kopepod dan krustasia kecil yang lain. Sinonim ketognata.
bracekurung panah; berembanPerpustakaanTiada3. Kurung panah: Tanda kurungan, biasanya untuk bilangan em yang pasti.
arrowheadkepala anak panahSejarahTiada1. Bahagian tajam atau hujung anak panah.
arrow blockblok anak panahPentadbiran PerniagaanTiadaTanda berbentuk anak panah yang terdapat pada jidar setem untuk menentukan pepetak pemisahan setem.
arrowhead claspklasp kepala panahPerubatanTiadaKlasp dengan dua bentuk kepala panah untuk memberi pegangan pada aplians boleh tanggal.
arrowhead foldlipatan mata panahPentadbiran PerniagaanTiadaLipatan napkin berbentuk mata anak panah.
arrowheadkepala anak panahKesenianTiada2. Motif atau corak dalam seni lukis berbentuk mata panah.
crow's foot stitchjahit mata panahKesenianTiadaJahit sulam yang menghasilkan bentuk mata panah untuk digunakan sebagai pengukur pada bahagian atas lisu atau pangkal belah.
bow and arrowbusur dan anak panahSejarahTiadaSenjata yang terdiri daripada busar dan anak panah yang digunakan untuk mempertahankan diri atau berburu.
123456789

Kembali ke atas