Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.ca.ra.gam] | ڤنچاراݢم

Definisi : 1. sl bermacam-macam ragam; 2. muzik, bunyi-bunyian; 3. pasukan (kum­pulan) pemain muzik: sebuah ~ mengikuti perarakan itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.ca.ra.gam] | ڤنچاراݢم

Definisi : pasukan atau kumpulan pemain muzik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pancaragam
Rujuk :orkestra


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah istilah Bahasa Melayu untuk "Wind Orchertra"Perkataan "Concert band" juga dikenali sebagai "Wind orchertra" yang dipadankan dalam bahasa Melayu sebagai pancaragam konsert.Istilah15.01.2020
kami akan mengeluarkan majalah kolej. dan antara salah satu pilihan nama majalah ialah simfoni. majalah ni adalah pertama kali di keluarkan.apa yang di maksudkan dengan simfoni?dari semua aspek. di harap dengan penerangan yang diberikan oleh pihak dewan bahasa dan pustaka dapat mengukuhkan pilihan nama simfoni.terima kasih.Antara makna simfoni ialah 1. sj gubahan muzik yg panjang utk dimainkan oleh orkestra; 2. kumpulan pancaragam yg berpemimpin, mempunyai peralatan lengkap dan bilangan ahli muzik yg ramai. Untuk keterangan lanjut, pihak tuan/puan boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Selain itu, cadangan nama pihak tuan/puan boleh juga merujuk Siri Lembar Bahasa Nama Indah yang boleh dicapai di laman web DBP.Makna21.01.2010

Kembali ke atas