Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.da.ngan] | ڤندڠن

Definisi : 1. hasil perbuatan memandang: ia memusatkan ~nya pd gadis itu; mencuri ~ memandang dgn tidak diketahui orang; 2. apa yg terlihat (tergambar) di mata, hasil perbuatan memandang: dgn mendekatkan mata pd kanta itu, kita nampak satu ~ yg luas; wang hantaran ini dikeluarkan sahaja buat ~ orang ramai; 3. a) yg menjadi per­hatian: anak muda itulah yg menjadi ~nya; b) ki yg dihormati (dicita-citakan dll): dialah ~ orang di kampung itu; 4. anggapan, pen­dapat, tanggapan, fikiran: ~nya terhadap Aini tidak berubah; ~ hidup pendapat tentang hidup, falsafah hidup; ~ politik pendapat ter­hadap politik, falsafah politik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.da.ngan] | ڤندڠن

Definisi : 1 apa-apa yg dipandang; sesuatu yg dipandang. 2 hal memandang; renungan: Ia memusatkan ~nya pd pengemis itu. 3 apa-apa yg difikirkan ttg sesuatu; anggapan: ~nya terhadap masalah pendatang haram masih tetap tidak berubah. ~ darat pandangan yg jelas mengenai sesuatu kawasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Seri Bangi gelaran paman,
     Waktu tuan raja di Kedah;
Tinggi bulan sayup pandangan,
     Berpakat kita tumpang cerah.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NIHILISME

Nihilisme ialah nama yang digunakan bagi

pelbagai pandangan falsafah dan politik yang

ekstrem dan negatif. Istilah nihilisme berasal

daripada perkataan Latin yang bermakna tiada apa-

apa . Penihilis yang paling radikal akan menafikan

kewujudan apa-apa sahaja. Pandangan yang kurang

sedikit radikalnya, yang biasanya disebut sebagai

sikap skeptik , menafikan pandangan bahawa apa-apa

sahaja boleh diketahui.

UMUM 
ATOMISME

Atomisme ialah pandangan falsafah yang

berkembang di Greece pada tahun 400-an S.M.

Atomis percaya bahawa unsur asas realiti ialah

atom – zarah jirim yang tidak boleh dibahagikan,

tidak boleh dimusnahkan, yang bergerak dalam

ruang. Mereka menyangka bahawa atom

mempunyai pergerakan asal, tetapi juga

berlanggar dan melantun. Akibat pergerakan ini,

dunia terbentuk, wujud untuk beberapa lama,

dan kemudiannya lenyap. Dunia ini dan objek

fizikal yang wujud di atasnya berbeza hanya dari

segi saiz, bentuk, dan kedudukan atomnya.

UMUM 
ARIANISME

Arianisme ialah pandangan teologi Kristian awal

yang diajarkan oleh Arius, paderi di Iskandariah,

Mesir. Kira-kira pada tahun 318 M., Arius dan

pengikutnya menolak doktrin bahawa ketiga-tiga

orang dalam Triniti Kristian–Bapa, Anak dan Roh

Kudus – adalah sama. Arius menafikan bahawa

Jesus Christ sebagai Anak adalah benar-benar

tidak pernah berbuat salah. Arius mengajar

bahawa Anak dicipta oleh Tuhan sebagai Bapa

dan lebih rendah daripada-Nya. Mengikut Arius,

Jesus tidak kekal tetapi seorang yang mulia yang

dicipta oleh Tuhan untuk menebus dosa manusia.

Arius percaya bahawa Bapa dan Anak lebih mulia

daripada Roh Kudus.

UMUM 
RASIONALISME

Rasionalisme ialah suatu pandangan yang

menekankan kepada kewarasan pemikiran atau

taakulan manusia dan kebolehannya untuk

menjawab soalan-soalan asas.

UMUM 
SEMANGAT

Semangat merupakan sikap atau pandangan

umum seseorang individu atau sesuatu kumpulan

terhadap situasi tertentu. Ia mempengaruhi dan

dipengaruhi oleh faktor seperti sikap optimistik,

keyakinan, dan keazaman. Semangat boleh

mempengaruhi kesejahteraan dan prestasi, dan

berkaitan rapat dengan apa yang dikenali sebagai

semangat kekitaan . Apabila semangat ‘tinggi’, rasa

keyakinan seseorang individu atau kumpulan

biasanya bagus, dan menghasilkan prestasi tinggi.

Apabila semangat ‘rendah’, prestasi biasanya turut

rendah.

UMUM 
PERASAAN HATI

Perasaan hati merupakan keadaan fikiran atau

pandangan hidup seseorang. Perasaan hati

seseorang boleh berubah dari hari ke hari, atau

kadangkala, dari waktu ke waktu.

UMUM 
ESEI

Esei merupakan karangan pendek bukan fiksyen

yang mengandungi pandangan atau analisis

penulis tentang subjek tertentu.

UMUM 
MINDA

Minda. Ahli psikologi, ahli psikiatri, dan ahli falsafah

mempunyai berbagai-bagai pandangan tentang sifat

semula jadi minda. Sehingga kini, mereka masih

belum mencapai persetujuan tentangnya.

UMUM 
ARIUS

Arius (256?–336 M.) ialah pendeta di Iskandariah,

Mesir yang mengasaskan pandangan teologi

Kristian awal yang dikenali sebagai Arianisme . Pada

tahun 318 M., Arius mencabar doktrin bahawa

ketiga-tiga orang dalam Triniti Kristian–Bapa, Anak

dan Roh Kudus – adalah sama. Arius mengajar

bahawa Tuhan sebagai Bapa adalah lebih tinggi

kedudukannya daripada Tuhan sebagai Anak iaitu

Jesus Christ, dan kedua-duanya lebih tinggi

daripada Roh Kudus.

UMUM 
EDITORIAL

Editorial ialah rencana akhbar atau majalah yang

ringkas yang menerangkan pandangan penerbitan

itu terhadap sesuatu isu semasa.

UMUM 
12345

Kembali ke atas