Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.cit] | ڤنچيت

Definisi : ; memancit memancut (memancur) sedikit-sedikit; memancitkan memancutkan cecair (air, mi­nyak dsb) sedikit-sedikit, menyebabkan me­mancit: pemancit ini berupa muncung utk ~ petrol ke dlm alur masuk. pancitan hasil memancit atau memancitkan: mikrokomputer yg mengawal ~ petrol; pemancitan proses, perbuatan dsb memancit atau memancitkan; pemancit alat utk memancitkan (minyak dsb): ~ yg dikawal secara elektronik ini dapat menentukan banyaknya petrol yg harus digunakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.cit] | ڤنچيت

Definisi : menjadi kempis kerana keluar angin­nya akibat tertusuk benda tajam, pecah dsb (bkn tayar kereta, basikal dsb), bocor: tayar kiri keretanya ~; dia lewat sampai ke pejabat kerana tayar motosikalnya ~; memancitkan menyebabkan tayar, belon dsb kempis kerana keluar anginnya akibat tertusuk benda tajam, dibuka injapnya dsb, membocorkan: dia sudah berani ~ tayar kereta gurunya; pemancitan perbuatan memancitkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.cit] | ڤنچيت

Definisi : ; memancit memancut sedikit demi sedikit. memancitkan memancutkan (ubat dsb) sedikit demi sedikit. pancitan keluarnya sesuatu (ubat, air dsb) hasil memancit atau memancitkan: Alat itu adalah utk mengawal ~ petrol. pemancitan proses, perbuatan dsb memancit atau memancitkan. pemancit alat utk memancitkan sesuatu: Ubat itu diberikan dgn menggunakan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pan.cit] | ڤنچيت

Definisi : bocor atau pecah (bkn tayar). memancitkan menyebabkan (tayar) pancit kerana keluar anginnya (akibat tertusuk benda tajam, dibuka injapnya dsb: Budak-budak nakal itu ~ tayar keretanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pancit


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
puncturen (of tyre) pancit: we had a ~ on our way to Ipoh, tayar kami pancit dlm perjalanan ke Ipoh;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
puncturevi (of tyre) pancit; (of balloon etc) bocor: the front tyre ~d just as they reached the gate, tayar depan itu pancit sebaik sahaja mereka sampai di pintu pagar; the balloon landed on a rose bush and ~d, belon itu terjatuh di atas rumpun mawar lalu bocor;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
puncturevt 1. pierce with st sharp, a. (balloon etc) membocorkan, mencucuk; b. (tyre), (act.) memancitkan, membocorkan, mencucuk; (pass.) pancit, bocor: the tyre was ~ed by a large nail, tayar itu pancit akibat terlanggar paku yg besar; broken glass and other such sharp objects can ~ tyres, serpihan kaca dan benda-benda tajam yg lain boleh memancitkan tayar; 2. deflate, damage, menghancurkan, merosakkan: the unexpected failure ~d his ego, kegagalan yg tdk disangka-sangka itu menghancurkan egonya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wobbleb. (of car) bergerak bergegar: the car ~d to the side of the road when the tyre went flat, kereta itu bergerak bergegar ke tepi jalan apabila tayarnya pancit;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
with14. indic a particular length of time or distance before st happens, lagi, dgn hanya... lagi: ~ only two days before the exam, I fell ill, dgn hanya tinggal dua hari lagi sebelum peperiksaan, saya jatuh sakit; ~ only a few miles to go in the race, they had a puncture, lagi beberapa batu saja utk menamatkan perlumbaan itu, tayar kereta mereka pancit;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flat1n 1. level surface of land, tanah /pamah, datar/: the cattle are grazing on the ~s, lembu-lembu itu sedang meragut rumput di tanah datar; 2. flat surface or part, bahagian bilah [n] yg rata; (of oar) bilah; (of hand) tapak: the ~ of a sword, bahagian bilah pedang yg rata; 3. deflated tyre, tayar /pancit, kempis/; (due to low pressure) tayar kempis; 4. (mus) not flet;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas