Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.ca] | ڤنچا-

Definisi : (Sanskrit) awalan asing lima, mis pancaindera dan pancalogam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata panca-


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SI LUNCAI

SI LUNCAI,  cerita rakyat yang digolongkan dalam cerita jenaka Melayu.  Cerita ini disadur daripada hikayat Hindu tua, iaitu Jataka, Panca Tanderan dan Katha Sarit Sagara.  Cerita Si Luncai telah diubahsuai sehingga menjadi sebahagian warisan tradisi setempat.  Cerita ini telah sebati dengan masyarakat Melayu dan mereka menganggap watak Si Luncai sebagai manusia yang hidup di Alam Melayu.  Struktur cerita Si Luncai yang menarik dan mudah membolehkannya diceritakan oleh sesiapa sahaja dalam bentuk pertuturan seharian.

SASTERAKarya
CERITA BERBINGKAI

CERITA BERBINGKAI, cerita yang mempunyai satu cerita pokok yang menjadi bingkai atau dasarnya, kemudian terdapat beberapa cerita sisipan sebagai bantuan. Cerita ini ialah hasil sastera asing yang diterjemah dan disadur ke dalam sastera Melayu. Cerita atau hikayat berbingkai ini sangat terkenal dalam kesusasteraan India, Parsi dan Arab. Mengikut R.O. Winstedt cerita tersebut telah timbul dan dikenal oleh bangsa Melayu sejak abad ke-16 lagi. Pada umumnya, cerita tersebut menggunakan bahasa Melayu yang baik. Cerita berbingkai yang terkenal dalam sastera Melayu ialah Hikayat Bayan Budiman, Hikayat Bakhtiar, Hikayat Kalilah dan Daminah, Hikayat Panca Tanderan, Hikayat Seribu Satu Malam dan Hikayat Ghulam.

SASTERAKonsep

Kembali ke atas