Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
panas (adjektif)
1. Bersinonim dengan hangat: panas kuku, pesam, pesam kuku, panas pesam, suam, suam-suam kuku,
Berantonim dengan sejuk

2. Bersinonim dengan demam: hangat, dedar, radang, gerah, palak,
Berantonim dengan kebah

3. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan panas terik, berbahang, berkuap, bekuan cerah, terang,
Berantonim dengan redup

4. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan sangat marah, berang, membara, naik darah, menggelegak, mendidih,

5. Bersinonim dengan genting: sengit, tegang, meruncing, hangat, kebal, berbahaya,

6. Bersinonim dengan sial: mendatangkan bala, merugikan, menyusahkan, tidak menguntungkan, suih,

Kata Terbitan : panas-panas, berpanas, memanaskan, kepanasan, pemanasan, pemanas,


Pantun

PantunSumberTema
Nahas kemalangan tajuk berita, Tujuh penumpang masih hilang; Panas badan menahan derita, Mengenang nasib diriku seorang.Pantun Melayu SarawakKasih
Sakit sungguh menugal benih, Hati panas ditahan juga; Sakit sungguh ditinggal kasih, Hati panas badan celaka.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Terlepas talang berduri, Batang kandar di balik lombong; Hari panas helang berbunyi, Badan terkenang mandeh kandung.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Bila berjalan semakin laju, Badan lemas lemah persendian; Apabila puan ingin bertemu, Berhujan panas hamba nantikan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Jauh dekat orang menjala, Menjala udang berhujan panas; Jauh dekat datanglah bala, Bala datang badan melengas.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas