Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.de.mik] | ڤندميک

Definisi : wabak penyakit yg tersebar dgn begitu meluas, sama ada hingga ke seluruh wilayah, benua atau dunia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pandemik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamua'alaikum/Salam Sejahtera, Saya mempunyai dua pilihan bagi menterjemah "Total Pandemic Protection" iaitu: a) Perlindungan Penuh Pandemik b) Perlindungan Pandemik Penuh Saya ingin memohon nasihat Tuan/Puan mana satu daripada pilihan di atas yang lebih sesuai atau betul. Terima kasih.Kami mencadangkan Total Pandemic Protection diterjemahkan sebagai "Perlindungan Pandemik Menyeluruh", "Perlindungan Pandemik Total" atau "Perlindungan Pandemik Lengkap". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Penyemakan dan penterjemahan21.01.2022
Apakah maksud 'PANDEMIK' dalam ayat berikut. Rakyat tidak perlu panik dengan perisytiharan pandemik selesema babi oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) semalam kerana Malaysia mempunyai pelan berjaga-jaga.

Saudara Joannes,

Makna pandemik ialah wabak penyakit yg tersebar dgn begitu meluas, sama ada hingga ke seluruh wilayah, benua atau dunia. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna12.06.2009
Mohon Tuan-tuan dan puan-puan mengalisis kesalahan tatabahasa terhadap ayat yang di bawah.Perkataan ''menangani''adalah salah atau tidak salah? Menangani masalah luar biasa seperti pandemik Covid-19 memerlukan solusi dan keberanian tindakan yang luar biasa juga.

Perkataan menangani adalah betul dan boleh digunakan. Ayat yang betul ialah Menangani pandemik covid-19 memerlukan penyelesaian dan tindakan luar biasa.

Tatabahasa09.07.2021
Tuan, Menurut kamus dewan, bersemuka bermaksud berhadapan. Dalam situasi pandemik sekarang, adakah bersemuka boleh diambil kira secara dalam talian? Atau bersemuka mesti dengan kehadiran secara fizikal. Terima kasih.
Saya merujuk kepada takrif "bersemuka" dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) iaitu:

bersemuka ktt 1 bertemu atau berjumpa dgn sso atau sst pihak secara berhadapan-hadapan utk berbincang, bertukar-tukar pandangan dsb: Masalah tsb pasti dapat diselesaikan dgn baik sekiranya kedua-dua pihak bersemuka.Azlan memberanikan dirinya utk bersemuka dgn ketuanya.Ibu bapa perlu bersemuka dgn pihak sekolah jika ada sebarang masalah. 2 ...

Berdasarkan takrif di atas, dapat disimpulkan bahawa "bersemuka" melibatkan pertemuan atau perjumpaan secara fizikal, bukan secara dalam talian.





Lain-lain28.05.2021
Menurut Menteri Kesihatan baharu, YB Haji Khairy Jamaluddin di bawah kerajaan Dato' Sri Ismail Sabri yang baru dibentuk, Malaysia dijangka beralih daripada fasa pandemik COVID-19 ke fasa endemik pada akhir bulan Oktober 2021, selaras dengan kadar vaksinasi COVID-19 dalam populasi yang tinggi dan penurunan jumlah kes jangkitan yang teruk. Adakah ayat di atas betul tatabahasanya?

Cadangan ayat yang betul ialah Menurut Menteri Kesihatan baharu, YB Haji Khairy Jamaluddin bawah kerajaan pimpinan Dato' Sri Ismail Sabri yang baru dibentuk, Malaysia dijangka beralih daripada fasa pandemik COVID-19 kepada fasa endemik pada akhir bulan Oktober 2021, selaras dengan kadar vaksinasi COVID-19 yang tinggi dalam kalangan populasi rakyat dan penurunan jumlah kes jangkitan yang teruk.

Tatabahasa23.09.2021
Apakah terjemahan untuk X-Games dalam Bahasa Melayu? Contoh ayat: 1. Temasya X-Games di ibu negara baru-baru ini terpaksa dibatalkan disebabkan pandemik yang melanda. 2. Kumar meminati sukan X-Games sejak berumur lapan tahun lagi.Pihak kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi X-Games ialah Sukan Ekstrem.Lain-lain21.04.2021
Apakah kesalahan kata atau leslahan tatabahasa berdasarkan ayat ini? Pelan itu sudah disusun sehingga ke peringkat negara mencapai imuniti kelompok dan bersandarkan kepada data serta sains yang diperoleh dari sudut pengurusan pandemik, ekonomi dan vaksinasi negara.Pelan itu sudah disusun hingga ke peringkat negara mencapai imuniti kelompok yang bersandarkan data saintifik.Tatabahasa15.08.2021
Assalamualaikum Mohon perhatian dan DBP,penggunaan Norma Baharu atau Normal Baharu yang lebih tepatnya dalam situasi sekarang.Kerana kalau di dalam Bahasa Inggerisnya di sebut NEW NORMAL bukannya NEW NORM. Terima kasih.
Padanan bahasa Melayu bagi new normal ialah kebiasaan baharu manakala new norm pula ialah norma baharu.

Kebiasaan baharu merupakan tindakan atau tingkah laku yang baharu atau tidak seperti kebiasaan untuk dijadikan standard atau biasa disebabkan oleh sesuatu perkara seperti pandemik penyakit berjangki, dalam usaha mengadaptasi keadaan baharu.

Norma baharu pula merupakan peraturan yang diterima atau diguna pakai oleh masyarakat disebabkan berlakunya sesuatu perkara seperti pandemik penyakit berjangkit.

Puan boleh rujuk laman FB Dewan Bahasa dan Pustaka untuk istilah semasa. 
Penyemakan dan penterjemahan02.06.2020
Salam. Adakah betul terjemahan New Normal yang sering diguna pakai sekarang ialah Norma Baharu/Baru? Bukankah sepatutnya ialah Kebiasaan Baharu/Baru? Setahu saya, Norma tak sama maksudnya dengan Normal.
Padanan bahasa Melayu bagi new normal ialah kebiasaan baharu manakala new norm pula ialah norma baharu.

Kebiasaan baharu merupakan tindakan atau tingkah laku yang baharu atau tidak seperti kebiasaan untuk dijadikan standard atau biasa disebabkan oleh sesuatu perkara seperti pandemik penyakit berjangki, dalam usaha mengadaptasi keadaan baharu.

Norma baharu pula merupakan peraturan yang diterima atau diguna pakai oleh masyarakat disebabkan berlakunya sesuatu perkara seperti pandemik penyakit berjangkit.
Penyemakan dan penterjemahan02.06.2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Antara dua ini, manakah penggunaan yang betul? Normal baharu-Patuh arahan PKPB atau Norma baharu-Patuh arahan PKBP. Terima Kasih.Penggunaan perkataan yang betul ialah “Norma baharu-Patuh arahan PKBP” kerana “norma” bermaksud “peraturan baharu yang diterima atau diguna pakai oleh masyarakat disebabkan berlakunya sesuatu perkara seperti pandemik penyakit berjangkit”. Manakala normal pula membawa makna, tindakan atau tingkah laku yang baharu atau tidak seperti kebiasaan untuk dijadikan standard atau biasa disebabkan oleh sesuatu perkara seperti pandemik penyakit berjangkit, dalam usaha mengadaptasi keadaan tertentu.Makna12.05.2020
12

Kembali ke atas