Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.ca] | ڤنچا-

Definisi : (Sanskrit) awalan asing lima, mis pancaindera dan pancalogam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata panca-


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin meminta tolong pihak DBP untuk melengkapkan perkara di bawah: Eka - Satu Dwi - Dua Tri - Tiga ?? - Empat Panca - Lima ?? - Enam ?? - Tujuh Asta - Lapan ?? - Sembilan Dasa - Sepuluh Terima kasih.1. Eka = Satu, Dwi = Dua, Tri = Tiga, Empat = Catur, Lima = Panca, Enam = Sat, Tujuh = Sapta, Lapan = Asta, Sembilan = Nawa, Sepuluh = DasaTatabahasa13.07.2016
apakah yang dimaksudkan dengan simfoniMenurut Kamus Dewan Edisi Empat, simfoni ialah sejenis gubahan muzik yang panjang untuk dimainkan oleh orkestra; kumpulan panca­ragam yang berpemimpin, mempunyai peralat­an lengkap dan bilangan ahli muzik yg ramai.

Tatabahasa10.01.2013
Adakah ada kemungkinan perkataa hilang daripada laman web PRPM? Saya rasa ada membuat carian "five spice powder" dan mendapat keputusan beberapa hari atau minggu yang lepas. Sekarang apabila membuat carian, ia sudah tiada dalam pangkalan data. Apakah five spice powder dalam bahasa Malaysia? Saya mendapat panca rempah dalam carian yang lepas. Mohon penjelasan. Terima kasih.Untuk makluman, terdapat masalah teknikal untuk mengakses laman PRPM bagi Istilah Bahasa Melayu. Namun begitu, masalah tersebut telah diatasi. Bagi istilah yang diberikan, kami mencadagkan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

five spice powder - panca rempah

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain17.06.2021
Salam. Selain "eka-", "dwi-" dan "tri-", adakah terdapat awalan lain bagi menandakan jumlah sesuatu? Terima kasih.

Awalan yang lazim digunakan ialah Eka = Satu, Dwi = Dua, Tri = Tiga,

 

Namun terdapat juga awalan lain yang menunjukkan jumlah contohnya Empat = Catur, Lima = Panca, Enam = Sat, Tujuh = Sapta, Lapan = Asta, Sembilan = Nawa, Sepuluh = Dasa

Istilah29.04.2023
Tuan/Puan, Dalam ujian bulan Mac anak saya baru-baru ini, ada satu soalan yang meminta pelajar memilih ayat yang betul. Saya mendapati terdapat dua ayat yang betul dalam soalan tersebut iaitu: 1. Rumah saya wangi. 2. Roti canai itu berbentuk leper. Guru bahasa Malaysia mengatakan ayat "rumah saya wangi" adalah salah kerana ayat yang betul sepatutnya berbunyi "rumah saya berbau wangi". Memandanagkan wangi adalah kata adjektif panca indera untuk bau, penggunaan wangi sememangnya adalah berkenaan dengan bau jadi tidak diperlukan perkataan berbau apabila kita hendak menggunakan adjektif wangi. Saya inginkan markah bonus untuk anak saya yang memilih ayat "rumah saya wangi" sebagai ayat yang betul. Saya berharap tuan/puan boleh memberi sedikit nasihat atas ayat berkenaan. Terima kasih. Yang benar, En. LauKami berpandangan ayat yang gramatis ialah "Rumah saya berbau wangi". Wangi ialah adjektif sama seperti besar. Bagaimanpun penutur jati bahasa Melayu tidak mengungkapkan rumah saya wangi sama seperti rumah saya besar. Ayat ini perlu dijelaskan maknanya dengan binaan ayat frasa nama (rumah saya) + frasa kerja (berbau wang).Tatabahasa16.03.2017

Kembali ke atas