Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.da.ngan] | ڤندڠن

Definisi : 1. hasil perbuatan memandang: ia memusatkan ~nya pd gadis itu; mencuri ~ memandang dgn tidak diketahui orang; 2. apa yg terlihat (tergambar) di mata, hasil perbuatan memandang: dgn mendekatkan mata pd kanta itu, kita nampak satu ~ yg luas; wang hantaran ini dikeluarkan sahaja buat ~ orang ramai; 3. a) yg menjadi per­hatian: anak muda itulah yg menjadi ~nya; b) ki yg dihormati (dicita-citakan dll): dialah ~ orang di kampung itu; 4. anggapan, pen­dapat, tanggapan, fikiran: ~nya terhadap Aini tidak berubah; ~ hidup pendapat tentang hidup, falsafah hidup; ~ politik pendapat ter­hadap politik, falsafah politik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.da.ngan] | ڤندڠن

Definisi : 1 apa-apa yg dipandang; sesuatu yg dipandang. 2 hal memandang; renungan: Ia memusatkan ~nya pd pengemis itu. 3 apa-apa yg difikirkan ttg sesuatu; anggapan: ~nya terhadap masalah pendatang haram masih tetap tidak berubah. ~ darat pandangan yg jelas mengenai sesuatu kawasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Seri Bangi gelaran paman,
     Waktu tuan raja di Kedah;
Tinggi bulan sayup pandangan,
     Berpakat kita tumpang cerah.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon semakan adaakh ayat ini tepat?: Ke arah merangsang realisasi ciri pandangan-pandangan menyeluruh tentang sistem perundangan Islam, buku ini menggariskan kesan/masalah pemikiran kehakiman yang berdasarkan prinsip asbab

Ayat yang betul ialah “Untuk merealisasikan pandangan menyeluruh tentang sistem perundangan Islam, buku ini menggariskan kesan atau masalah pemikiran kehakiman yang berdasarkan asbab”.

Tatabahasa27.11.2022
namun, pengumpulan jauh sekali penyatuan pola-pola argumentasi mereka mengenai barat masih terdapat jauh sekali usaha menyatukan pandangan-pandangan mereka untuk dimajukan penganalisaan ilmiah kemudiannya terhadap idea-idea mereka.Sila kemukakan soalan puan kerana apa yang dikemukakan tidak jelas.Lain-lain24.01.2017
Tuan, objek abstrak boleh digandakankah? Contoh: 1. ciri-ciri 2. contoh-contoh 3. kesan-kesan 4. kepentingan-kepentingan 5. faedah-faedah 6. aktiviti-aktiviti/kegiatan-kegiatan 7. perasaan-perasaan 8. pandangan-pandanganTidak perlu digandakan perkataan tersebut, tunggal atau jamak boleh ditentukan berdasarkan konteks ayat yang digunakan.Tatabahasa11.05.2014
Salam, saya ingin bertanya: Hilang dari pandangan. ATAU Hilang daripada pandangan Kata sendi nama DARI digunakan untuk tempat, masa, dan arahJika pandangan dalam konteks ayat tersebut merujuk kepada tempat memandang maka kata sendi yang betul ialah dari - hilang dari pandangan, manakala jika pandangan dalam konteks ayat tersebut merujuk kepada hasil memandang maka penggunaan kata sendi yang betul ialah daripada - hilang daripada pandangan.Tatabahasa21.07.2010
Tuan, yang manakah betul, "pandangan hidup" atau "pandangan kehidupan", "gaya hidup" atau "gaya kehuidupan"? "Live" perbuatan bahasa Inggeris yang sepadan dengan "hidup"; "life" pula nama "live" bahasa Inggeris dan setimbal dengan "kehidupan". "Kehidupan" bentuk nama bagi perbuatan "hidup". Jadi, saya berpendapat bahawa yang betul "pandangan kehidupan" dan "gaya kehidupan" kerana "gaya kehidupan" selari dengan "lifestyle". Jika kita menulis "gaya hidup, maka padanan dalam bahasa Inggeris "livestyle", ini tidak betul! Lebih-lebih lagi, kita hendak menerangkan gaya tentang hal hidup kita, seperti gaya tidur kita, iaitu pukul berapa tidur, adakah berjoging antara hal hidup (kehidupan) kita, pemakanan antara hal hidup kita, jadi "gaya kehidupan" ini termasuklah gaya kita makan, sama ada makan makanan sihat atau sebaliknya. Samalah halnya dengan "pandangan kehidupan" - pandangan tentang hal-hal yang berlaku semasa kita hidup, hal hidup. "Gaya hidup" membawa maksud yang salah, kerana "hidup" ada kaitan dengan keadaan ada nafas, maka "gaya hidup"lah gaya bernafas kita, gaya kita "ada nyawa" (hidup = ada nyawa), maka tidak sampailah maksud! Kehidupan = life, lifestyle = gaya kehidupan.Untuk makluman, gaya hidup ialah padanan bahasa Melayu untuk istilah "life style' dan pandangan hidup ialah padanan bahasa Melayu untuk "worldview" atau "world outlook". Istilah ini telah digunakan dalam pelbagai bidang ilmu dan tidak perlu ditukar kerana telah diterima dan telah mantap. Sekiranya puan tidak bersetuju dengan istilah tersebut, sila kemukakan pandangan puan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP.Istilah16.12.2016
Frasa "Apa pandangan anda?" atau "Apakah pandangan anda?" adalah betul? Perlukah kita menambah kata penegas -kah di kata tanya "apa"?Frasa yang betul ialah "Apakah pandangan anda?".Tatabahasa25.05.2014
1) Asing pada pandangan matanya / Asing daripada pandangan matanya. 2) Selain daripada pak cik adalah ayah saudaranya, ada sesuatu tentang pak cik yang Nadia suka. / Selain dari pak cik adalah ayah saudaranya.....Nadia suka.

1) Asing pada pandangan matanya

2) Selain daripada pak cik adalah ayah saudaranya, ada sesuatu tentang pak cik yang Nadia suka.

Tatabahasa13.10.2011
Antara gagasan dan wawasan yang mana lebih utama@lebih hebatWawasam membawa maksud: 1. fahaman atau tanggapan berkenaan sesuatu hal, pandangan, konsepsi 2. pandangan jauh (terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan masa depan) bagi mencapai matlamat penting sesebuah organisasi atau negara, visi. Manakala, gagasan membawa maksud buah fikiran yg dijadikan saranan, idea. Jika melihat dari segi makna, wawasan ialah pandangan yang jauh.Makna19.03.2015
1) maksud sudut pandangan dalam sastera melayu. 2) plot sastera melayu
1. Tidak ada maklumat khusus tentang sudut pandangan dalam pangkalan data kami, secara amnya sudut pandangan ialah penilaian seseorang terhadap sesuatu perkara. jika dalam konteks ini penilaian seseorang tokoh tentang sesuatu isu dalam dunia sastera.
2. Plot ialah jalan atau jalinan sesuatu cerita. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih rinci, sila rujuk buku tentang diskusi dan kritikan sastera.
Sastera02.05.2014
Saya ingin bertanya mana yang betul: A) Kami mengongsi pandangan dalam satu sesi dialog. B) Kami berkongsi pandangan dalam satu sesi dialog.Ayat yang betul ialah Kami berkongsi pandangan dalam satu sesi dialog.Lain-lain27.08.2018
12345678910...

Kembali ke atas