Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.dir] | ڤندير

Definisi : bodoh, tolol: memang engkau sudah ~; bagaimana ~ dan gila cita-citanya; Pak P~ orang bodoh; sepandir sebodoh, setolol; kepandiran kebodohan, ketololan; kepandir-pandiran kebodoh-kebodohan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.dir] | ڤندير

Definisi : tidak cekap berfikir; bodoh; tolol: Memang engkau ~. Pak ~ orang yg lurus tetapi bodoh. kepandiran keadaan atau sifat pandir; kebodohan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pandir (adjektif)
Bersinonim dengan bodoh, dungu, tolol, bebal, tongong, bengap, baghal, bahlul, benak, bangang, bingung, bongok, dongok, ngong, otak udang, goblok, jahil, ahmal, lompong, pusung, palui, sementung;,
Kata Terbitan : kepandiran,

Peribahasa

Bersuluh menjemput (= minta) api.

Bermaksud :

Perbuatan yang pandir, bertanya tentang sesuatu yang sudah diketahui; mensia-siakan tenaga dan wang.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
numbskull tales/numskull talescerita pandirKesusasteraanTiadaCerita yang mengesahkan kebodohan dan ketololan seseorang tokoh. Contoh: cerita Pak Pandir dan Mak Andeh.
comic foolwatak pandirKesenianDrama dan TeaterPeranan yang memperlihatkan ciri lurus bendul dan sentiasa melakukan aksi yang melucukan.
folk narrativecerita rakyat kisahanKesusasteraanTiadaCerita-cerita rakyat yang bercorak prosa. Contoh: cerita binatang, Pak Pandir dan lain-lain.
humorous talecerita humorKesusasteraanTiadaCerita yang menggelikan hati kerana menceritakan kebodohan seseorang tokoh. Contoh: cerita Pak Pandir.
catachresissalah ungkapKesusasteraanPuisiPenggunaan perkataan atau istilah yang tidak kena pada tempatnya. Ada kala ia berbentuk bahasa kiasan yang tidak munasabah. Contohnya, 'dia cerdik macam Pak Pandir' dan nasibnya baik seperti Lebai Malang. Sinonim katakresis .
cycle storycerita kitaranKesusasteraanTiadaCerita yang setiap satunya bebas dan utuh kendiri, namun berkisar pada watak, tema dan motif yang sama. Cerita kitaran biasanya pendek, bersiri, mudah dan mempunyai plot yang tipikal. Contohnya dalam cerita Hikayat Sang Kancil, Cerita Pak Pandir dan Hikayat Abu Nawas. Hikayat Sang Kancil terdiri daripada suatu kitaran cerita yang setiap satunya mengisahkan muslihat Sang Kancil melepaskan dirinya daripada cahaya atau masalah. Namun terdapat juga cerita kitaran yang lebih panjang. Contohnya cerita kitaran dalam epik panji yang mengisahkan percintaan antara Raden Inu Koripan dengan Raden Galoh Cendera Kirana.
typetipaKesusasteraanTiadaSejenis cerita tradisional yang mempunyai kewujudan tersendiri seperti tipa cerita panji dan tipa cerita pari. Tema ini muncul dalam semua versi cerita, dan budaya sepanjang zaman. Contohnya, tema percintaan yang terhalang antara Inu dengan Chandera Kirana merupakan tema inti dalam semua tipa cerita panji. Tipa juga merujuk kepada watak kodi, atau stereotaip hitam-putih, yang muncul dalam cerita-cerita rakyat untuk memenuhi sesuatu fungsi yang khusus sahaja. Contohnya, tipa wira, tipa penjarah, tipa nenek kebayan, dan tipa Pak Pandir. Subtipa ialah bentuk serpihan daripada versi asal yang muncul sebagai cerita yang berasingan. Contohnya dalam Syair Ken Tambuhan, Hikayat Andaken Penurat ialah subtipa cerita panji. Cerita kusi dan serawi adalah subtipa daripada cerita ramayana. Oiko-tipa ialah bentuk lokal sesuatu tipa cerita. Oico-type muncul apabila isi cerita diubah untuk disesuaikan dengan budaya tempatan. Con tohnya, Sang Kancil ialah versi oiko-tipa daripada tipa cerita binatang yang cerdik atau penipu.
folk talecerita rakyatKesusasteraanTiadaCerita yang disampaikan secara lisan dan biasanya berfungsi sebagai hiburan dan pendidikan. Kebanyakan cerita rakyat mengandungi unsur fantasi, magis, dan bersifat tanpa masa dan tanpa tempat. Ceritanya pendek, tidak skematik, dengan gaya bahasa yang bersahaja seperti mitos dan legenda. Kadangkala, ceritanya panjang, skematik, dengan gaya bahasa yang stailistik dan formulaik seperti bentuk roman lipur lara atau cerita pari-pari. Kebanyakan cerita rakyat berbentuk prosa berbanding dengan cerita lipur lara yang bersifat separa prosa. Cerita rakyat terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya mitos, legenda, cerita binatang, cerita jenaka, cerita pari-pari atau lipur lara. Cerita rakyat yang amat popular dan tersebar luas dalam kalangan rakyat jelata ialah cerita jenaka seperti Pak Pandir, Lebai Malang, dan Si Luncai. Lihat juga formulaik.
emblematicnama lambangKesusasteraanTiadaNama yang diberikan kepada watak dalam sesebuah cereka. Nama ini sebenarnya menepati dan memperlihatkan sifat-sifat sebenar watak tersebut. Melalui nama lambang, pembaca dapat mengetahui ciri-ciri seseorang watak, sama ada tegas, berani, bengis, gagah, cantik, penakut, pemalas dan sebagainya. Dengan kata lain, nama lambang memaparkan ciri-ciri peribadi sebenar watak. Ciri-ciri ini tergambar melalui sifat fizikal dan spiritual watak yang dilukiskan oleh pengarang dalam karyanya. Unsur nama lambang banyak terdapat dalam karya Melayu tradisional, khususnya melalui nama putera dan puteri raja Melayu yang memainkan watak hero atau heroin. Hal ini sama tergambar dalam nama puteri-puteri Melayu yang dilukiskan dengan begitu indah demi menggambarkan kecantikan dan kejelitaan mereka. Contohnya, nama Pak Pandir ialah perlambangan watak yang bodoh sementara Lebai Malang pula menggambarkan watak yang sentiasa dirundung malang.

Kembali ke atas