Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.cang] | ڤنچڠ

Definisi : kayu (buluh dll) yg dipacakkan ke tanah (utk tempat menambat perahu, tanda sempadan, dll); ~ dirasa Kl penderitaan hidup, perasaan yg luar biasa; ~ yg empat Mn sempadan ladang di keempat-empat penjurunya; bagai ~ digoncang arus prb tidak tegas (tetap) pen­diriannya (berubah-ubah mengikut mana yg kuat dll); memancang 1. memacak pancang, mema­sang pancang; ~ gelanggang a) membuat gelanggang tempat peraduan (menyabung ayam dll); b) kebenaran utk menyabung ayam; c) mengadakan keramaian (kerana perkah­winan dll); 2. macam pancang (tegak sahaja, tidak beralih-alih, dll): kayu itu ~ di tengah-tengah gelanggang; memancangkan 1. memacakkan pancang (galah dll) ke tanah: ~ beberapa batang tiang di pantai; 2. meletakkan atau menempatkan (tulisan dlm penerbitan dll); terpancang 1. sudah dipancangkan, terca­cak: di mana ~ banyak galah, di situlah pangkalan kita; 2. ki terdiri tegak (tidak bergerak-gerak), tertumpu pd satu tempat, terpaku: Basir masih ~ di lantai; matanya ~ ke pintu kamar itu; pancangan 1. pancang, pacak, tonggak; 2. yg telah dipancangkan; 3. sl tunangan: rajanya bernama Tengku Sultan Maha Mulia, ia ~ Tuan Puteri Sinar Bulan Gemilang Cahaya; pemancangan perihal atau perbuatan me­mancang(kan) sesuatu: upacara ~ tiang pertama Wisma Nusantara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.cang] | ڤنچڠ

Definisi : ; ~ bendera sj ikan laut, Parachaetodon ocellatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.cang] | ڤنچڠ

Definisi : potongan kayu dll yg dipacakkan ke tanah utk menandakan sempadan, tempat menambat perahu dll. memancang 1 memasang pancang; memacakkan pancang: ~ tanah kebun. 2 tegak spt pancang: Tiang-tiang bendera ~ di kiri kanan jalan. memancangkan memacakkan pancang ke tanah: ~ tiang turus pagar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pancang
Rujuk :pacak

Puisi
 

Kalau kulurut padi di Daik,
     Pancang pulau jatuh terhempas;
Kalau kuturut perangai tak baik,
     Pasang tak penuh surut tak timpas.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Hati bagai baling-baling.

Bermaksud :

Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai pancang digoncang arus, b. Baling-baling di atas bukit, c. Sebagai pimping di lereng bukit, d. Seperti panji-panji ditiup angin).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
stick 2 vt1. pierce (by pushing st into the ground etc vertically) mencacakkan, memacakkan; (by pushing pin etc through) mencucukkan: stakes have been stuck into the ground to mark the boundary lines, pancang-pancang telah dicacakkan utk menandakan garisan sempadan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pale 2 n 1. stake , pancang; 2. fence made of stakes, pagar pancang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
picketn1. pointed stake set upright in the ground, pancang: a ~ fence, pagar pancang; 2. soldier or body of soldiers on guard or patrol duty,piket: the ~ is patrolling the outskirts of the camp, piket itu meronda di pinggir kem; 3. striking worker or group of workers stationed at entrance to factory etc, trying to prevent other employees, clients from entering, orang yg berpiket, kumpulan orang yg berpiket: the ~s booed the members of the board as they arrived, kumpulan orang yg berpiket itu mengebu ahli-ahli lembaga sebaik sahaja mereka sampai; one ~ was arrested,seorang drpd orang yg berpiket telah ditangkap;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stump 4. (in cricket) one of the three wooden poles of a wicket, pancang: the ball sent the middle ~ flying, bola itu menyebabkan pancang yg tengah tercabut lalu terpelanting;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stake 1 n stick, metal bar driven into the ground as a support, marker etc, pancang, turus: each of the young trees was tied to a ~, setiap anak pokok itu diikat pd pancang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spike 1 vt 1. furnish with spikes, memasangi [sst] dgn /pancang, pacak/: the top of the wall had been ~d to deter intruders, bahagian atas tembok itu telah dipasangi pancang utk menghalang penceroboh; 2. secure with a spike, memasang pepaku;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pegb. mark out boundary of st with pegs, menandai sst dgn /rancang, pancang/, merancang sst: the settlers have already ~ged out their claims in the area, peneroka-peneroka telah pun menandai tanah mereka dgn pancang di kawasan itu; c. stretch and fasten st, meregangkan dan memasak sst: the animal skins were ~ged out in the back yard, kulit binatang itu diregangkan dan dipasak di kawasan halaman belakang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spike 1 n 1. long, sharp-pointed piece of wood or metal, pancang, pacak: the top of the wall was set with steel ~s, bahagian atas tembok itu dipasangi pancang keluli;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
palings n fence made of stakes , pagar pancang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bail3n (cricket) palang pancang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas