Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.du] | ڤندو

Definisi : 1. = pemandu orang yg menunjukkan jalan (di laut dll), perintis jalan: hamba sanggup menjadi ~ kpd ketua-ketua kita itu; 2. ka­pal yg menunjukkan jalan (di pelabuhan), mualim; 3. Id anggota pasukan pengakap; ~ puteri anggota pasukan pengakap wanita; berpandu memakai penunjuk jalan; peluru ~ peluru yg boleh dikawal secara elektronik semasa penerbangannya utk menuju ke arah sasarannya; berpandukan 1. memakai penunjuk jalan; 2. memakai sesuatu sbg petunjuk (pedoman, pimpinan, dll): membina jambatan ~ pelan; memandu 1. memimpin: dialah yg ~ angkatan sepuluh orang itu ke Pulau Tioman; 2. membawa (kereta, kapal terbang): ~ kereta dgn laju; memandukan menunjukkan (kapal dll) jalan, memimpin (kapal dll); panduan 1. orang yg menunjukkan jalan, pengiring; 2. pedoman, petunjuk, pimpinan: Quran ialah kitab Islam yg mengandungi segala ~ bagi umat Islam; 3. sesuatu yg di­pakai utk rujukan (utk mengetahui nama,alamat, butir-butir, dll); ~ telefon buku yg mengandungi nombor telefon dan alamat pemunyanya; kepanduan perihal pandu; pemanduan perbuatan memandu (kereta, kapal,dll): ia akan lebih awas dgn ~ keretanya; pemandu 1. orang yg memandu (menunjuk­kan jalan), pandu, perintis jalan: mereka menjadi ~ kpd gerila-gerila Indonesia; 2. orang yg memandu atau membawa (kereta,kapal terbang, dll): ~ bas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.du] | ڤندو

Definisi : ; memandu mencuba, menguji; ~ pakaian mencuba pakaian; ~ senjata men­cuba atau menguji senjata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.du] | ڤندو

Definisi : 1 = pemandu orang yg menunjukkan jalan; penunjuk jalan: Mereka berburu binatang dan mengambil upah menjadi ~ di dlm hutan. 2 kapal yg menunjukkan jalan di pelabuhan. 2 pertubuhan antarabangsa yg bertujuan mendidik ahli-ahlinya supaya berdisiplin serta berdikari dll; pengakap: ~ puteri pengakap wanita. berpandu menggunakan penunjuk jalan; ada pandunya: peluru ~. berpandukan menggunakan sesuatu sbg ikutan; berpedomankan: Membina rumah dgn ~ pelan. memandu 1 menunjukkan jalan: Siapa yg akan ~ kita di sana nanti? 2 mengendalikan (kenderaan) supaya bergerak mengikut arah yg betul; menjalankan (kereta dll): ~ kereta dgn cermat supaya jiwa selamat. 3 berlaku sbg ketua kpd; menjadi ketua kpd sesuatu pergerakan dll; memimpin: Dialah yg ~ rakyat menentang penjajahan. 4 ki membawa ke arah yg benar; menunjukkan jalan: Agama yg dibawa oleh rasul itu diperlukan oleh manusia utk ~ dan mengawal akal. panduan 1 sesuatu yg dijadikan pegangan atau ikutan; petunjuk: Pegawai-pegawai pertanian sentiasa memberikan ~ kpd orang-orang kampung ttg cara menjaga tanam-tanaman mereka. 2 kata-kata, petunjuk dsb yg diberikan utk memandu; hasil memandu: Dgn ~ anak Sayid Abu, rombongan Abdullah pergi mengadap Raja Kampung Laut. pemandu 1 orang yg memandu atau yg menunjukkan jalan; pandu: Mereka menjadi ~ kpd tentera pihak Berikat. 2 orang yg menjalankan atau membawa kenderaan: ~ teksi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pandu
Kata Terbitan : berpandu, berpandukan, memandu, panduan, pemandu,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dari segi Hukum D-M, Yang manakah betul ? (a) Kadet Pandu Puteri Malaysia ATAU Pandu Puteri Kadet Malaysia. (b) Renjer Pandu Puteri ATAU Pandu Puteri Renjer (c) Tunas Pandu Puteri ATAU Pandu Puteri Tunas Sekian, terima kasih.jawapan yang betul, kadet pandu puteri, renjer pandu puteri, dan tunas pandu puteriTatabahasa09.11.2007
1. mutiara kata atau kata mutiara kata 2. pendingin hawa atau penghawa dingin 3. uji pandu atau pandu uji

1. mutiara kata

2. Istilah yang betul ialah penyaman udara bukan pendingin hawa.

3. pandu uji 

Istilah12.05.2011
Apakah pengguna istilah yang benar untuk dua perkataan ini? Istilah "pandu lalu" atau "pandu laju"?Perkataan yang betul ialah Pandu Lalu iaitu padanan  istilah Drive Thru.  Sekiranya restoran tersebut membuat kesilapan, sila buat aduankepada pihak kami melalui Pantau Tegur Bahasa supaya pihak kami boleh membuat teguran.Istilah15.07.2018
Mengapakah di beberapa kedai yang menyediakan makanan segera seperti KFC dan McDonald menggunakan perkataan "pandu laju" dan bukannya "pandu lalu"?Perkataan yang betul ialah Pandu Lalu iaitu padanan  istilah Drive Thru.  Sekiranya restoran tersebut membuat kesilapan, sila buat aduankepada pihak kami melalui Pantau Tegur Bahasa supaya pihak kami boleh membuat teguran.Istilah15.07.2018
Ayat 2 Lori yang Ali pandu telah terbabas semasa pulang dari ladang kelapa sawit kerana dia mengantuk akibat keletihan. A. Lori yang dipandu Ali B. Lori yang telah dipandu oleh Ali C. Lori yang telah Ali pandu D. Lori yang Ali pandu Kebiasaan saya terangkan kepada pelajar : Ayat pasif diri pertama dan kedua tidak boleh menggunakan perkataan di dan oleh manakalan pasif diri ketiga menggunakan perkataan di dan oleh. Cth : Saya tendang bola itu. Bola itu saya tendang Ali tendang bola itu. Bola itu ditendang oleh Ali. Adakah penggunaan perkataan telah dalam ayat di atas menyebabkan tidak boleh menggunakan perkataan di dan oleh1. Lori itu dipandu oleh Ali.
2. Lori itu telah terbabas.

Ayat yang betul ialah "Lori yang dipandu oleh Ali telah terbabas....

Ayat tersebut telah mengalami peluasan dengan kata hubung pancangan relatif "yang".
Tatabahasa17.07.2013
psukan pandu puteri, pengakap, pasukan bulan sabit merah, kadet polis, psukan bomba dan pasukan polis perlu ditulis dalam huruf besar pada huruf pertama? terima kasihBulan Sabit Merah ialah sebuah pertubuhan yang khusus dan dieja dengan huruf besar. Pasukan pandu puteri, pengakap, kadet polis, pasukan bomba dan pasukan polis ditulis dengan huruf kecil, kecuali dalam frasa kata nama khas seperti Pandu Puteri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kadet Polis SMK Wangsa Melawati, Pasukan Bomba Hang Tuah dan Pasukan Polis Bukit Aman.Tatabahasa30.04.2014
Mengapa dalam bahasa Melayu wujudnya kekecualian contohnya dalam hukum DM.Misalnya Perdana Menteri yang sepatutnya Menteri Perdana. Mengapa DBP tidak berpaksikan hukum DM dalam bahasa Melayu tanpa mengambil kira kebiasaan penggunaannya dalam masyarakat.Memang perkataan Perdana Menteri telah mantap tetapi banyak lagi perkataan/frasa dalam bahasa Melayu yang acap digunakan tetapi dianggap lewah. Contohnya jeruk mempelam (mempelam jeruk),penghawa dingin (pendingin hawa), uji pandu (pandu uji) dll

Kekecualian dalam bahasa menunjukkan keunikan sesuatu bahasa. Penyusun tatabahasa terdiri daripada kalangan para sarjana bahasa lebih memaklumi hal ini dan telah memutuskan kekecualian perlu ada bagi sebahagian kecil perkataan yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. Penyaman udara atau pendingin hawa ialah istilah khusus yang dibina oleh Jawatankuasa Istilah yang terdiri daripada kalangan pakar bidang berkenaan.  

Tatabahasa24.07.2011
Mohon semakan penggunaan ayat dipapan tanda... Petak rezab ini untuk pengguna Kaunter Pandu Lalu sahaja. Tindakan kompaun jika meletak dipetak rezab ini.Petak rizab ini untuk pengguna Kaunter Pandu Lalu sahaja. Tindakan kompaun akan dikenakan jika meletak kenderaan di petak ini.Tatabahasa01.12.2016
Adakah pandu cermat, jiwa selamat merupakan peribahasa?Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu, bidal, pepatah. Contohnya, "Air yang tenang, jangan disangka tiada berbuaya". Oleh itu, berdasarkan pertanyaan saudara, frasa "Pandu Cermat, Jiwa Selamat" bukan dikategorikan sebagai peribahasa tetapi dikategorikan sebagai slogan atau cogan kata.Lain-lain25.08.2020
Apakah padanan bagi "head-up display (HUD)" dalam bidang teknologi maklumat (IT) dan permainan video (VG)?
Ketika ini, hanya bidang kejuruteraan kapal terbang dan aeroangkasa mempunyai padanan untuk HUD iaitu 'papar pandu' tetapi dalam bidang IT dan VG, padanan tersebut mungkin berasa janggal kerana HUD tidak semestinya digunakan untuk dipaparkan ketika pandu.
Hal ini kerana HUD dalam bidang IT dan VG merujuk kepada kaedah di mana maklumat ditunjukkan secara visual kepada pemain permainan video sebagai sebahagian daripada antaramuka pengguna permainan.
Selalunya HUD dalam permainan video digunakan untuk menunjukkan pilihan item atau senjata, nyawa, masa permainan, keupayaan pemain, menu, penjalanan permainan (seperti mata pengalaman / experience points), kekuatan senjata sedang digunakan, jumlah peluru yang ada, mesej tutorial, sarikata, jarak sesuatu kawasan dituju dan lain-lain.
Padanan yang sesuai bagi head-up display dalam biadang aeroangkasa dan kejuruteraan kapal terbang ialah papar pandu. Mengikut keterangan yang tuan/puan memberikan, dalam data kami istilah yang dimaksudkan tuan/puan ialah HMD (head mounted display) yang bermaksud HMD (paparan lekap kepala) dalam bidang teknologi maklumat  yang memberikan huraian sistem paparan yang dipakai di kepala seperti gogel yang memberi ilusi monitor yang terapung. HMD digunakan dalam aplikasi realiti maya.Makna25.05.2017
123

Kembali ke atas